Skip to main content

Nape yang selalu kena simbah asid adalah WANITA/GADIS MELAYU??

Salam Ramadhan..

Hari ni dah masuk hari ke 15 kita puasa. Dah tak lama dah nak raya. Hope rakan-rakan blogger dan bloggir sekalian dapat berpuasa penuh untuk yang LELAKI..hehehehe..kaum hawa ni hanya kanak-kanak yang belum baligh dan wanita yang dah monopos je boleh pose penuh.....hehehee (yang dah monopos jangan marah eyh)

Pagi tadi mase aku tengah iron baju keje, wawa si housemate aku yang nak masak sampai dapur terbakar tu cite kt aku. Semalam (ahad) die tengok bersamamu kat TV3. Sedih katenye kisah yang die tengok tu. Seorang wanita beranak dua telah di simbah asid. Sekarang pandangan wanita tu makin kabur sebab kelopak mata dia makin melekat. Yang paling menyedihkan selepas insiden tu, anak-anak die takut dengan die. Ye la,  budak-budak lagi kan. Mane tau pape. Dulu muka mak dia lawa je skang ni muka dah len. Nasib baik la suami die still dengan dia lagi. Wawa cakap breast wanita tu pun turut cedera sebab asid yang disimbah tu meleleh ke dadanya.

Kejadian tu berlaku kejap je, die parking kereta tepi jalan sebab nak ambil barang untuk berniaga dalam rumah, tetibe ade lelaki bermotor lalu tepi dia sambil cakap "HAI", die berpaling la kebelakang, bile die berpaling je tau-tau muka dah pedih gile-gile. Kesian kan, siapalah manusia durjana  yang buat semua tu.

Seronok sangat ke dorang dok men simbah-simbah asid kat orang ni? Meh sini aku curah asid tu dalam mulut die. tengok apa jadi. Sejak kebelakangan ni banyak sangat kes simbah asid berlaku dalam negara kite. Kalau yang ada masalah rumah tangga tu, kite faham la mungkin sebab tak dapat nak kawal marah. Ni orang awam yang tengah jalan tetibe je kena simbah asid ape kes?? Sawan ke ape orang yang simbah asid tu?? Tapi yang aku nampak pulak, yang disimbah asid tu semuanya PEREMPUAN MELAYU. Jarang la nak dengar perempuan cina ke, india ke, iban ke, yang di simbah asid.Kenapa pilihannya mesti perempuan melayu? Kot ye pon orang tu jahat sangat, jangan la sampai simbah asid. Tak de ke care yang lebih rasional????

So, persoalan tu menjadi tanda tanya kat aku sampai sekarang. Dan aku terfikir apa motif si penyimbah asid buat macam tu kepada orang yang die tak kenal. Nak buat eksperimen kepekatan asid tu ke hape?? Hagak-hagak la kalau nak buat eksperimen pun, jangan la jadikan orang yang tak bersalah sebagai mangsa.

Kepada mangsa-mangsa simbah asid, aku doakan korang tabah. Bile aku tengok korang semua , aku sedar bahawa ada orang lain lebih berat dugaannye dari aku. Allah sekadar ingin menguji kite. Mudah-mudahan aku menjadi setabah dan sekuat korang semua. Syukur ALHAMDULILLAH dengan nikmat yang Allah dah berikan kat aku. Semoga semuanya terpelihara dari bencana, dosa dan maksiat hingga akhir nafas aku..Insyaallah.....

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)