Monday, March 28, 2011

Demi Cinta Allah S.W.T

Tatkala aku terbaca artikel ini, ia benar-benar membuatkan hatiku tersentuh lalu kutitipkan artikel ini untuk dikongsi bersama-sama..Mudah-mudahan ia memberi kesedaran kepada kita semua.....

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
-Artikel iluvislam.com

Patut ke risau bila umo dah menjangkau 24 tahun tapi bf pon tarak????

Macam best je title aku untuk kali ni. Hahahaha..Korang risau tak kalau umo dah 24 tapi bf pon tak de???Aku??Tak risau langsung (buat-buat tak risau). Ye la buat pe nak risau, jodoh kan terletak di tangan tuhan. Serahkannya pada tuhan je la. Tapi ade orang cakap kite kena cari jodoh kite..Aku dah penat cari tapi tak jumpe..Bile bagi alasan macam ni mula la orang nak kate perempuan ni memilih..Sape cakap?? Tak semua perempuan memilih..Mungkin dorang ade reason tersendiri..Tapi dah memang sepatutnye kena memilih kalau nak mencari pasangan. Bukan ape biar hubungan tu berkekalan sampai akhir hayat. Kalau main sauk je, baru dua tige bulan kenal lepas tu putus, tak ke buang masa namanya.

Kalau nak cari pasangan kalau bole biar la suke same suke kan.. Kalau tak de perasaan macam tu sah-sah salah sorang akan dipermainkan. Hmmm..sangat-sangat kesian. Tapi nak buat macam mana, manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tapi kena igt kite tak de hak nak judge sesape..Itu keje tuhan. Ape yang aku nampak skang ni kebanyakannye la kan, yang baik mesti bertemu yang kureng baik..masalahnye skang, kalau yang kureng baik tu boleh berubah jadi baik tak ape la, ni tak, dah la memang kureng baik, pastu nak mainkan perasaan orang. Kesian la yang si baiknya. Kadang-kadang aku sendiri pun tak paham. Apa la yang dorang cari sebenarnye.. Dah jumpe yang baik tapi tak dihargai..Bile tersalah buat pilihan jadi porak peranda plak. Haih..macam-macam la dunia ni.

Sebenarnye risau gak bile umo dah meningkat tapi calon pasangan hidop tak de lagi. Sape yang tak de impian nak berumah tangga?? Mesti la ada. Tapi masanya je belum sampai. Umo-umo cenggini sepatutnye dah ade calon. Aku habuk pun tarak. Bukan la terdesak sangat nak berkahwin. Tapi terasa jeles bile tengok kawan-kawan bahagia naik pelamin. Macam puteri raja gitu. Paling tak tahan kalau ade orang kate kite tak laku. Memang hampeh. Penghinaan yang sangat2 dasyat. Tapi nak buat mcm mana, dah mulut org, kalau mulut tempayan boleh jugak ditutup..

Tapi kalau di ambil dari sudut positif, semuanya akan kelihatan okey.. Contohnye...umo 24 tak de bf bukan bermakna tak de orang yang nak, mungkin prince charming belum sampai lagi atau pun putera raja tengah on the way..Lagi pun kite kena check dulu kestabilan kewangan, kalau belum cukup lagi rase2nye tak payah la cari bf lagi, bukan ape, kalau bercinta lame2 ni sah2 banyak maksiat yang berlaku. Kite ni manusia biasa yang tak lari dari dosa. Yang mana ada mak bapak lagi elok la balas jase mak bapak dulu, sebab dorng dah banyak berjase pade kite. Yang paling penting, bukan kena sedia dari segi kewangan je, persediaan ilmu agame kena ada, sebab bile dah kahwin tanggungjawab ya amat le besa..pengtahuan ilmu agama tu penting untuk mendidik anak2 kite nanti.

jadi sesape yang dah berumo 24 tahun ke atas, kalau tak de bf lagi jangan le risau sangat k. Mase bujang yang ada ni kite penuhkan dengan perkara yang bermanfaat mcm yang aku sebut kat atas nun. Perbanyakkan berdoa dan amal ibadat, insyaallah kita akan dikurniakan dengan pasangan yang baik.. Aminn....

*Sekadar kongsian pendapat bersama..Tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang  telah meninggal dunia...










After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...