Skip to main content

Posts

Showing posts from November 6, 2014

Senyuman Ikhlas di Pagi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t Sile senyum sebelum membaca entri ini sebab aku pun senyum sepanjang menaip. Senyum tu kan sedekah. Tak dapat sedekah duit, sedekah senyum pun jadi la. Senyum tu terapi diri. Bukan aku kate tapi ramai pakar-pakar motivasi yang bagi tau. Nak guna hadis nabi s.a.w tak ingat pulak. Takut tersalah. Tapi sure ramai yang tahu ape kelebihan senyum kan. Aku pernah try, walaupun tengah marah, aku senyum. Alhamdulillah, rase marah tu kurang sikit. Walau tak banyak tetapi sangat-sangat membantu. Aku kena marah dengan customer pun aku senyum. Ye la, dah customer kat depan mata, takkan aku nak jegil mata kat die pulak kan. Kang benjol kepala aku kena baling dengan dengan ape je yang ade kat tangan die T_T Bangun je pagi ni aku terus set, ape yang jadi semalam aku nak lupakan. Kita kena jadikan hari ni lebih baik dari semalam. Walaupun susah aku tetap kena usahakan supaya ia boleh jadi habit yang baik. Aku nak elakkan rasa benci dan dendam dalam diri yang boleh memusnahkan

Just What I Want to Say..........

Assalamualaikum w.b.t... Walaupun hidung ni masih berhingus namun aku gagahkan juga menaip demi nak melepaskan rasa yang terpendam dalam hati. Ujian untuk aku barangkali. Tapi mungkin juga balasan untuk salah dan silap aku. Bukan nak buruk sangka dengan Allah s.w.t. Tapi balasan tu memang setimpal dengan apa yang aku dah buat atau mungkin lebih lagi. Dari tempat kerja dok fikir. Terlepas jugak kat mulut ni rasa marah. Aku cuba tahan daripada marah tu menjadi lebih teruk dan seterusnya menjadi dendam. Aku solat dan berdoa tapi mungkin tak sempurna solat aku tu, so hati masih lagi kurang lega. Aku mula terfikir nak cari kawan-kawan untuk luahkan perasaan. Tapi aku fikir balik, asik aku je yang cerita masalah kat dorang, dorang tak pernah pun cite masalah kat aku. Dorang ni memang insan-insan yang memang tak pernah berdepan dengan masalah ke? Tapi memang kebanyakan kawan aku berhati mulia, jadi no wonder kalau dorang jarang menghadapi masalah emosi macam aku. Masalah emosi means