Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Lagi parah dari putus cinta.

Assalamualaikum w.b.t

Ade perkara lagi teruk dari putus cinte ke? Yes. Memang ada. Hilang kucing kesayangan memang lagi teruk aku rasa daripada putus cinta.

Tengok kucing same warne dengan kucing aku mula la air mata ni nak meleleh. Drama kuat nau aku nih. Sedih weh! Aku jage die dari kecik kot.

Macam biasa, ayat memujuk diri sendiri "Mungkin oyen dapat tuan yang lebih baik dari aku. Kite semua makhluk Allah, Allah dah aturkan yang terbaik." Yes. Betul la tu kan.

Sedih dah kurang sikit tapi kalau sorang-sorang sambil tengok lagi dua ekor anak bulus ni memang buat aku nanges la.

Momo pon mase oyen tak de, macam blur-blur katak je. Selalunye ade geng bergusti. Ni lepas makan tido,tak pon main sekor2 die. Kesiannnnn...Tapi ape mak boleh buat? Dah puas cari tapi tak jugak jumpa. Siap tampal poster lagi. Hopefully orang yang CULIK oyen jage oyen baik-baik tau. 

Aku dah separuh nanar rindu kat oyen yang gendut. Kalau aku jumpa oyen dalam keadaan yang tak sepatutnya, memang aku doakan Allah je la bagi yang terbaik untuk korang. Hehehe. Kejam tak?

Ok...nak beradu dulu. Mate dah makin mengecik.

Assalamualaikum.

OYEN GENDUT YANG MANJA

Friday, March 20, 2015

Pembelian tepat barang keperluan kucing untuk pencinta kucing.

Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak jadi mak angkut untuk dua ekor anak bulus yang nakal nak mam, aku menjadi seorang tuan yang sangat perihatin terhadap haiwan peliharaan. Terutama binatang spesis yang bernama kucing. Aku sangatlah tak sampai hati kalau nampak kucing jalanan. Kalau boleh aku tak nak jumpa seekor pun kucing kat tepi jalan atau kat mana-mana je lah.

Aku jadi tak sampai hati, lagi menyedihkan aku memang tak mampu tolong dia. Ayat yang selalu aku sebut kat adik aku "kalau aku kaya, aku nak beli tanah, pastu nak kutip semua kucing-kucing terbiar yang ade kat malaysia ni." Itu je lah yang mampu aku sebut hari-hari. Orang kate kalau sebut 44 kali kate-kate jadi doa dan termakbulkan??? mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Sebenarnya bagi aku lah, kos untuk pemeliharaan kucing ni tinggi. Kalau dia sihat walafiat in shaa allah tak de lah tinggi sangat. Cuba kalau dia tak sihat....... Kalau kau kerja gaji cukup-cukup makan je, memang bulan tu kau tak makan la. Tapi one thing, percaya pada Allah, kite tolong makhluk dia, in shaa allah dia bagi rexeki kat kite ikut lain pulak =)

Aku yang serba serbi tak tau pasal kucing walaupun aku suka kucing dan umah mak aku banyak kucing, sekarang ni kena belajar sikit-sikit pasal kucing. Kalau aku tak amik tahu pasal kucing. aku dah menganiaya anak-anak aku dua ekor tu. Kalau dia sakit aku tak tau nak buat apa, tak kesian budak-budak tu menanggung.

Barang-barang asas yang kena ada, 1) bekas (istilah sebenar aku tak tau..kuikuikui) untuk hangkut die pergi klinik atau mana-mana je lah. Masa mula-mula jumpa Oyen dulu, aku letak die dalam beg. Mengigau macam nak gila dia dalam beg tu. Jadi aku dah ada satu. Color pink lagi. Beli yang besar siap-siap. Boleh masuk dua ekor sekali. Dari segi harga, aku cadangkan, korang survey dulu kedai haiwan yang berdekatan untuk buat bandingan harga. Sebabnya aku dah kena dulu... T_T

Masa aku beli bekas tu, aku tak survey pun harga, main beli je. Lepas tu aku jumpa satu petshop kat subang dia jual lagi murah daripada harga yang aku beli kat petshop shah alam.. Harga yang aku beli kat petshop shah alam, kalau beli kat petshop subang, aku dah buleh dapat yang besar punye. Ingat tu, kalau kite orang kaya harga mungkin tak de hal sangat. Beli, beli jugak, tapi kena jugak berjimat cermat =)

2) Litter Box atau dalam bahasa melayunya bekas berak =P Alhamdulillah untuk Oyen dengan Momo ade orang bagi kat dorang FOC. Cuma hari tu aku beli satu lagi. Sebab bekas tu kena cuci selalu. Kuman, kang kalau tak cuci, kena jangkitan virus pulak anak-anak aku. Yang ni pun same lah, korang survey dulu harga dia kat banyak kedai. 

3) Pasir najis, yang ni pun ade banyak brand dan jenis. Ada yang jenis pasir, jenis kayu pallet, jenis kristal pun ade. Yang ade bau wangi pun ade. Kalau guna pasir ni, kebersihan rumah akan terjejas. Sebab pasir tu akan melekat kat kaki dorang. So kena selalu mop lantai. Ni cerita untuk orang yang tinggal umah tingkat lima macam aku la. Kalau aku tengok-tengok, harga untuk pasir kucing ni berbeza tak banyak pun. So boleh la beli kat mana-mana. Kucing aku ni spesis pelik, berak sehari entah bape kali. So kalau 5 kg utk sebulan memang tak cukup. Sekarang ni aku nak ajar dorang membuang kat toilet. Jimat kos, rumah pun bersih. Tapi tak tau nak ajar macam mana T_T

4) Dah ade litter box, dah ade pasir, kena la beli scoop najis pulak. Takkan korang nak cedok guna tangan pulak. Yang ni pun korang kena survey betul-betul. Scoop besar yang aku beli harga dia RM15.90. Aku tak pasti bagi orang lain mahal ke tak. Tapi bagi aku mahal jugak la.

5) Bekas makanan dan minuman. Kalau korang rase nak glamer, beli yang mahal-mahal cap yang Garfield gune. Aku beli mangkuk sederhana kecik untuk di jadikan bekas makan minum anak-anak aku. Tak de nak pakai mangkuk berjenama. Tak kuasa aku nak membazir duit. 

Makanan, ikut keperluan diet dorang. Tapi harga memang lain-lain. Sekarang ni aku bagi Oyen dengan Momo makan Royal Canin. Sebab hari tu dorang cirit birit. Doktor yang suggest dorang makan Royal Canin. Tapi kalau kucing korang sehatt walafiat, beli makanan biasa pun tak pa kot. Tapi biarlah makanan yang berkhasiat. Untuk tumbesaran dorang.

Yang lain-lain untuk maintenance dorang, terpulang pada diri masing-masing. Tapi better korang beli shampoo kucing yang harga tak sampai RM20. Mula-mula hari tu aku beli sejenis spray untuk kucing. Katenye bagus untuk bulu kucing, untuk menghilangkan kutu dan kurap. So aku just cuba. Mase tu pun Oyen kecik lagi. Anak kucing kalau kita mandikan dia, kita kena keringkan bulu dia cepat-cepat dengan hair dryer. Suhu badan anak kucing cepat berubah. Aku dapat info ni pun dari blog orang lain. So, aku beli harga spray ni RM29.90. Tahan la dua bulan kot. Sebab aku jarang guna..Hahahahhaha..

Hari tu aku ada masalah dengan sisa kumbahan Oyen dengan Momo nih. Kalau dorang makan makanan basah, bau najis die.....nauzubillah....tak tau aku nak cakap ape..bukak je pintu rumah dah macam bukak pintu tong sampah besar malaysia. Busukkkkkkkkk... Masa aku pegi petshop kat shah alam, aku ada terjumpa satu botol kecik ni, dia tulis untuk mengurangkan bau najis. Aku pun beli la satu. Harga dia dalam lingkungan RM25++. Kalau korang tanye berkesan ke tak, jawapan aku, tak payahlah korang membazir duit beli benda alah ni. Memang tak berkesan. Kalau tak nak najis kuing tu 'mengharumkan' rumah korang, pilih pasir yang betul-betul boleh serap bau. Lepas tu pemilihan makanan dorang. Kalau dorang makan wetfood, memang bau najis dorang kuat sikit la..Kalau makan makanan yang kering dan BERJENAMA, in shaa allah bau kurang. Kecuali kalau kucing korang tu dijangkiti cacing. Bagi makan ape pun najis dorang memang bau busuk.

Setakat ni perkongsian yang aku tau. In shaa allah next time kalau ade info berguna, aku akan share lagi. Demi kesihatan kucing tersayang.

Babai.


Wednesday, March 18, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 7)

Assalamualaikum w.b.t.

Lega tekak dapat minum air coklat tak ada brand nih yang di beli kat giant seksyen 7. Lagi sodap letak ais. Dah la tengah panas. Baru lepas mandi pun berpeluh-peluh macam orang baru lepas main bola sepak.

Anak-anak bulus ni pun duduk melepak depan tv. Panas jugak kot. Tadi bukan main seronok dorang menyepahkan stor kat belakang. Habis tunggang terbalik bakul baju kotor kat situ.

Kesian tengok sorang-sorang terbaring atas lantai. Si Momo ni tak habis-habis datang kat cawan air coklat aku. Nak keh? Kang kalau aku bagi ade yang berak sembelit pulak... Haku jugak yang susah.. Ni dia tarik wayar tetikus aku. Kucing dengan tikus memang tak dapat di pisahkan tapi jangan la sampai mengganggu aku nak buat keja anak-anak oi. Mak lompang ekau kang...

Si Oyen dah menongkat dagu kat sebelah kiri aku. Dah tak lalu nak main agaknye. Tapi kejap je tu. Esok pagi tau-tau dah bersepah je ruang tamu aku ni. Macam aku balik keja tadi. Rumah dah macam di landa tsunami. Surat khabar koyak rabak bersepah. Botol air lintang pukang. 

Tak dan aku tukar baju, dah jadi bibik. Dok menyapu dan mengemop satu rumah. Dorang-dorang sekalian aku lepaskan keluar. Kesian tengok dorang asyik terperap kat rumah. Sekali-sekali nak bagi dorang bebas. Nasib baik pandai masuk rumah balik. Aku risau dorang tak pandai balik je. Aku tak kisah kalau die nak merayau sampai ke bawah pun, tapi takut dorang kena belasah dengan kucing-kucing dewasa yang ada kat bawah tu. Tak pun kena culik. Menangis la aku kalau dorang tak ada.

Macam kes adik momo yang kena lenyek dengan tayar kete tu la. Sedih. Tapi pape pun kena redha. Ajal die dah sampai. 

Dorang ni semua pinjaman daripada Allah s.w.t kepada aku. Alhamdulillah, menumpang kasih dengan budak-budak due ekor ni. Bangun pagi, nak pergi kerja, balik kerja, dorang dulu yang aku cari =)

Semoga Allah permudahkan urusan rezeki kami, dan eratkan kasih sayang antara kami. Aminnn...

Tuesday, March 17, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 6)

Assalamualaikum w.b.t.

Panas betul sekarang ni. Malam-malam lagi la terasa panas sebab rumah aku tak ada air cond. Waktu siang aku kat ofis, ofis ade air cond, jadi tak de rase panas sangat. Rasa macam nak mandi air ais je. Kipas ni kalau boleh kuatkan sampai nombor lima, memang dah lama aku pulaskan. Tapi kipas malaysia memang sampai nombor tiga je, ke memang kelajuan kipas kat dunia ni sampai nombor tiga je??? krik krik krik....

Nak cite pasal kucing sebenarnya bukan nak cita pasal kipas. Kipas tu cuma muqadimah je..Hahahahaha.. Melampau sangat muqadimah aku..

Sambung entri semalam pasal anak kucing baru tu yang dah semakin sihat dan makin kuat makan. Dia dah start main-main dengan Oyen sambil membantu menyepahkan rumah bersama-sama. I loike!!! Tapi di sebabkan aku kasih dan sayang pada anak-anak bulus ni, tiap-tiap pagi aku akan bersihkan rumah dulu. Tak de la tiap-tiap pagi. Agak-agak dah bersepah teruk sangat, aku kemas la. Kang housemate aku yang lain tak selesa pulak. Alhamdulillah, housemate aku semua suka kucing kecuali sorang tu, dia memang takut kucing. Tapi Oyen memang tak takut langsung dengan dia =P

Aku dok pikir la nak bagi nama apa kat anak kucing yang baru ni. Memandangkan die ni gugurl, name pun kena gugurl la. Takkan nak panggil die Oyen jugak. Kang keliru jantina budak dua ekor tu. Setelah aku pikir-pikir, aku nak letak nama mimi kat dia. Tapi bila aku panggil dia mimi, macam geli pulak aku rasa. Tak kena langsung nama tu dengan dia.  Dan disebabkan itu, aku telah menukarkan namanya daripada mimi kepada MOMO... hahahhahaha..baru rock! Momo pun macam suka je dengan nama tu. Maknanya dia redha nama Momo lah tu...kihkihkih..

So dalam rumah ni ade Oyen dan Momo yang nakal. Sejak ada Momo, Oyen tak gigit dah kaki dengan tangan kite orang. Die main dengan Momo je. Tapi kesian la kat Momo sebab mase tu die kecik sangat berbanding dengan Oyen yang sekali ganda besar daripada dia. Kalau main, Momo asik menjerit je. Kesian aku tengok. Si Oyen bukan main syok lagi menyepak si Momo. Kate bergurau. Gurau kasar tu dik....

One day....................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oyen yang sememangnya kuat makan, jadi tak selera makan. Main pun kurang. Dia asik tidur je. Paling ketara mata dia yang sentiasa bulat dah jadi kuyu. Aku yang kurang pengetahuan pasal kucing, bawalah si Oyen ke klinik haiwan sebab dia dah mula cirit birit. Kesian Oyen. Sampai je kat klinik, lepas siap register, oyen dengan momo di panggil masuk ke dalam bilik. Masing-masing kena timbang. Rupa-rupanya Oyen di serang oleh cacing dalam ususnya. Jangkitan daripada Momo. Sepatutnya aku tak boleh bagi Oyen dengan Momo share litter box. Sebab dari situ la jangkitan bermula.

Lagi pun Momo stray cat. Oyen pulak aku tak vaksin lagi, so senang la dia dijangkiti kuman. Ni first time aku bawak kucing pegi klinik. Seperti yang aku pernah dengar sebelum ni, kos rawatan kucing lagi mahal daripada kos rawatan manusia. Jadi aku bawak budak-budak dua orang ni time gaji. Kang dah dapat rawatan tapi tak mampu bayar, mau aku duk tepi klinik mintak sedekah =(

Memang seperti yang dijangka, bil dia memang boleh buat aku tercekik. Tapi aku pejam mata je demi Oyen. Lagi pun bill tu mahal sebab aku bawak dua ekor sekali. Kakau sekor je mungkin tak semahal tu.

Sejak ade budak nakal dua ekor ni, aku ade jugak google pasal penjagaan kucing. Bukan ape, susah hati sangat kalau aku tengok dorang tak sihat. Kesian. Dah biasa tengok dorang aktif, tiba-tiba dorang jadi pasif, rasa x sampai hati pulak. Biarlah awal-awal ni berhabis duit dulu. Rezeki Allah kan luas =)

Kalau aku balik kampung, memang aku hangkut dorang balik sekali. Nasib baik perjalanan cuma ambil masa dua jam setengah. Sepanjang perjalanan dorang banyak tidur dalam kereta.

Lepas raya cina Momo dah sihat, tapi cirit birit Oyen tak stop lagi. Tapi dia still aktif. Jadi tak la risau sangat. Tapi cirit birit dia agak teruk. So lepas raya cina hari tu aku bawak lagi Oyen pergi klinik. Doktor cakap mungkin usus dia ada masalah apatah. Aku pun tak tau ape terms yang dorang gunakan. So doktor suggerst bagi makanan diet yang termsnya aku tak tau jugak. Buat penat je doktor tu explain kat aku. Tapi kalau pergi klinik memang dorang akan suggest makanan tu la kalau kucing korang mengalami masalah macam Oyen. Tapi aku tak beli pun makanan tu sebab dalam tu ade campuran pork. tapi tak banyak la. Tapi aku pun tak sanggup nak bagi Oyen makan benda alah tu. Kang nak kena samak bagai. Dah la aku selalu peluk budak dua ekor tu.

Doktor suggest aku guna cara tradisional. Bagi dorang makan dada ayam rebus. Kelas kau jah. Aku pun jarang makan ayam. Aku pun apa lagi, terus gerak pegi mymydin beli dada ayam. Stok untuk tiga hari. Budak budak tu pun, mentedarah tak ingat dunia bila dapat dada ayam. Gelojoh tahap ape tah. Sedap sangat ke dada ayam tu. 

Dada ayam dah habis Oyen punye cirit birit pun still tak okeh. Aku hangkut lagi pegi klinik. Kali ni jumpa doktor lain. Dia suruh gak aku bagi Oyen makan makanan diet tu, tapi kali ni dia bagi yang kering. Brand Royal Canin. Cuma yang ni pihak Jakim belum sahkan samada kandungan makanan ada enzim ba alip ba ya ke tak. Aku tak sempat tolak, doktor tu dengan selamba badak amik dan terus letak kat kaunter bayaran. Kau tahu bape harge 2.5 kg Royal Canin tu????????? Jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Harga asal RM90++
selepas diskaun 20% dpt la dalam RM80++ kot. 
Untuk memulihkan tekstur najis Oyen dan Momo, dorang ni kena makan yogurt tau. Aku ingat yogurt yang macam kita selalu makan tu. Aku dah beli satu bekas kat rumah nak bagi kat budak-budak ni makan. Tapi aku dok pikir la, macam mana aku nak suap benda ni kat mulut depa?

Rupa-rupanya kat klinik memang ade yogurt khas untuk dorang. Harga dia lagi mahal daripada yogurt yang selalu kita makan. T_T

Tapi tak apalah. Demi kesihatan anak-anak kuturutkan jua. Asalkan dorang sihat. Macam ni la agaknya perasaan mak-mak ye. Hahhahha...Dah rase macam jande anak dua pulak.

Alhamdulillah setakat hari ni dorang dah semakin okeh Momo pun dah di vaksin. Oyen je yang belum lagi. Tapi la ni mata dorang nampak macam berair. Ada lagi yang tak kena la tu. 

Tak apalah. aku cuma doa, Allah luaskan rezeki kami dan mudahkan rezeki kami supaya aku dapat jaga budak-budak bulus dua ketul ni =)

Aminnnn...

Monday, March 16, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 5)

Assalamualaikum w.b.t.

Ape kaba kepada pencinta kucing sekalian. Last entri cite pasal ginger di bawa merempit untuk ke klinik. Lepas dah telan ubat, esoknya dia jadi aktif. Bukan aktif biase hokey, hyper aktif nak mam...

Tak takot langsung die dengan kite orang semua. Semakin hari ginger semakin aktif. Nama ginger dah tak lekat dengan dia. Sebab macam tak sesuai. Akhirnya kami panggil die OYEN je. So name baru si ginger adelah oyen. Nampak lebih sesuai dengan karakter dia yang agak lasak. 

Mungkin di sebabkan dia bosan sorang-sorang (orang ke??? =_=") dia layan kite orang dalam rumah ni pun macam spesis kucing. Habis calar balar tangan dengan kaki orang dalam rumah ni. Dia memang pantang nampak kite orang bergerak. Mesti die kejar pastu dia gigit. Sampai satu tahap aku rasa tak tahan sebab sakit kena gigit dengan si Oyen. Aku tau dia cuma nak main, tapi masalahnya sakit.

Kite orang iron baju dia kacau, kite orang tengok tv, die kacau. Kalau tengok tv aku selalu sorokkan tangan dengan kaki aku sebab si oyen suke gigit ibu jari kaki. Dah macam bela toyol pulak aku rasa. One thing yang kite orang perasan, oyen ni tak suka tinggal sorang-sorang. Waktu malam kalau dia kat luar, dia akan mengiau kat pintu bilik. Suruh kite orang bukak pintu. Aku memang tak sampai hati kalau tak bukak. Paling aku tak tahan die suka main rambut. Kalau mulut tu wangi tak megapa. 

Aku tak tau pulak mulut kucing ni ade jugak yang busuk. Masa ni memang aku tak ada pengetahuan untuk menjaga kucing langsung. Walaupun kat kampung mak aku bela banyak kucing. 

Perasaan jaga kucing sendiri dengan kucing kat kampung memang lain. Rutin harian aku pun berubah. Bangun pagi, aku kena bersihkan dulu litter box oyen. kalau tak, satu rumah bau busuk dengan najis dia. Bagi dia makan dulu. Dan sejak ade oyen aku selalu lambat pergi keja sebab aku tak boleh elak untuk main dengan dia dulu sebelum pegi kerja. Aku geram, sebab dia comel sangat. Hahahahaha... Sungguh tak logik alasan aku kan...

Niat nak bawak oyen pegi vaksin belum kesampaian. Niat lain aku nak cari kan dia kawan sebab aku tak tahan dia suka gigit kaki tangan kite orang. Aku pun tak tau ape yang die suka sangat dengan tangan dengan kaki orang dalam rumah ni.

Tapi aku tak berani nak bawak kucing lain masuk rumah sebab aku takut housemate aku tak suka kucing banyak-banyak dalam rumah ni. Sehinggalah satu hari masa aku balik kerja, aku nampak sekor anak kucing warna sama macam oyen tapi kurus kering. Dia nampak tak sihat. Memang aku kesian tapi yang macam aku cakapkan aku tak berani nak ambik dia jadi ahli keluarga baru dalam rumah kite orang.

Tapi Allah maha berkuasa, malam tu dia ikut kak puspa naik umah kite orang tingkat lima ni. Mungkin sebab lapar sangat kot. Kak puspa cuma bagi dia makan kat luar, tapi adik aku angkut dia masuk ke dalam. Oyen nampak happy sangat bila dapat kawan baru. Tapi kesian kat budak baru tu, dah la dia kurus, sakit pulak tu. Oyen yang semakin gemuk asik buli dia. Macam mana dia selalu buat kat kite orang, macam tu la dia buat kat anak kucing baru tu.

Lepas bagi anak kucing baru tu makan, aku kurung dia dalam sangkar. Sebab dia selesema. Aku takut berjangkit dengan oyen. Tapi dia selalu mengiau mintak di keluarkan. Aku jadi tak sampai hati. Kadang-kadang aku bagi dia chance keluar dari sangkar untuk main-main. Tapi bila oyen cuba main dengan dia, dia melarikan diri. Maknanya memang dia tak sihat. Tapi makan memang banyak.

Tak lama lepas tu aku dah mula lepaskan anak kucing baru tu sebab dia dah nampak sihat. Aku dah bawak dia ke klinik dan dia dah di bagi ubat cacing dan ubat selesema.

Tapi ada perkara yang tak best jadi di sebalik penyembuhan anak kucing baru tu yang menyebabkan aku tak senang duduk.

Ape-ape pun aku akan cite kat next entry. Kite sambung next entry okeh...  Babai.

Sunday, January 18, 2015

GREAT STORY ~gINGER The Cat (part 4)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan, nak story sakit si anak kucing yang aku jumpa kat tepi tangga tu.

Lepas aku jawab semua soalan doktor tu, doktor pun berkata "cacing je ni." sambil amik ubat cacing dan vitamin. Aku tengok cara doktor ni pegang kucing, rasa macam tak layak je die jadi doktor haiwan. Punya la kasar. Tapi takkan aku nak marah doktor tu pulak. Mesti la dia lebih tau dari aku.

Sekejap je aku dalam bilik doktor. Lepas tu kite orang keluar untuk amik ubat si kucing. Sebab aku kesian tengok anak kucing yang dah jadi sebatang kara ni, aku decide untuk menjadikan dia anak angkat. Kebetulan semua housemate aku pencinta kucing kecuali seorang yang takut kucing.

Sementara tunggu bil, aku pun tengok-tengok la barang-barang keperluan untuk si baby baru yang bakal menghuni bersama-sama kami. Aku beli botol susu, susu dia, makanan, pasir tempat untuk dia membuang, bekas makan dan minum, spray mandi sebab dia kecik lagi, jadi tak digalakkan untuk mandi. Boleh nak mandi tapi kena keringkan bulu dia dengan hair dryer.

Sue, housemate aku decide bagi nama dia GINGER. Dah kenapa dia letak nama halia kat kucing. Rase macam nak tergeliat lidah aku sebut name kucing ni. Macam pelik. Hahahahhaha.

Lepas settle semua urusan pasal Ginger, kami balik la. Kali ni kami masukkan dia dalam beg galas aku. Mengiaau-ngiau dia kat dalam beg. Ngeri gamaknya. Nak buat macam mana, kalau naik kereta boleh la aku lepaskan dia dalam kereta, ni aku merempit. Nasib kau la Ginger dapat tuan baru yang kurang berkemampuan ni T_T

Lepas makan ubat Ginger masih lagi tak aktif macam kucing lain. dia masih lagi lemau. Asik nak tidur. Tak tau sebab ubat atau sebab dia tak sihat. Kesian tengok dia. Tapi kami semua tertanya-tanya, kenapa orang yang ambil dia masa mula-mula lepaskan dia semula??

Apa jadi pada Ginger keesokan hari??? Akan bersambung next entri. Terima kasih kerana membaca =)

Tuesday, January 13, 2015

GREAT STORY ~gINGER The Cat (part 3)

Assalamualaikum w.b.t.

Dua hari selepas Tompok mati kalau tak silap, masa tu aku dengan adik aku nak keluar makan pegi Wng Solo. (perlu ke bagi tau name restoren kannnnn). Tetibe adik aku bawak sekor anak kucing warne kuning. Rupenye adik si Tompok dah ade orang pulangkan. Tapi yang sedihnya, bila adik Tompok pegi kat mak dia, mak dia buat muka garang. Dia dah tak kenal anak sendiri. Mungkin orang yang ambil adik Tompok kesian kat mak dia sebab mengiau tak berhenti.

Tapi kami tak ambik pun adik Tompok untuk di bela. Mane la tau kot-kot orang yang ambik dia tu saje lepaskan sekejap kat bawah.

Hari sabtu aku ingat petang tu nak keluar sekejap beli barang. Masa turun tangga aku nampak adik si Tompok terbaring. Aku ingat die tengah tidur. Aku main-main dengan dia, die lemah longlai. Macam orang tak bermaya. (orang ke?)

Lepas je aku pegang adik si Tompok, die terus muntah. Baru aku perasan kat tepi tangga tu ade muntah. Maknanya adik si Tompok ni memang tak sihat. Kesian pulak aku tengok anak kucing nih. Dah la comel.

Aku cancel keluar, aku naik semula ke rumah. Aku ajak housemate aku bawak adik si Tompok pergi klinik. Ni la first time aku bawak binatang ke klinik. Nasib baik housmate aku pun suke kucing. Berpengalaman besar dalam memelihara kucing. 

Jenuh la google klinik yang berdekatan. Nasib baik klinik yang kami nak pegi ni dekat. Disebabkan tak ada bekas kucing, kami letak adik si Tompok dalam kotak kasut mula-mula. Punya la dia mengiau dah macam kucing sihat. Bawak pulak naik moto. Gamble je la. Asalkan anak kucing ni selamat.

Sampai je ke klinik, aku di suruh isi borang. Yang kelakarnye dah la bukan kucing aku. Boleh pulak dia tanya nama kucing ni. Kalau tanya nama aku senang la aku nak jawab. Lepas tu pulak tanye jantina. Yang ni memang lawak kurang hajo. Aku tak tau la pembantu klinik tu nak mengenakan aku ke hape. Aku tau dalam borang tu mintak jantina haiwan, bukan jantina penjaga haiwan.

Lepas isi borang, doktor panggil masuk bilik pemeriksaan. Doktor tu boleh tanya aku kucing ni sakit apa. Aku doktor atau dia yang doktor? Secara sepontan aku jawab aku tak tau. Yang aku tau kucing ni muntah-muntah je.

Nak tau kucing ni sakit ape, tunggu next entri. Babai dan Assalamualaikum...Selamat membaca.




Saturday, January 10, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 2)

Assalamualaikum w.b.t

Masa aku balik kerja, aku nampak Tompok mata biru main-main kat bawah. Aku main dengan dia kejap sebelum naik atas. Lepas solat dan mandi, aku keluar semula nak pergi pasar malam. Aku cari Tompok, tapi tak nampak dia. Mungkin dia tidur kat mana-mana.

Pukul 7 aku balik rumah, aku nampak Tompok terbaring kat parking kereta. Tapi pelik cara dia baring. Pasal apa kaki dia lurus semacam. Aku pergi dekat-dekat. Aku panggil Tompok, ingat dia tengah tidur. 

Bila aku datang dekat-dekat, dua-dua mata dia dah tersembul keluar. Kat kepala dia ada banyak darah. Tompok dah mati kena langgar T_T

Aku naik atas, panggil adik aku sebab nak tanam Tompok. Lagi pun dah dekat maghrib. Aku pinjam scoop bunga akak yang tengah membaja pokok sayur dia. Kawasan rumah aku ni dah la banyak batu. Akak tu suggest aku tanam tompok kat pangkal pokok.

Masa aku angkat Tompok, badan dia still panas. Maknanya dia baru kena langgar. Aku memang tak sanggup nak tengok kepala Tompok yang dah remuk. Aku usap je la bulu die yang gebu sambil meleleh air mata.

Ibu Tompok datang jilat dia sambil mengiau-ngiau. Lagi la sedih aku tengok. Beberapa hari jugak la ibu Tompok mengiau-ngiau. Meroyan agaknya.

Dalam sedih-sedih, ade jugak timbul rasa takut. Maghrib-maghrib aku pegi korek tanah kat pangkal pokok. Buatnya aku kena sampuk dengan hantu si Tompok, naye je.

Tapi memang aku sedih, siap tepon mak aku bagi tau Tompok dah mati. Esok pagi aku nak pergi kerja, tetiba rasa rindu pada Tompok. Teringat dia terlompat-lompat main sorang-sorang lepas adik dia hilang.

Aku ingat lepas Tompok mati tak jumpa dah anak kucing. Tapi rupanya tak. Ternyata sangkaan aku meleset.

To be continue......

arwah Tompok

Saturday, January 3, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Satu hari aku jumpe dua ekor anak kucing dan ibunya. Warna oren dan montel-montel belaka. Tiap-tiap hari nak pergi kerja mesti stop kat tempat dorang dulu dan main-main dengan dorang. Boleh di katakan hari-hari aku pegi kerja lambat. Ikutkan hati memang nak amik bawak balik kampung. Sebab mak memang nak sangat kucing warna selain warna hitam untuk buat baka. Tapi takut kucing ni bertuan. Jadi, aku just bagi makan tiap-tiap hari dan main-main dengan dorang bila nak pergi kerja dan balik kerja.

Ginger dan ibunya. Yang lagi sekor, menyorok bawah sofa.

Bila dorang ni dah besar sikit, ada orang pindah kan dorang kat bawah. Tempat parking motor dengan kereta.



Ginger dan adiknya tengah makan malam. Lepas makan boleh tido.


Beberapa minggu dorang kat bawah, Ginger hilang. Tak tau sape yang amik. Tinggal si tompok bermata biru dengan ibunya.
Sebelah kiri Ginger, sebalah kanan adalah si tompok bermata biru.

Si tompok bermata biru ni bulunya gebu dan agak gemuk berbanding Ginger. Selepas Ginger hilang, aku cuma main dengan tompok je. Geram sebab comel sangat.

Tapi hari rabu lepas, ade sesuatu yang berlaku pada tompok mata biru =(


To be continue........



After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...