Wednesday, November 5, 2014

Perut Rata, Otot Pejal, Tubuh Mantopppp....

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera =)

Benda pelik-pelik jangan tegur. Baca dulu ape aku nak share ni. Dah lama nak share tapi di sebabkan tab kesayanga tak nak bekerjasama, aku simpan berkurun lamanya gamba-gamba ni. Dalam kepala memasing sila jangan pikir negatip.

Aku nak share korang cara-cara untuk dapat perut kempis, otot pejal dan badan yang mantap. Info kali ini aku dapat dari majalah RAPI keluaran OGOS 2013. Lamakannnnnnn....

Aku dah buat semua step-step ni. Memang terbaik ah.. Memang tak payah susah-susah berlari sampai 3km untuk keluarkan peluh. Jadi, korang jangan segan silu untuk try. Tak susah. Amik masa dalam 30 minit gitu. Sape yang konsisten buat senaman ni, memang kompem boleh slim =)









Senangkan.. Ikutlah step-step ni. Kalau ade sesape yang berjaya habaq kat aku neh, sebab aku tak berjaya buat. Hahahaha. Baru buat sekali rase macam nak patah tulang temulang aku =P Selamat mencuba.

#credit to majalah RAPI

I'm Back!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia =)


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku update blog yang dah lama x berjengah. Setiap kali update blog, ini je la pun ayat aku kan =P Rindu dengan blog sendiri tetapi apakan daya, hanya mampu melihat dari jauh saja. In Shaa Allah selepas ni, blog ini akan terus aktif selagi hayat di kandung badan =)

Misi kali ni, aku nak update entri-entri berguna yang boleh dikongsi bersama-sama pembaca lain. Kalau ada merapu-rapu sikit-sikit tu tak apa kot. Kalau serius sangat tak ceria hidup ni kannnnnn.. Entri-entri tersebut In Shaa Allah akan aku cuba sedaya upaya untuk memastikan sumber maklumat adalah dari yang boleh di percayai dan diguna pakai terutama entri tentang ilmu.

Nampak tak kat atas blog aku ni ade cerpen yang tergantung. Kesian kat korang yang bace cerpen ni kan, sebab tak habis-habis lagi ceritanya. Aku paham perasaan tu sebab aku pun pernah terkena macam korang. Punye follow cerpen tu sekali tak ada penghujung. Hehehehehee...Jangan marah neh. Nanti aku bagi ending kat cerpen aku tu.

Sepanjang menyepi dari alam maya, punya la berdoyon-doyon idea datang. Siap bermonolog dengan diri sendiri. Bila blog kat depan mata, idea yang berdoyon-doyon dulu tu hilang entah kemana. Tak de dah nak bermonolog bagai. Hidung yang mula berhingus ni aku tolak ketepi untuk fokus menaip entri edisi November 2014. Saat ni minyak cap kapak memang jadi sahabat baik aku. Dok tonyoh minyak tu kat hidung. Nasib baik kepala bekerjasama hari ni. Biasanya kalau selesema, mesti sakit kepala. Mungkin sakit kepala tu akan menjengah aku esok hari. Nauzubillah.

Tapi tak mengapa, sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Jadi jangan jadikan itu alasan untuk bermalas-malasan. Azam tahun baru. Nak capai cita-cita masa sekolah dulu. Sila aminkan untuk aku keh. Terima kasih.
keterujaan qila melihat kapal terbang..teeteetee..






After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...