Skip to main content

Posts

Showing posts from November 20, 2011

Sungai Petani - Part 4 : Melawat UiTM dan Makan Cendol Pulut

Assalamualaikum w.b.t Akhirnya sampai la episod terakhir entri aku pasal Sungai Petani. Sape yang belum baca part 1 , part 2, dan part 3 , sila lah baca. Jangan malu-malu. =D Hari Ahad adalah hari terakhir kami kat Sungai Petani. Memang letih gila, dengan tak cukup tidurnya, dengan kurang rehat tapi masih ada hati nak menjelajah satu Sungai Petani. Pagi-pagi lagi ( pukul 10 pagi sangat ke?) kami dah bangun untuk melaksanakan plan yang terakhir sebelum balik semula ke Puchong. Sebelum bergerak pergi UiTM tempat kami study dulu, kami pergi rumah pengantin untuk breakfast dan salam peluk cium sebelum balik. Ada nasi lemak, ada roti canai dan pengantin bagi kami makan kek yang tak sempat di potong semalamnya. Kenyang jugak la. Sebab masa tu pun dah pukul sepuluh lebih. Dah nak masuk makan tengah hari. Lepas makan kami bertolak pergi UiTM lalu jalan Sungai Lalang.  Aku la manusia paling excited sekali bila masuk UiTM. Kami risau guard tak bagi kami masuk sebab UiTM Kedah tak