Friday, November 7, 2014

Lepas ni boleh download aplikasi LINE kat handphone memasing ya...

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi cinta =) bangun dengan rase kemalasan pagi ni kerana hujan yang lebat menyebabkan rasa macam nak sambung tidur. Dan yang lebih mensadiskan lagi, gas dah habis bila mana aku nak masak air. Yes, aku memang masak air guna cerek yang bunyi bising tu bila air dah masak. Sebab rumah aku sangat ramai sanak saudara semut. Kalau guna cerek elektrik memang tak sempat aku minum, air tu dah jadi kolam renang para-para semut sekalian.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal gas habis, pasal semut, pasal kolam atau pasal lain. Seawal pagi aku bangun,(awal la sangat, matahari dah naik segalah baru sedo) lepas solat aku terus baca blog. Tajuk yang berjaya menarik minat aku pagi ni, cerita pasal 'ADA APA DENGAN CINTA 2014' dari blog Lulu Pages. Tak sangka cerita tu dah berlalu 12 tahun.

Akhir cerita yang dulu kan dorang berpisah bila si Rangga berpindah ke New York. So cerita yang tahun 2014 ni dorang tak buat filem. Tapi buat dalam bentuk iklan yang bertujuan untuk mempromote khidmat terbaru aplikasi LINE iaitu FIND ALUMNI. Hagak-hagak nak cari boyfriend lame mase sekolah dulu, boleh download cepat-cepat.

Selepas 12 tahun, baru Cinta dengan Rangga berjumpa semula dan masing-masing masih single. Untong la masing-masing single. Kalau orang lain maunye dah cari pasangan baru T_T Lepas ni boleh aku download LINE kat dalam talipon aku. Mane la tau boleh terseremak dengan orang yang aku nak sangat jumpa tu...motippppp????

Muka si Dian Sastrawadoyo ni totally different la. Dulu muka budak sekolah. Sikalang sudah cantik ma. Aku pun macam konpius, betul ke Dian ni? Awat cantik sangat? Tetibe teringat die pernah bercinta dengan Malique Too Phat kan..Emmm..tu je la yang aku nak cakap. Hehehehe.

Nicholas Saputra tak banyak yang berubah. Kalau berubah pun, berubah menjadi 'abang sado' Rasenye dulu lagi somel sikit. La ni dah berumoq biasa la..ade la kedut sane sini sikit kut.

Hmmm..tu ja la nak habaq...aku nak pi cari biskut oreo.. Bye

Life Must Go On...

Assalamualaikum w.b.t

Dah pukul 1.23 pagi. Biasanya aku tak reti tido lambat-lambat macam ni. Tapi memandangkan blog aku dah kembali seperti sedia kala, semangat tu lain macam sikit. Semangat macam bela *tutttt. Nak sebut aku takut, paham-paham sendiri la ye.

Adik aku awal-awal dah berdengkur. Nyampah agaknya tengok aku berjam-jam depan laptop. Mula-mula cakap sorang-sorang lepas tu gelak sorang-sorang. Ni gara-gara aku main game kat kampung chat tu la. Ade ke die tanye soalan kimia..mula-mula tu memang ternyata kehebatan aku, sebab pak cik google tolong bagi jawapan.

Agaknya die tengok aku hebat sangat die terus tuka soklan. Subjek sains. Tapi memang mampus aku tak tau walaupun soalan-soalan yang die tanye tu memang pernah di ajar kat sekolah. Untuk soalan sains pak cik google dah tak berapa hebat nak membantu aku. Jadi aku tengok je la orang lain yang bagi jawapan. Jeles weh. Pasai apa dorang dapat jawab cepat sangat? Ade buku teks ke kat depan mata? Sebab masa yang die bagi tu cume 30 saat je hokey. Nek meroyan aku mencari jawapan kat google. Tu yang jadi menjerit, bercakap dan gelak sorang-sorang. Frust tak dapat jawab soalan.

Dah agak-agak nak kalah, baik aku keluar sebelum aku duduk betul-betul kat tanjung rambutan. Pastu aku edit pulak aku punya blog supaya sejajar dengan usia. Bagi aku sejajar la kot. Itu je yang aku mampu buat setakat ni. Yang sangat hazabedahnye, bila aku nak letak gamba profile, tak bulih-bulih. Sekali keluar ya amat besarnya muka aku. Segala jerawat dan jeragat tersembul keluar.

Daripada mengaibkan diri sendiri, haruslah aku delete dulu gamba tu. Lain kali je lah aku letak. Tak penting pun kan.

Now mate dah macam nak tersembul keluar. Takut terlajak subuh, naye je. Esok banyak lagi perkara yang nak di settlekan. Jadi aku mintak diri dululah. Emmmm...motip tajuk entri 'Life Must Go On????? Sila abaikan. Assalamualaikum...

Nama pun tetikus percuma, jangan lah mengharap ianya secanggih tetikus brand apple.

Assalamualaikum w.b.t.

Nak habaq kata tetikus sendiri yang tak nak bekerjasama dengan tuannya. Aku skroll sikit dia bantai skroll sampai ke bawah T_T Nak marah kat tetikus ni pun bukannya mendatangkan faedah. Jadi, mak REDHA.

Tetikus ni aku dapat masa beli laptop. Konon tak nak membazir, tak de la aku beli yang baru walaupun aku tau tahap kecekapannya kurang memuaskan hati aku. Tapi hari ni dia mula menunjukkan perangai sebenar. Jadi aku terpaksa menduakan tetikus ni dengan yang baru supaya semua kerja aku berjalan lancar. Dah la blog aku ni pun tak sihat. Tak tau la puncanya dari mana tapi siang tadi okey je. Tetibe blog yang aku follow jadi sikit sangat. Jenuh sign out bagai tapi masih sama. Hopefully esok dia kembali sihat seperti sedia kala.

Tapi bukan semua barang free tak berkualiti. Bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau dapat kualiti yang bagus, alhamdulillah. Kalau dapat yang kurang bagus, faham-faham la.

ni la tikus yang taknak bekerjasama tu. Bontot je merah menyala.




After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...