Sunday, October 16, 2011

1st Giveaway Mr Baiz, RM300 Untuk Dimenangi!!!!!!''

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Now lunch time, tapi disebabkan giveaway ni aku sanggup lunch lambat (tido je kot time lunch). Sebab aku ni memang jenis suka orang beramal jariah dan barangan free neh segtanpa segan silu aku nak join la giveaway neh. Korang pun join la mane la tau rezeki korangkan. Kalau korang tak nak hadiah tu boleh la bagi kat aku.Hahahahaha.. Jom usha apa adaaaa....


Klik sini


Dah lama tak join segmen or give away macam ni sebab kerja, eleh gaye macam pekerja berdisiplin. Piiirrraaahhhhhhhh!!!!

Kalau dah baca jangan tengok je, join sekali ye. Korang tak nak ke hadiah mahe-mahe ney? (loghat perak)




Pagi Isnin yang mengerikan...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi!!!!!!

Tajuk entri macam orang kecewa tapi bagi salam macam orang terencat. Hahahahha..Aku dah sampai ofis aku happy la. Tapi mase on the way nak pergi ofis, memang melonggarkan kepala lutut aku betul. Jem teruk. Lepas tu hon kereta usah cakap la. Bingit telinga aku. Aku rasa macam berada kat negara China yang padat dengan manusia. Yang nak masuk ke kiri, yang nak masuk kenan, tu belum kira yang nak terlanggar orang depan lagi. Jadi kat depan mata aku pulak tu. Memang mengerikan. Jadi aku pun memandu slow je la. Biar la kalau orang belakang nak maki aku lembap sekali pun. Aku tak kisah. Kalau dorang nak cepat sangat potong je, tapi jangan nak senggol moto aku pulak. Fobia eksiden mase raye ritu pun tak ilang lagi. Boleh sasau asik eksiden je.


Sabtu dan Ahad yang membosankan..Huh!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera....

Bosan nye hari sabtu dengan ahad kalau tak da benda nak di buat. Dulu tak rase bosan sebab aku buat part time. Tapi skang ni memang aku dah tak buat part time hari sabtu ahad sebab penat. Tapi bosan pulak. Jumaat malam sabtu je dah mula kepala otak aku ni plan nak buat ape hari sabtu dengan ahad.

Hari sabtu oke la, aku keluar dengan Fatin. Fatin nak survey hand bag dengan charger laptop. Aku pulak nak jumpa kawan. Hati aku ni memang tak keruan betul seb bek ade Fatin so tak de la gabra sangat. Dah mamat tu yang beria nak jumpa. Lagi pun tak pegi mana-mana, makan (mamat tu je la yang makan, aku dah makan awal-awal..hahahhaha) lepas tu dia ajak tengok wayang. Cite ape tah aku tak ingat tajuk dia tapi cite tu tempat duduk dah full. Dia pegi amik cite lain. The Thing. Boleh tahan best la, penuh dengan debaran. Perut aku yang kenyang jadi lapar balik sebab tengok cite tu. Tak boleh nak dijangka apa yang terjadi seterusnya. Dan banyak babak yang buat aku terkejut. Awal-awal lagi aku dah terkejut. Siap melatah lagi.

Hari ni plak aku pergi tengok libas plak. Cite tu dah kua lama tapi aku baru nak tengok. Aku pegi dengan Lini, housemate aku. Not bad la cite tu. Ade lawak, ade series ade lawan-lawan sikit. Tak bosan. Lepas tu pergi popular, nak beli file untuk bos aku, lini plak cari cutter. Entah nak buat ape dengan cutter tu pun aku tak tau la..Hati aku ni dari awal pagi nak check blog. Tapi dah lini ikut skali kena tengok wayang dulu la. Lepas tu aku hantar lini balik, aku keluar pergi cc. 

Sampai je kat cc, eksited la aku nak blog walking. Sekali pc mati dengan tiba-tiba. Dua kali pulak tu. Memang betul-betul spoil. Lepas tu bau rokok jangan kate la. Mase aku taip entri ni, orang sebelah aku tengah menghidupkan api rokoknya. Aku ni dah la tak tahan dengan asap rokok. Ni memang nak suruh aku balik cepat. Taip pun dah macam orang tak cukup jari. Typo je. Tapi ok la dapat jugak aku tengok blog aku walaupun sekejap. Nak BW je tak dapat.

Aku nak chow dulu neh sebab asap rokok semakin berkepol-kepol kang sesak nafas pulak. Jumpa esok na..Papai..


p/s macam perompak nak melarikan diri je aku ni...


After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...