Assalamualaikum w.b.t
Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =)
Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu.
Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS. Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik. Bagi aku la kan..Tak tau la korang..Part paling best masa dia nak tackle isteri dia. Hahahaha..Memang ayat die, kalau aku pun aku rasa menyampah. Rase nak ketuk kepala je. Tapi cara dia tu memang boleh buat hati perempuan cair la..
Meh aku cite Sinopsis die sikit...
Haris (Beto Kusyairi) seorang akauntan tapi buat part time as a photographer. One day Haris curi-curi amik gamba Dahlia (Tunku Hanis) masa taman, pulak tu kantoi dengan si Dahlia. Dahlia mintak Haris bagi semua gamba Dahlia yang Haris ambil. Actually Haris ni suka kat Dahlia. Tapi Dahlia ni jual mahal sikit sebab dia tak kenal pun si Haris ni. Tapi Haris tetap berusaha untuk mendapatkan Dahlia. Dan akhirnya berjaya. Dorang pon kawen pak gebung gebung...
Masalah sebenar timbul lepas kawin. Dahlia disahkan mengandung, tapi dalam masa yang sama dia di sahkan mengidap penyakit Alzhemir. Ala penyakit yang ilang daya ingatan tu. Mula-mula Dahlia tak habaq pun kat husband dia, Sekali nurse call ke rumah nak cakap dengan Dahlia tapi husband die yang jawab. Bila dah tau wife dia tu sakit, Haris ni punya la sayang bini, sanggup benti kerja untuk jaga bini yang sarat mengandung. Paling sedih bila tiba-tiba wife dia terjaga tengah malam, tiba-tiba menjerit marah kat Haris. Dia dah tak kenal husband dia masa tu. Terpaksa la call mak pak dia tengah-tengah malam buta, sebab si Dahlia ni cuma ingat kat mak pak dia ja. Kesian kan kat si Haris tu. Ayo mate aku ni bergenang jugak le menengok kesetian Haris jaga wife die yang ilang ingatan tak tentu masa tu...
Masa kat umah mak pak dia Dahlia bangun tido dia boleh tanya kat mak dia nape dia mengandung. Hahahaha..tima ni nak gelak pon ade.. Mak die pun story la kat dia ni semuanya. Baru la dia faham....tu je yang dapat aku ingat tatkala ini.
Yang selebihnya korang download la kt internet cite tu ye....
Aku suka cite ni sebab dorang ni kira pasangan suami isteri yang bahagia dan romantik. Huaaaawawawawawa..Ciri-ciri bakal suami yang aku cari macam si Haris tu la..Hahahahahaha..Perasan kan..Perangai sendiri pun macam hantu lagi nak lelaki baik..Watak Haris ni memang best ar sebab dia suami yang penyayang dan bertanggungjawab, isteri sakit bukan alasan untuk dia cari perempuan lain. Sakit pulak bukan sakit biasa, sakit ilang ingatan, tak kira masa dan tempat kalau nak ilang ingatan. Bukak mate je kena marah dengan bini sebab dah tak kenal laki sendiri.. Besar sungguh ujian....
Nak bagi lapan ploh bintang kat cite ni..Over aih sampai lampan ploh bintang.. Dari lima bintang aku bagi 4.5 la... Sebab cite ni memang best ar...Sile la tonton kat internet kalau nak tau cite sebenar macam mana ye.. Aku nak buat kerja neh. Babai...
Comments