Sunday, October 2, 2011

"Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita!"

Assalamualaikum dan Selamat Siang!!!!

Hah, macam-macam jenis salam aku ni. Tak kesah..Asalkan bersalam..Tanda hormat kat orang. Dah lama tak join Segmen..Terjumpa satu segmen ni. Tarikh tutup 7 Oktober. Untuk Keterangan Lanjut boleh klik link kat gamba bawah ni.

KLIK SINI       


Dan sebenarnya, aku baru je follow blok Eyryn ni. Hehehehehe..Nak cite pasal blog die lebih-lebih tak berani la kan. Sebab belum godek habis lagi blog die neyh. Yang aku tau blog die comel seperti tuan punye blog. Kena baca habis semua entri-entri lepas baru boleh cite panjang na..

So korang pun kalau nak kenal dia, jangan segan-segan klik link kat atas tu...=D

Aku nak tagged.....

Awan Yang Terpilu (pilu la sangat die ni)


Siapa nak kenal dengan dua amoi santekk ni boleh la klik kat dorang punye link tu =)


Kasut Aku Koyak!!!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!!!!

Hallo hallo hallo!!! Di pagi Isnin ni kena la ceria untuk memulakan kerja. Kalau tak ceria pun kena juga buat-buat ceria. Terpaksa hipokrit dengan diri sendiri semata-mata untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pagi ni je aku nampak bermotivasi sikit, ko tunggu petang kang, entah ke mana la hala tuju aku. Ape kesah?? Bos bukan ada...hahahahhahaha (kepada blogger len jangan tiru perangai tak senonoh ni)


Memang aku tengah hipokrit dengan diri sendiri la ni. Dari hari Isnin sampai la Jumaat pergi kerja, kalau aku tak membebel sorang-sorang memang tak sah. Bukan kena sawan, tapi ade je yang nak buat aku hangin. Sape lagi kalau bukan pemandu dan penunggang motosikal or kereta yang kurang ajo bebeno tu.. Macam mana la mood aku nak ok. Setakat perkataan BODOH tu memang dah tak dapat nak ditahan daripada keluar dari mulut aku ni. Asal ade je orang yang nak  buat aksi berani mati atas jalan raya yang  tengah jem tu, otomatik perkataan BODOH tu terkinja-kinja nak kua. Memang tak dapat di tahan dah. Ingat aku suka ke sebut perkataan aku. Tahap kesabaran aku ni 1/100 SAHAJA. Jadi minta maap je la kalau ade yang terkena BODOH  dari aku. Sape suruh penting kan diri sendiri sangat?????


Pulak tu, bile dah sampai opis, aku tengok ada benang kuning kat kasut aku. Benang apa pulak ni? Nampak pulak kaki aku yang berparut tu. Rupe-rupenye KASUT AKU KOYAK!!!! Wah wah wah..ni memang betul-betul buat aku hangin satu badan ni. Mula-mula bengang kat jalan raya. Sekarang bengang sebab kasut dah koyak. Aku baru je beli kasut tu semalam. Aku beli kasut tu sebab lawa dan murah. Ape aku kesah kalau kasut aku murah pun. Kasut sebelum ni pun harganya same juga. Tapi tak koyak pun...Aku ambil stepler pastu aku stepler kat tempat yang koyak tu. Esok lusa baru aku hantar pergi kedai kasut. Sadis sungguh.......


p/s: aku dah pos hadiah untuk GA Aku Beli Ke tak???

Nak Bagi Hadiah untuk Pemenang GA aku Beli Ke Tak???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!!!!!!


Ceria sungguh. Hidup mesti nak ceria, baru lebih bahagia. Betul ke falsafah aku ni??? Ah, taram je, asal bunyik sedap. Muahahaha


Aku nak tunaikan janji aku kepada pemenang-pemenang GA aku beli ke tak??? Aku mintak mahap la sangat sebab lambat pos hadiah tu. Disebabkan aku eksiden mase raye pertama. Alhamdulillah sekarang ni dah pulih, so aku tunaikan la janji aku tu. Kepada yang menang tu, tunggu la hadiah yang tak seberapa dari aku tu. Aku guna pos laju.


Hadiah tu aku beli kat satu kedai yang menjual barang-barang dari Jepun or Korea tak silap aku. Aku pun tak pasti. Kedai tu jual barang harian yang selalu kita guna tapi sangat-sangat la cumil dan unik. Menyebabkan aku rambang mata duduk dalam kedai tu lama-lama. Bagi mata aku barang-barang kat dalam kedai tu comel la, tapi tak tau la pada mata korang. Aku harap korang suka dengan hadiah yang aku bagi tu ye =)


Thanx sebab join GA aku. Next time kalau ada GA lagi sila-sila la join lagi ye. =)

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...