Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Entri Khas Untuk Nur Fatin Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..

Hari ni pun aku nak buat entri untuk Fatin lagi. Bukan apa, kesian pulak chicken chop die tu tak bersos dan bercoleslow..Semalam seharian aku ingat balik macam mana nak buat sos chicken chop dengan coleslow tu. Hasilnya aku berjaya ingat macam mana nak buat coleslow je. Sos dia tu aku ingat rupe botolnye aje. Name dia aku tak ingat. Hahahahahaha..


Cik Fatin amik resepi ni cepat!!!!

Bahan-bahan

1. Kubis Putih
2. Bawang Besar
3. Lobak Merah
4. Mayonis
5. Gula
6. Cuka
7. Garam



Cara-cara

1. Kubis, bawang besar dan lobak di potong halus selepas di basuh.
2. Selepas di potong, masukkan gula, sedikit garam dan cuka. Kemudian gaul semua bahan-bahan tu sampai sebati. Dah siap. Sonang jo..hahahahha


Gula, garam dan cuka tu jangan letak terlebih, kang ade yang berulang alik ke toilet. Agak-agak je oke...

Sos tu kamu kena cari sendiri la Fatin. Akak betul-betul tak ingat nama sos tu. Al maklum la, kepala dah terhentak atas jalan..Hahahaha..Selamat Mencuba, Tenung-tenungkan =D




p/s marah pula prof izi kat aku..muehehehehehe

Tuesday, October 4, 2011

Entri Khas Untuk Nur Fatin

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,


Ini bukan wordless wednesday okey.. Seperti yang di minta oleh Si Awan Yang Terpilu, aku nak share resepi membuat chicken chop. Ni bukan resepi aku sendiri tau, aku belajar buat chicken chop  ni mase aku buat part time kat satu restoren ni tiap kali cuti semester.


meleleh air liur aku..


Ha, cik Fatin, akak dah bagi resepi ni sila la try ye, lepas tu panggil akak datang makan. Muahahahaha..Ha, amik kertas salin resepi bawah ni:


Bahan-bahan:

Telur
Lada Sulah
Tepung Kek
Garam
Sedikit Ajinomoto (jangan banyak-banyak nanti botak kepala)
Daging Ayam bahagian Dada
Kentang Goreng
Coleslaw

Cara-Cara:
1. Pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam dan ajinomoto. Pukul telur hingga kembang.
2. Ketuk ayam tu sampai jadi lebar dan nipis.
3. Celup daging ayam dalam telur kemudian gaul dengan tepung. Lepas tu goreng dalam minyak panas dan masih baru. Tekstur warna dia akan menjadi cantik. Jangan guna minyak ikan ok. Nanti kembang tekak.
4. Hidangkan dalam pinggan bersama dengan kentang goreng dan coleslaw. Settle!


Cara-cara nak membuat sos dan coleslaw tidak dapat di siarkan di entri ni, sebab dulu orang lain yang buat benda alah tu. Muahahahha. Fatin, kalau ko nak jugak cara buat sos dengan coleslaw tu ko cari je la kat dalam internet. Tak pun ko pegi la mana-mana restoren pastu ko tanye.Hhehehehhehe.. Jangan marah hokeh, nanti tak comel =D Tapi  buat coleslaw dengan sos tu tak susah sebenarnye. Akak je yang tak ingat. Hahahhaa

p/s: Sesape yang cuba resepi, lepas tu sakit perut, jangan salah kan aku ye.....

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...