Skip to main content

Posts

Showing posts from January 11, 2015

SUKARELAWAN KE KUALA KRAI

Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan, entri hari ni berkisar tentang perjalanan sukarelawan ke Kuala Krai. Salah seorang ahli sukarelawan adalah aku sendiri. Selepas mendapat perlepasan daripada CEO, team kami bergerak ke Kuala Krai pada hari selasa malam bersamaan 6 Jan 2015 dan dijangka pulang semula pada hari sabtu bersamaan 10 Jan 2015 Barang-barag keperluan sedang di masukkan ke dalam lori Membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Tepat jam 10 malam, kenderaan 4 wheel telah bergerak dulu untuk melihat keadaan jalan yang akan di lalui. Kami memang tak tau langsung keadaan kat sana. Macam mana dengan tempat tidur, ada air dan elektrik atau tak, semua tu memang belum tau lagi. Jadi masing-masing bawak baju lebih sebab tugasnya nak mencuci sekolah. Makanan dan air bersih dibawa siap-siap dari KL. Peralatan untuk mencuci jugak dah di beli siap-siap untuk di bawak ke Kuala Krai. Masing-masing tawakal dan redha dengan apa yang kami akan hadapi nant