Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Ini bukan wordless wednesday okey.. Seperti yang di minta oleh Si Awan Yang Terpilu , aku nak share resepi membuat chicken chop . Ni bukan resepi aku sendiri tau, aku belajar buat chicken chop ni mase aku buat part time kat satu restoren ni tiap kali cuti semester. meleleh air liur aku.. Ha, cik Fatin, akak dah bagi resepi ni sila la try ye, lepas tu panggil akak datang makan. Muahahahaha..Ha, amik kertas salin resepi bawah ni: Bahan-bahan: Telur Lada Sulah Tepung Kek Garam Sedikit Ajinomoto (jangan banyak-banyak nanti botak kepala) Daging Ayam bahagian Dada Kentang Goreng Coleslaw Cara-Cara: 1. Pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam dan ajinomoto. Pukul telur hingga kembang. 2. Ketuk ayam tu sampai jadi lebar dan nipis. 3. Celup daging ayam dalam telur kemudian gaul dengan tepung. Lepas tu goreng dalam minyak panas dan masih baru. Tekstur warna dia akan menjadi cantik. Jangan guna minyak ikan ok. Nanti kembang ...