Skip to main content

Posts

Showing posts from October 14, 2011

Aku Ni Garang Orangnya Tau Tak......

Assalamualaikum w.b.t Sementara tunggu pukul 12 malam, bek aku  menghabiskan masa dengan menaip entri. Bos pinjam sat na komputer. Hehehehehe...Kebetulan pulak dua tiga hari ni aku kena ajar budak baru. Aku ni memang dari dulu sampai sekarang memang tak suka mengajar orang. Bukannya aku kedekut ilmu tapi aku cepat naik angin kalau orang tak paham apa yang aku ajar. Aku jenis yang tak suka marah-marah tapi cepat marah. Macam mana tu? Aku memang tak boleh nak handle masalah aku ni. Dulu aku pernah jadi cikgu tadika. Kesian budak-budak tu asik kena marah dengan aku. Lagi kalau yang banyak main-main dalam kelas. Memang pantang aku. Tapi lepas marah tu aku rasa kesian pulak. Jalan penyelesaian aku, aku benti kerja. Kalau dengan kawan-kawan lain pulak, aku suruh dorang cari orang lain untuk ajar dorang. Sebab aku tak nak la dorang terasa hati dengan aku. Jadi cikgu tadika ni besar tanggungjawabnye. Jadi aku rasa aku memang tak layak la jadi cikgu. Kesian budak-budak  tu, sampai

Buah Tangan Untuk Kawan-Kawan Sebelum Balik.....=)

Assalamualaikum w.b.t Sebenarnye aku tak tau nak guna ayat yang betul untuk tajuk entri ni. Jadi aku hentam je la Buah tangan. Biasanya buah tangan tu orang bawak balik kalau pergi jalan-jalan kat mana-mana kan. Ni aku bagi buah tangan sebelum aku balik. Tak kisah lah, janji berguna ye dak. Bos dah balik awal, aku pun nak balik awal tapi hujan. Sementara hujan reda sikit aku nak bagi jari aku excercise sikit. BUANG 5 PERKARA KAMU AKAN BERJAYA 1 Buang sifat bersendirian dan membuang masa 2 Buang sifat kesedihan dan kedukaan 3 Buang sifat meninggi diri dan takabbur 4 Buang sifat ego dan bermegah 5 Buang hasad dengki dan berdendam Selamat membaca, renung-renungkan dan selamat beramal. Hujan pun dah berhenti. Aku balik dulu ye. Hari jumaat besenye pagi-pagi jalan lengang bile petang jem melekat. Ok babai.. Sumber dari Blog Peribadi Rasulullah p/s jangan bace je, same2 kite amalkan ye..klik kat link atas ni kalau nak baca banyak lagi entei best dari blog tersebut.