Thursday, April 9, 2015

My phone is getting Old T_T

Assalamualaikum w.b.t

Ni entri luahan hati dan nak mintak simpati. Setelah hampir dua tahun menggunakan Asus Fonepad, maka beliau telah mencapai usia emas, di mana beliau mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat  seperti, cepat hank, nak buka whatsaap slow, bateri jua mula menunjukkan perangai sebenarnya.

Oleh kerana pasaran sekarang yang di banjiri dengan pelbagai telefon pintar yang serba canggih dan memenuhi kehendak pelanggan serta semakin banyak virus yang menular, mungkin kerana itulah Asus Fonepad aku mula berasa terancam dengan kedudukan dia sekarang. Macam dia tau-tau aku akan menduakan dia T_T 

Jadi agak-agak gallery dah penuh, jenuh la aku nak delete gambar dan sebagainya. Kadang-kadang nak delete semua sayang. Ade info2 yang bagus untuk aku kongsi kat facebook dan instagram. Tapi tak ada pilihan. Memandangkan group whatsaap semakin banyak, kawan-kawan pulak memang rajin berkongsi, make lagi cepat tab aku ni sampai ajalnye. 

Sekarang Asus Fonepad hanya batuk2 kecil sahaje. Owh hampir terlupa pula, kamera juga mula tidak memberi kerjasama dengan jayanya. Tak pasti kenapa, kadang-kadang bila aku memerlukan cik kamera untuk promote barang, maka perkataan ini akan tersembul dengan tiba-tiba "camera can't connect" apekah????? =,=

Rasa segan apabila keluar berjimba dengan kawan-kawan nak berwefie. Terus aku berkata "Guna phone koranglah, phone korang gamba cantik sikit. Nanti whatsapp gamba-gamba kita kat aku ye." =,="

Niat di hati teringin jugak nak menggunakan smartphone yang tercanggih sekarang. Cik Epal 0_0

I-Phone 6 Plus

Ha besar kau memory dia. Puas hati. Tapi apabilah terkenangkan harga, buat aku rasa nak menangis hentak kepala kat dinding. Aku bukan seorang yang gilakan gadjet. tapi now aku perlukan gadjet untuk buat kerja. Dah jadi keperluan.

Jadi, aku membuat keputusan untuk beli yang biasa-biasa tapi dapat memenuhi kehendak dan keperluan aku. Soalnya brand ape dan model ape? Nak murah tapi nak yang terbaik. Huhuhuhhu.. Aku rasa, kalau aku guna perkatan "nak murah tapi nak yang paling canggih" kat orang kedai, mesti die halau aku balik T_T

So, ade sesape yang baik hati nak belanja aku smartphone satuuuu???? Hehehehehe..okbai.........


BERZIKIR SETELAH SOLAT

Assalamualaikum w.b.t..

Tafsir Ibnu Kasir:

Firman Allah s.w.t ~Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari...~ 
Maksudnya, solatlah kerana-Nya. Firman-Nya dalam surah al-Isra', 17-79. Firman-Nya, ~Dan setiap selesai solat~ Ibnu Abbas berkata, "Maksudnya ayat ini ialah bertasbih setelah solat." 

Permaknaan ini diperkuatkan oleh hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, dia berkata, "Orang-orang fakir daripada kalangan muhajirin mendatangani Nabi SAW seraya berkata, Wahai Rasullullah, orang-orang kaya pergi dengan membawa darjat dan kenikmatan yang banyak. "

Baginda bertanya, "kenapa boleh seperti itu?" 

Mereka menjawab, "mereka melakukan solat sebagaimana kami juga solat, mereka melaksanakan puasa sebagaimana kami juga melaksanakannya, mereka bersedekah tetapi kami tidak boleh bersedekah, dan mereka memerdekakan hamba sahaya tetapi kami tidak mampu melakukannya." 

Maka Rasullullah SAW bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kamu suatu perkara yang apabila kamu lakukan pasti kamu akan mendahului orang setelah kamu, dan tidak ada orang yang lebih utama daripada kamu kecuali mereka yang melakukan seperti yang kamu lakukan. Iaitu bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali setiap selesai melaksanakan solat (wajib)." 

Kemudian mereka bertanya kembali, "Wahai Rasullullah, saudara kami yang kaya mendengarnya sehingga ketika kami melaksanakan hal tersebut mereka pun melaksanakannya seperti kami." 

Kemudian Rasullullah SAW bersabda, "Itu merupakan kurnia Allah, Dia berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."

Menurut pendapat kedua, makna "wa adbaras sujudi" ialah solat dua rakaat setelah solat maghrib. Ini diriwayatkan daripada Umar, Ali, Al-Hasan (putera Ali), Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Abu Umamah. Dan ini menjadi pegangan Mujahid, Ikrimah, Asy-Sya'bi dan yang lainnya. Imam Ahmad meriwayatkan daripa Ali, dia berkata, Rasullullah SAW biasa melaksanakan solat dua rakaat setiap selesai solat wajib kecuali subuh dan asar. 

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, dia berkata, "Suatu malam aku tidur di rumah Rasullullah SAW, baginda solat dua rakaat khafifatain (yang ringan) sebelum solat subuh, kemudia n keluar rumah untuk solat subuh seraya bersabda, "Wahai Ibnu Abbas dua rakaat sebelum subuh ialah idbarun nujum (terbenamnya bintang-bintang) dan dua rakaat setelah maghrib ialah adbaaras sujuud." Ibnu Kasir, Tafsirul Qurani'l Azimi, Jilid 13, 1421 H/2000 m:203-204.

*********************************************************************************

Hadis Nabawi:

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang bertasbih kepada Allah selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga akli, kesemuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, selanjutnya disempurnakan menjadi seratus dengan membaca La ilaha illallah wahdahu la syariklahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qadir, maka kesalahan-kesalahannya diampuni baginya dosa walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 1, No. Hadis 597, 1412 H/1991 M:418)

Sumber: Terjemahan Al-Quran Resam Utmani keluaran Karya Bestari.


p/s: Info ini hanya dari pembacaan semata. Sila rujuk kepada yang lebih pakar, ustaz/uztazah/ahli ilmuan untuk keterangan lebih jelas supaya tidak timbul kekeliruan. Sebarang teguran sekiranya terdapat kesilapan amatlah dialukan. Semoga Allah s.w.t merahmati insan-insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan berkongsi dengan orang lain. Amin. Terima kasih.

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...