Skip to main content

Posts

Showing posts from January 10, 2015

GREAT STORY ~ gINGER The Cat (part 2)

Assalamualaikum w.b.t Masa aku balik kerja, aku nampak Tompok mata biru main-main kat bawah. Aku main dengan dia kejap sebelum naik atas. Lepas solat dan mandi, aku keluar semula nak pergi pasar malam. Aku cari Tompok, tapi tak nampak dia. Mungkin dia tidur kat mana-mana. Pukul 7 aku balik rumah, aku nampak Tompok terbaring kat parking kereta. Tapi pelik cara dia baring. Pasal apa kaki dia lurus semacam. Aku pergi dekat-dekat. Aku panggil Tompok, ingat dia tengah tidur.  Bila aku datang dekat-dekat, dua-dua mata dia dah tersembul keluar. Kat kepala dia ada banyak darah. Tompok dah mati kena langgar T_T Aku naik atas, panggil adik aku sebab nak tanam Tompok. Lagi pun dah dekat maghrib. Aku pinjam scoop bunga akak yang tengah membaja pokok sayur dia. Kawasan rumah aku ni dah la banyak batu. Akak tu suggest aku tanam tompok kat pangkal pokok. Masa aku angkat Tompok, badan dia still panas. Maknanya dia baru kena langgar. Aku memang tak sanggup nak tengok kepala Tompok

Jangan sentiasa fikir masalah kita paling besar....

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah subuh tadi selepas menjadi sukarelawan untuk ke Kuala Krai. Perasaan seronok sebab dapat pegi sana dan tolong dorang walaupun bukan sebesar mana pengorbanan aku ni. Perasaan sedih dan kesian tengok keadaan kat sane dan orang-orang kampung yang terpaksa menghadapi ujian ni.  Nak mulakan kehidupan baru tanpa apa-apa. Terutama yang kehilangan rumah. Tambah pula bekalan air bersih kurang dan bekalan elektrik yang belum pulih di semua tempat. Lumpur pulak hampir paras betis. Tak boleh bayangkan macam mana dorang nak bersihkan lumpur yang banyak dengan tak ada elektrik dan air. Aku akan update entri ke Kuala Krai sikit masa lagi. Cuma teringin nak cakap pasal ujian yang kita hadapi hari-hari.  Bukan apa, petang tadi sembang dengan kawan baik aku, memang kami selalu kongsi masalah sama-sama. Masa dia tengah cerita masalah yang dia hadapi, baru aku tau, rupanya orang lain punya masalah lebih besar dari aku. Pernah