Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =)

Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu.

Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS. Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik. Bagi aku la kan..Tak tau la korang..Part paling best masa dia nak tackle isteri dia. Hahahaha..Memang ayat die, kalau aku pun aku rasa menyampah. Rase nak ketuk kepala je. Tapi cara dia tu memang boleh buat hati perempuan cair la..

Meh aku cite Sinopsis  die sikit...
Haris (Beto Kusyairi) seorang akauntan tapi buat part time as a photographer. One day Haris curi-curi amik gamba Dahlia (Tunku Hanis) masa taman,  pulak tu kantoi dengan si Dahlia. Dahlia mintak Haris bagi semua gamba Dahlia yang Haris ambil. Actually Haris ni suka kat Dahlia. Tapi Dahlia ni jual mahal sikit sebab dia tak kenal pun si Haris ni. Tapi Haris tetap berusaha untuk mendapatkan Dahlia. Dan akhirnya berjaya. Dorang pon kawen pak gebung gebung...

Masalah sebenar timbul lepas kawin. Dahlia disahkan mengandung, tapi dalam masa yang sama dia di sahkan mengidap penyakit Alzhemir. Ala penyakit yang ilang daya ingatan tu. Mula-mula Dahlia tak habaq pun kat husband dia, Sekali nurse call ke rumah nak cakap dengan Dahlia tapi husband die yang jawab. Bila dah tau wife dia tu sakit, Haris ni punya la sayang bini, sanggup benti kerja untuk jaga bini yang sarat mengandung. Paling sedih bila tiba-tiba wife dia terjaga tengah malam, tiba-tiba menjerit marah kat Haris. Dia dah tak kenal husband dia masa tu. Terpaksa la call mak pak dia tengah-tengah malam buta, sebab si Dahlia ni cuma ingat kat mak pak dia ja. Kesian kan kat si Haris tu. Ayo mate aku ni bergenang jugak le menengok kesetian Haris jaga wife die yang ilang ingatan tak tentu masa tu...

Masa kat umah mak pak dia Dahlia bangun tido dia boleh tanya kat mak dia nape dia mengandung. Hahahaha..tima ni nak gelak pon ade.. Mak die pun story la kat dia ni semuanya. Baru la dia faham....tu je yang dapat aku ingat tatkala ini.
Yang selebihnya korang download la kt internet cite tu ye....

Aku suka cite ni sebab dorang ni kira pasangan suami isteri yang bahagia dan romantik. Huaaaawawawawawa..Ciri-ciri bakal suami  yang aku cari macam si Haris tu la..Hahahahahaha..Perasan kan..Perangai sendiri pun macam hantu lagi nak lelaki baik..Watak Haris ni memang best ar sebab dia suami yang penyayang dan bertanggungjawab, isteri sakit bukan alasan untuk dia cari perempuan lain. Sakit pulak bukan sakit biasa, sakit ilang ingatan, tak kira masa dan tempat kalau nak ilang ingatan. Bukak mate je kena marah dengan bini sebab dah tak kenal laki sendiri.. Besar sungguh ujian....

Nak bagi lapan ploh bintang kat cite ni..Over aih sampai lampan ploh bintang.. Dari lima bintang aku bagi 4.5 la... Sebab cite ni memang best ar...Sile la tonton kat internet kalau nak tau cite sebenar macam mana ye.. Aku nak buat kerja neh. Babai...


Sunday, January 8, 2012

Bila Dato' AC Mizal Berlakon Gerak Khas semula........

Assalamualaikum w.b.t

Berzaman aku tak hapdet blog sebab kerja sekarang tak berapa nak bz dan tak berapa duduk sangat depan komputer. Dari pagi sampai ke petang round production. KETIBAS. Tapi aku suka sebab boleh kurangkan lemak-lemak tepu yang mengelilingi aku sepanjang masa ni =D Hari ni ada peluang aku pun apa lagi......laju je nak menaip ape tah lagi bila ada benda yang aku nak share dengan korang semua..hehehhehehe


Korang percaya tak dengan tajuk entri aku tu? Jangan mudah percaya dengan tajuk entri. Alkisahnye petang semalam aku tengok cite GERAK KHAS THE MOVIE 1 kat Astro. Dato' AC la jadik hero dalam tu. Dalam masa yang sama aku tengok ulangan MAHARAJA LAWAK MEGA kat Astro jugak. Hos Dato' AC. Dari situ aku tengok la perbezaan beliau mase muda dan sekarang ni. 


Tengok die berlawan dengan Rosyam Nor dalam Gerak Khas, waaaaaa..memang terbaik, terbang sane-sini, terpelanting kat diding, kena sepak terajang (aku memang suka tengok filem aksi) dan macam-macam lagi la. Dato' AC ni berbakat. Dan aku suke bile die berlakon. Lawak pun boleh, aksi pun boleh. Tapi aku rasa filem aksi die kurang. Jadinye aku terfikir la, kalau la die berlakon balik dalam cite GERAK KHAS alangkah bagusnye. Sebab lepas die tak berlakon dalam GERAK KHAS aku memang dah tak tengok cite tu sampai sekarang. Siarannye entah hari apa dan pukul berapa pun aku tak tau.


Kalau die berlakon semula jadi INSPEKTOR MAZLAN, mau aku duduk depan tv tiap-tiap minggu nak tengok drama GERAK KHAS =D 


Itu je sebenarnye yang aku nak share dengan korang. hehehehehe...sape setuju Dato' AC berlakon drama GERAK KHAS, angkat ibu jari kaki kanan sekarang =P..

Thursday, December 29, 2011

Dua-dua meninggal...Sedihnyeeeee....

Assalamulaikum.....


Sedih sungguh aku semalam..Sape yang tengok slot Akasia TENTANG DHIA mesti rase apa yang aku rasakan..Rase sedih la. Semalam episod akhir. Tak sangka la pulak ending dia dua-dua meninggal. Nasib baik dua-dua meninggal, kalau sorang je meninggal lagi sakit hati ye dak...



TENTANG AKU..HEHEHEHEHE


Aku suka cerita tu sebab tak de la macam drama sangat walaupun hakikatnye ia adalah drama. Ada banyak pengajaran yang boleh di ambil. Sesetengah drama ni tak logik. Tentang Dhia ni nampak la kelogikannye. Tak de la merapu sangat. 

Suka aku tengok watak Adi Putra dengan Nora Danish sebagai pasangan suami isteri. Sifat tolak ansur dorang tu buat aku rase macam nak kawin cepat. Hahahha..(Ko nak kawin dengan sape? dengan tiang elektrik???) Walaupun menghadapi masalah rumah tangga tapi sifat sabar dalam diri dorang ni yang menyatukan dorang balik.

Pengajaran lain nye adalah Melina. Asalnya die ni bapak la jahat..Tapi aku suke gile watak Melina tu, sebab kelakar care die cakap. Cayalah Izreen Azminda. Sempoi gile die berlakon. Ape yang aku nampak la kan, kite tak boleh kate orang jahat tu akan jahat selame-lamenye, dan orang baik akan baik selama-lamanya. Kuasa Allah S.W.T tak de siapa yang tau. Walaupun watak Melina tu hanya lakonan, tapi ia tetap menunjukkan, Allah berkuasa keatas makhluknya. Asalnya dia jahat tapi dengan kuasa Allah die berubah menjadi baik....

Aku ni memang tak de bakaT kalau nak bagi komen dengan ayat yang bagus. Huuuhuuhuhu..Pape pun cite TENTANG DHIA memang best. Tak menyesal tengok...Lepas ni hope ade lagi cite pengajaran yang macam tu. Baru best. Ni kalau cerita pasal cinta semata-mata tak syok jugak ye dak...

okeylah, hari ni keje aku nak cite pasal tv je kan. hehehehehhehehe..Kebetulan ade dua cite best semalam...Aku just share...Selamat menonton..babai...

3 Idiots..

Assalamualaikummmmmm mengkome hoi!!!!!!

Korang tau 3 Idiots ni amende? Aku rase ramai yang dah tau. Aku je yang ketinggalan zaman. Ini ada movie hindustan. Aku tengok cite ni pun sebab dia keluar kat TV3. Hari rabu malam khamis 3 Idiots part 1, malam tadi    3 Idiots part 2. Nape aku sebok bebeno nak cite pasal cite ni????Sebab cite ni memang terbaekkk dari panggung la. 

Asalnye aku ade tengok iklan movie ni akan di siarkan, tapi aku tak ingat tarikhnye bila. Rabu malam tu, aku kurang sihat, aku pun telan la 2 biji panadol. Lepas tu aku tidur. Sejam lepas tu aku terjage sebab rase panas. Jenuh la aku pejam mata nak tido balik. Tapi tak boleh. Aku decide keluar bilik dan tengok tv. Tekan on terus keluar cite 3 Idiots ni. Aku layan je la. Sebab mate pun tak bape nak mengantuk lagi.

Sekali tengok, hamekaw....klako citenye..memang aku gelak tak hingat dunia, sampai laila keluar bilik nak tau ape yang kelakar sangat. Aku pun tak pasti la bile cite ni keluar.  Artis yang aku kenal dalam tu cume Amir Khan dengan Kareena Kapoor je. Yang lain haremmmmm...


Heroin yang tak bape nak heroin sebab ni bukan movie centa sangat....


Cite ni mengisah tentang tiga orang sahabat yang belajar kat Kolej Kejuruteraan yang mana Pengarahnya seorang yang sangat tegas dan hagak jahat la jugak. Ade ke patut pengarah kolej sediakan paper khas untuk bagi student yang die tak suka gagal exam. Kuang asam kan pengarahnye tu. Tau la Kolej tu dia punye. Siap ade student yang bunuh diri lagi. Tapi dorang ni bukan la bodoh sangat, tapi banyak buat perkara yang bodoh dan lawak. Walaupun citenye lawak tapi ade jugak pengajaran yang boleh di ambik. Lawaknye tak de la keterlaluan..tapi ok..kalau dah boleh buat aku gelak tak hengat dunia tu maknanya lawak la kan....




Ni la 3 Idiots...



Dalam cite ni Amir Khan nampak sangat muda dan hensem..Auwwwwwww..jatuh cinte aku kat die..hahahahhaha..Mungkin sebab die rendah kot. Orang kate orang rendah ni memang selalu nampak mude...Ye ke?????Musykil aku..


Ini la pengarah yang tegas merangkap tuan punya kolej 



Aku tau cite ni ade part1 dan part2..Kan aku dah bagi tau tadi ade kua iklan. Jadi semalam aku pun bersengkang mata untuk tengok cite ni. Tapi yang part2 lawak die tak banyak sangat.. Part2 lebih banyak cite pasal Rancho si Amir Khan ni la yang tetibe menghilangkan diri lepas die grad...So, dua orang kawan dia ni pi la cari balik si Rancho ni...Yang sebenarnye Rancho bukan name sebenar Amir Khan (dalam cite ni) Name dia ape tah...Tak reti aku nak sebut dan taip. Yang aku ingat Wangdu hujung namenye...Jadi ape kate korang yang belum tengok, pegi tengok cite neh...Pegi la tengok..best......

Confirm tak menyesal tengok cite ni. Kalau kat panggung memang tak de, Korang download or beli vcd or dvd..Sekiannnnnn....Selamat menonton...renung-renungkan =)
























After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...