Skip to main content

Posts

Showing posts from December 14, 2011

Pagi- hari lagi Aznil dah buat aku mengilai sorang-sorang....

Assalamualaikum.... Hallo hallo hallo (apakah tetiba hallo) Selamat pagi Khamis nan indah  kepada semua warga Malaysia (semangat tak hengat) Alhamdulillah hari ni bernafas lagi aku kat muka bumi Allah s.w.t yang luas ni. Ni nak habaq la kan macam mana aku boleh jadi ceria tak hengat dunia. Lepas solat subuh pagi tadi, aku pun on la televisyen. Amboi..over aku neh..nak jugak taip televisyen yang panjang lebo tu..Bukan nye korang tak paham kalau aku taip TV je pun, ye dak. Ha, x pe abaikan la.... Mula-mula aku dengar lagu nasyid. Syahdu sungguh hati aku ni bile dengar lirik-lirik dakwah yang dorang nyanyikan. Tetibe terasa insaf tapi time tu je la kan. Lagu habis insaf pun lesap entah ke mana. Huhuhuhuhu...Lepas siaran nasyid tu habis, aku tukar channel. Aku tak ingat la ape name channel kat astro tu. Yang aku tau nombor die 109. Aku bukan bese sangat dengan astro ni.  Kebetulan Macam-macam Aznil baru je start. Aku pun duduk la depan TV tu. Tak ada apa nak buat pon