Saturday, January 11, 2014

Marah dan Mengumpat... Cara untuk menghindari :-)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...masih bernafas di pagi hari yang indah ini. Setelah menelan dua keping roti sardin 'semalam' (hopefully x basi, sebab rase die masih ok) kenyang sekejap perot aku ni tapi x tahu sampai pukul bape..kekekee

Now, aku nak buat sarapan minda pulak. Marah dan mengumpat tu perkara biasa kan????? Biasa ko kate?? BERDOSA tahu tak! Ok la aku mengaku sometime its happened to me. Rasenye bukan sometimes tapi ber'time-time' =D

Sebagai muslimin dan muslimat yang BERIMAN dan BERTAQWA, kita kena amik serius benda ni. Apatah lagi perkara ni Allah dah bagi tau dalam AL QURAN, jangan dok buat. Tapi kita ni perkara yang dilarang tu la selalu nak buat. Especially bila kita marah kat seseorang. Mesti cari bespren nak luahkan ape yang terbuku dalam hati.

Dulu aku selalu buat macam ni, siap rasa apa yang aku buat tu tak salah. Cuma meluahkan perasaan je. Tak fikirkan pon apa yang aku luahkan pada kawan tu adalah sebenarnya MENGUMPAT. Ada ke orang tengah marah bila bercerita dia cakap perkara yang baik je pasal orang yang dia marah???? Mungkin ada, tapi mungkin juga bukan kita orangnya. 

Muqaddimah dah selesai. Now, macam mana nak elak dari mengumpat neh?? Dah marah-marah tapi x luah kat bespren boleh stress tau!!!

Actually, salah apa yang kita fikir tu. Dari DIA kita datang, kepada DIA lah kita kembali. Mengadu lah pada ALLAH s.w.t. Pernah tak bile kite cite kat bespren, bespren kita bagi respon yang bukan kite harapkan?????? Kite cite kat die nak bagi hati kite lega, tapi dia pulak yang menambahkan sakit hati... Perkara macam ni pun biasa jadi. Sebab tu kita kena mengadu pada ALLAH s.w.t. DIA MAHA MENGETAHUI.  Kalau kite mengadu pada manusia tak salah, tapi carilah orang yang betul yang boleh bagi nasihat yang baik pada kita :-)

Jadi macam mana nak elakkan semua-semua ni????? Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan anda-anda semua :-) 

1. Bila kita  marah pada seseorang, cuba ingat kebaikan yang dia dah buat. Mana ada manusia yang sempurna, yang tak buat sikit pun kesilapan. Cuba dan belajar perlahan-lahan untuk menerima kesilapan orang lain. Belajar memaafkan orang lain dan nasihat dia dengan baik. Ok. Bab nasihat ni memang aku fail la. Tengah belajar lagi untuj menasihati orang especially orang yang lebih tua dari aku =P same-same kite perbaiki diri ye.

2. Cara yang kedua ni sepatutnya menjadi yang pertama. Korang pun mesti selalu dengar ustaz bagitahu, bila marah, tarik nafas, kalau sedang berdiri duduk kalau tak okey jugak, boleh baring, kalau tak ok jugak ambil wudhu, kalau tak okey juga, solat sunat dua rakaat. Dah buat semua ni tapi tak okey jugak, tepuk dada tanya iman =P

3. Yang ni aku baru dengar semalam daripada ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz, dia cakap untuk mengelakkan mengumpat, perbanyakkanlah bersedekah. Yang ni aku tambah, banyakkan zikir, zikir yang khusyuk dan ikhlas. Cuba-cuba hari-hari. 

4. Bespren yang jadi pendengar ni, bila kawan mula nak mengumpat, sebut 'SUBHANALLAH' tapi kalau die tak endah, jauhkan diri dari dia. 

Yang selebihnya korang pun mesti tahu. Nak dapat hati yang sabar, hati yang ikhlas, kena usaha cari HIDAYAH ALLAH s.w.t. Cari punca rezeki yang halal, cari ilmu, baca al-quran dan yang paling penting, apa yang kita buat berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ini bukan entri dari ustazah tahu, ni entri keinsafan dan perkongsian ilmu dipagi hari =)  Mudah mudahan kita semua menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah serta mendapat RAHMAT dariNYA. In Syaa Allah.

Sesiapa yang nak tambah, share kat comment. Same-same kite perbaiki diri :-) Baiklah, si 'pengkongsi ilmu' ni tak bersiram lagi. Nak pegi bersiram sekejap. Kekekekekeke..maafkan saya =P

Assalamualaikum :-)

Ofis, Teh Ais, Orang IT dan ....

Assalamualaikum w.b.t

Menaip entri lewat pagi sebab tetiba rasa banyak benda yang nak dicelotehkan. Aku sendiri tak tau bape banyak cite aku =P

Sepatutnya hari sabtu memang hari cuti kami, tetapi hari selasa hari tu, bos dapat email, bagi tau bahagian IT nak hapdet apa aku pon tak tau la kat PC kite orang.  Jadi kami sebagai pekerja yang berdedikasi telah terpacak kat depan ofis jam 6 petang macam tu. Sepatutnya pukul lima dah kena ada kat ofis, tapi aku layan cite hindustan KAL HO NAHO yang aku tak pernah khatam dari zaman sekolah dulu. T_T    Haruslah dekat pukul 6 baru aku sampai ofis. Best rupanya cita tu. I loike :-)

Yang bestnye, orang IT call ofis lepas maghrib, suruh kami balik sebab dorang tak jadi buat atau tak dapat buat. Aku pun tak tau yang mana satu betul. Kenape tak esok pagi je bagi tau??? =P

Sabo je la. Lepas borak-borak kejap sambil sedut teh tarik S.S ALI yang super power, baru kami balik. La ni aku boleh berjaga lama gara-gara teh ais tu la. Aku tak tau la teh cap ape yang dorang guna. Tapi rasa dia memang power rangers yang bisa membuatkan aku mengalami ketagihan yang luar biasa. Hehehehehee..Kalau minum air teh S.S ALI dalam masa setengah jam mesti perut aku akan memulas. Boleh jadi penghadam makanan kau. Berlarian ke jamban haku =P Mahap la, jadi pengotor pulak. Kekekeke. Korang nak try??? Meh datang Shah Alam, restoren tu sebaris dengan gulatis seksyen 7.

Nasib baik hari sabtu, kalau hari ahad mau haku jadi zombi hari isnin nanti. Tapi memang orang IT suruh kami datang balik esok pagi tapi minta maaf la. Kami tidak dapat memenuhi kehendak lahiriah anda =P

Mata aku dah semakin mengecil. Nampaknya aku dah kena mendodoikan diri sendiri. Sebelum tido, aku nak minta maaf pada semua jika ada salah dan silap. Assalamualaikum w.b.t.

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...