Wednesday, October 19, 2011

Boleh jadi sewel tengok blog masakan lelame..

Assalamualaikum w.b.t

Jangan salah faham puak dengan tajuk entri aku. Aku tak kata sesiapa yang tengok blog masakan boleh jadi sewel. Aku sebenarnya suka masuk blog masakan, sebab aku memang suka makan. Dan aku nak try masak apa yang dorang share dalam entri walaupun hakikat sebenar aku tak pandai masak. Hahahahaha. Tapi aku tak tau la kenapa perasaan nak memasak aku ni melonjak-lonjak untuk cuba resepi-resepi dorang ni.

Baru tengok gambar, air liur dah jatuh bup bap bup bap. Memang aku ni pantang tengok makanan. Nak mencekik je kerja aku. Memang nafsu makan aku besar, tak rugi sape yang nak belanje aku makan, kalau aku malu-malu, hipokrit je tu. Jangan percaya oke.

Antara blog masakan yang aku terjah...

1. http://mamawandiha.blogspot.com

2. http://www.tiffinbiru.com

3. http://totcupcakes.blogspot.com

4. http://www.dapurkakjee.com

5. http://nooryussoff.blogspot.com



Oke-oke, aku kena stop kat sini. Tak boleh tengok lama, makin menjadi-jadi pulak bunyi perut ni. Kang batal pulak puasa aku. Hahahahahahaha..Jangan marah...=P



Aku guna Kaki Kang.......

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi semua!!!!!!! start memekak dah. Bukan apa, aku saja nak menceriakan pagi Khamis nan indah ni. Waaaaa..mengantuk tahap gaban ni. Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni mata asik mengantuk. Nasib baik aku tak makan tengah hari, kalau tak..mau kepala jatuh atas meja. Aku ni kalau dah mengantuk bukan kira tempat. 

Masa aku bangun tidur pagi tadi, mata terpandang bakul baju kotor kat tepi pintu bilik. Terlepas satu keluhan,  bukan keluhan sebenarnya, saja nak tarik nafas kuat-kuat. Dah makin penuh nampaknya bakul tu. Kepala otak aku ni mula la nak mengira pukul berapa kena bangun minggu ni untuk basuh semua kain baju aku tu. Bukan aku malas, tapi waktu terhad dan keletihan. So kena tunggu hari cuti la. Tetibe kepala otak aku ni terbayang, rasa macam nak basuh guna kaki je, pastu hempuk-hempuk kat lantai kain baju tu. Macam orang zaman dulu-dulu tu.....Tunggu la sabtu ahad ni, tercabut tangan aku nak memberus baju-baju yang sikit tu.


Nasib baik sekarang aku dah cuti sabtu ahad. Kalau sebelum raya hari tu, nak rehat pun tak sempat. Gigih sangat berkerja. Lepas eksiden hari tu, aku rasa aku nak rehat la. Nak luangkan masa untuk diri sendiri pulak. So, melihat baju yang bertimbun tu rasa macam nak amik orang gaji je. Hahahahahaha. Macam mampu nak bayar gaji.

Tak pe, aku suka basuh baju. Excercise untuk lengan aku yang berlemak tepu ni...hhahahhahahahha =P




p/s: tetibe teringat kat baju, rindu nye baju2 kotor yang kat rumah tu.

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...