Skip to main content

Api Menyambar dari Dapur Gas Ketika Sedang Memasak Juadah untuk Berbuka Puasa

Salam Ramadhan,


Malam tadi nyaris rumah flat yang aku tinggal skang ni tak rentung. Lepas aku balik keje dari Petronas, lebih kurang pukul 1 pagi, setelah sejam menunggu komputer yang sewel tu kembali normal, kalau sape yang nak tau lebih lanjut klik sini, aku sampai la kat umah. Sebaik je sampai kat rumah, wawa terus bagi tau aku.

wawa: oli tadi dapur terbakar. (aku terus tengok kat dapur, memang hitam dinding tu)

oli-go: macam mana boleh terbakar????


Menurut cerite wawa, die nak masak kuew teow. Tetibe je api menyambar keluar dari belakang dapur gas tu. Dah la kat dinding tu kite orang lekat paper. Konon tak nak bagi dinding hitam. Sekali hamek kau, hanguss terus dinding tu.hahahahhahaha


Yang bestnye wawa boleh buat rilek lagi. Lini plak tengah tengok tv, tak tau pun dapur tengah terbakar. Wawa pun ape lagi, berlari ke bilik air amik gayung pi curah kat dapur tu, tapi api tak padam gak. Mula la menggelabah semuanya. Sebab api makin marak, pastu baru la wawa panggil Linie. Kali ni baru same-same cuak. Yang Laila plak dok jirus air dari sinki. Kuew Teow Goreng dah bertukar jadi char kuew teow sebab kena simbah dengan air. Linie dah keluar nak panggil jiran-jiran. Takut api merebak. Kalau la flat tu hangus, bape buah keluarga yang akan hidup sehelai sepinggang. Tak pasal-pasal kite orang akan di persalahkan seumur hidup.huhuhuhuhuhu..


Dorang sume dah buntu macam mana nak padam kan api yang  tengah marak. Aku tengok paip kat atas siling tu dah hitam. Seb bek tak bocor. Mujur la Laila tak gelabah sangat. Die terus matikan suis yang kat tong gas tu. Baru la api padam. Alhamdulillah selamat....Setelah di periksa, rupe-rupenye getah yang menghubungkan gas dengan dapur tu tercabut. Patut la tersembul api keluar. Nasib baik tak jadi perkara yang buruk. Laila siap cakap, kalau aku ada macam mana la agaknye, mesti lagi riuh. Sabo je la dengan dak Laila neyh...


Pengajarannye, kepada semua suri rumah tangga, suri rumah tak de tangge, teruna dan dara, rajin-rajin la cek getah yang kat belakang dapur tu ye. Kalau dah longgar ketat kan balik. Kang tak pasal-pasal jadi kes macam kite orang. Ingat tu, selalu cek tau. Babai





Comments

Kancil 8349 said…
syukur tiada kemalangan jiwa...
waWa said…
saye lah manusia bername wawa yg berada di tempat kejedian..hahahha..sangat tragis oOoo...klu jadik pape semalam, saye, laila, n linie fofular hari ni..masyk metro...hahahahha...so pade semua..beringat sebelum terkene=)

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)