Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Semoga Berjaya Hendaknya......Aminnnnn...

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang-korang sekalian...(ceria bebenau) Apa khabar? Mudah-mudahan semua rakan-rakan dan taulan sihat untuk membaca blog mengarut aku neh...
Alhamdulillah hari ni aku dah ok sikit. Cume suara je jadi suara jantan. Kalau cakap dalam telefon memang orang boleh konfius ar aku ni wanita melayu terakhir atau pun mak nyah yang sudah bertukar jantina. Fenat tau nak bercakap bila tak ada suara neh...

Muka sememangnya dari dulu sememeh. Aku sakit ke, aku sihat ke, same je. Kusam..tapi ade aku kesah. So hari ni aku nak hantar surat resign. Tunggu waktu-waktu wajib baru aku pergi jumpe bos aku yang di kasehi tuh...Dan aku juga telah membuat keputusan untuk sambung belajar semula. Jadinye aku ni dengan muka yang memang tak pernah tau malu, nak mintak korang tolong la doakan aku berjaya sambung belajar. Last year dah apply tapi tak de REJEKInye...Tahun ni aku nak mencuba lagi. Mudah-mudahan kali ni ade REJEKI berkat doa korang semua. Sape tau kan. Kalau doa aku tak makbul sekurang-kurangnya ada jugak doa korang yang boleh menyaport aku untuk melayakkan diri ke akademi fantasia menara gading gajah.....

Aku ni memang pencinta ilmu...Kalau boleh nak belajar sampai ke tua. Macam bapak haku tokeh balak ye dak. Tak pe la.. Cari ilmu biar sampai ke negara China. Aku tak mampu nak sampai ke negara China, dalam negara sendiri pun jadi la. Aku terasa dahaga..dahagakan ilmu....hehehehhee...Jangan lupe doakan tau.. Terima kasih....Assalamualaikum w.b.t

Friday, October 14, 2011

Buah Tangan Untuk Kawan-Kawan Sebelum Balik.....=)

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnye aku tak tau nak guna ayat yang betul untuk tajuk entri ni. Jadi aku hentam je la Buah tangan. Biasanya buah tangan tu orang bawak balik kalau pergi jalan-jalan kat mana-mana kan. Ni aku bagi buah tangan sebelum aku balik. Tak kisah lah, janji berguna ye dak.

Bos dah balik awal, aku pun nak balik awal tapi hujan. Sementara hujan reda sikit aku nak bagi jari aku excercise sikit.


BUANG 5 PERKARA KAMU AKAN BERJAYA

1 Buang sifat bersendirian dan membuang masa

2 Buang sifat kesedihan dan kedukaan

3 Buang sifat meninggi diri dan takabbur

4 Buang sifat ego dan bermegah

5 Buang hasad dengki dan berdendam


Selamat membaca, renung-renungkan dan selamat beramal. Hujan pun dah berhenti. Aku balik dulu ye. Hari jumaat besenye pagi-pagi jalan lengang bile petang jem melekat. Ok babai..


Sumber dari Blog Peribadi Rasulullah


p/s jangan bace je, same2 kite amalkan ye..klik kat link atas ni kalau nak baca banyak lagi entei best dari blog tersebut.







Thursday, October 13, 2011

Tazkirah Jumaat..

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak jadi ustazah kejap. Lima minit je. Entri hari ni berunsur keagamaan, aku dapat artikel ni pun dari blog orang lain dan aku rasa aku patut share dengan korang. Selamat mebaca dan renung-renungkan =D

5 UJIAN ALLAH S.W.T SEBAGAI TANDA ALLAH MENCINTAI KITA

1 Senyumlah...Sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita adalah untuk membahagiakan kita.

2 Apa yang Allah s.w.t ambil dari kita akan dianugerahkan di akhirat kelak.

3 Apa yang Allah s.w.t haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadanya.

4 Apa yang Allah s.w.t menyebabkan kita menangis adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

5 Apa yang Allah s.w.t turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah s.w.t mencintai kita.



Sumber dari Blog Peribadi Rasulullah



p/s sekadar peringatan bersama


Tuesday, October 4, 2011

Cara-cara buat Insurans Kereta Baru untuk Customer....

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pelanggan yang di hormati hari ni aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak buat insurans kereta untuk kereta yang baru keluar dari kilang. Bukan kereta second hand na.....


Kebiasaannye kereta baru ni tak da NCD (No Claim Discount). NCD ni la yang akan mengurangkan korang punye bayaran insurans tiap-tiap  tahun. Itu pun kalau korang tak de claim ar. Kalau ade claim percentage die akan turun balik.

Mule-mule ejen kena buat cover note untuk di bagi kepada salesman/salesgirl tempat korang beli kete tu. Mase tu belum ada lagi expiry date lagi. Yang ada harga bape korang kena bayar mengikut harga kete tersebut. Perkara yang paling penting kena ada untuk buat insurans ni tengok kat bawah:




1: Nama Pembeli Kenderaan
2: Nombor IC Pembeli
3: Alamat
4: Nombor telefon (ni tak berapa nak penting sangat la)
5: Jenis kereta dan Model
6: Tahun Kereta di buat
7: Nombor Enjin
8: Nombor Chassis
9: Cubic capacity (cc)
10: Seating Capacity
11: Sum Insured
12: Hire Purchase Company (bank mana yang korang hutang)

Semua info ni kena ada untuk kereta baru yang memang tak ada NCD. Tapi kalau ade pelanggan yang nak transfer NCD len plak dokumen yang dorang kena sediakan. Tengok bawah ni:

1: Nombor Pendaftaran kereta (kereta yang nak di ambil NCD tu la)
2: Nombor Chassis kereta lama
3: Syarikat insurans kereta yang lama
4: Nombor policy (tak wajib tapi kalau ada lebih baik)

Semua ni penting untuk melancarkan proses penyediaan insurans. Kalau semua yang kat atas ni tak ada, memang payah la ejen nak buat insurans korang. Apatah lagi korang pertama kali beli insurans dengan company tu. Sah-sah personal detail korang tak da dalam rekod. Jadi bagi la kerja sama supaya ejen tu dapat buat insurans korang dengan cepat, kereta baru korang pun dapat dengan cepat. Ape yang penting KERJASAMA!!!!!!



p/s sebenarnye aku tengah bengang dengan customer ni, nak transfer NCD tapi tak bagi semua yang aku nak.

Tuesday, August 9, 2011

#Kesan Syaitan kepada Pembaca dan Pengamal Al-Quran

Salam Ramadhan..


Tadi pergi menerjah blog SIZARIFALINA, entri dia untuk hari ni agak menarik.Dan menyebabkan aku tergedik-gedik nak membacanya. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini hokeh =) selamat membaca!!!!

Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu

Salam Ramadhan dan Salam dengan penuh senyuman =)


Actually mood hari ni sebak je...Tak tau le pasal ape. Mungkin sebak sebab tengok kawan-kawan yang makin ramai nak berumah tangge, sedangkan aku rilek-rilek lagi perasan muda. Muahahahahahhaa...Kuat berdusta betol..


Hari ni nak share dengan korang pasal solat fadhu yang sempurna. Korang rase korang punye solat tu dah betol tak? Aku admit la yang aku punye solat pun tunggang langgang. Kadang-kadang tengah sembahyang kepala otak ni boleh berangan entah ke mana-mana, sampai dah rakaat berape pun tak hengat. Aku je tu, korang mesti tak kan.Ngeh ngeh ngeh..


Oleh kerana keadaan diri yang terlalu teruk tu telah menyebabkan aku membeli dua buah buku untuk memperbaiki solat aku. Tapi hari ni aku tunjuk satu je dulu buku yang aku beli tu. Aku nak share ngan korang semua isi kat dalamnye. Salah satu cara nak dapat solat yang kushyuk, adalah dengan memahami setiap ayat yang kite bace. So dalam buku ni die bagi sekali maksud setiap bacaan yang ada dalam solat. Insyaallah kite akan khusyuk dalam solat dan tak kan ade gangguan dari anasir-anasir yang kurang sehat tu yakni syaitan nir rajimmmm....Yang penting kita kena usaha untuk perbaiki diri dan solat kita untuk kebaikan dunia dan akhirat.


Gamba belakang
Gamba depan






Buku ni aku beli kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Kedai buku tu memang menjual banyak buku-buku agama neh. Ape salahnye kalau kita menghabiskan duit untuk kebaikan ye tak? Tak mahal pun buku ni. Cuma RM9.90. Ada banyak lagi pilihan buku yang lain. Next entri aku akan masukkan isi kandungan buku ni yang dah aku bace hokeh. Selamat Membaca!!!!!!

Wednesday, August 3, 2011

Hok Sape Yang Suka Sangat Layan Lagu Omputih tu, Wajib Bace Neyh..

Salam Ramadhan...


Uih..ni sat lagi mesti kena maki..huhuhuhuhu..Tak pe tak pe, sebelum korang maki bek aku explain..Aku ni suke menterjah blog Sebuah Kehidupan neh..Aku baca entri die pasal Was Penre Dedahkan Rahsia Yahudi.



Korang kenal tak sape Was Penre neh? Aku ngaku sumpah aku tak kenal die ney. Kalau ayah-ayah serta ibu korang mungkin la kenal dengan mat saleh sorang  ni. Die ni Komposer terkenal merangkap penggubah lagu dan segala bagai pasal muzik neh la zaman-zaman jepun dulu tu. (memandai aku je zaman jepun)



Die ni dok hairan la nape lagu ciptaan die yang berunsurkan pemujian terhadap tuhan, integrasi kaum, kedamaian, cintakan keluarga tak dierima oleh syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music...Tapi lagu die yang berunsurkan seks, keganasan, pemujaan syaitan, dorang terima plak. Bile dah macam tu mesti ar die nak tau sebab ape kan. So, die pegi la selidik. Bile dah disiasat baru la die tau sebabnye. Korang nak tau sebab ape, bek korang klik sini. Info lebih jelas dan terang. Sebab aku tau pun dari blog beliau jugak. 

Jadi aku just nak share ngan korang, sekadar Perkongsian Ilmu. Yang mana baik, kan bagus di kongsi.
Kebetulan semua lagu inggeris aku ilang kena telan dengan virus. Sadis gile aku rase. Tapi lepas tau pasal ni aku tak kesah la lagu tu ilang. Sebab aku suke lagu-lagu Lady Gaga, tapi lagu die tu la yang paling banyak berunsurkan pemujaan. Sumpah sebelum ni aku tak tau. Jadi berhati-hati bile nak nyanyi ye.


p/s: jangan sentap klau lepas ni tak boleh nyanyi lagu inggeris.hehehehe





Sebab Mumia Saintis Perancis Masuk Islam

Salam Ramadhan..


Hai korang!!!!!! (suare ceria gile) Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari keempat kite berpuasa. Hope kite semua sempat la mengabiskan bulan Ramadhan kali ni dengan jayanya. Insyaallah.....


Hari baik (hari ni hari Khamis kan), bulan baik ni, nak la aku kongsi ilmu dengan korang sume. Ilmu yang aku ade ni pun aku dapat dari orang lain jugak. Jadi aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang telah menyampaikan ilmu kat aku. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian.


Hari ni aku pegi godek-godek blog Sebuah Kehidupan.(antara blog favourite) Blog beliau neyh penuh dengan info pasal agama dan kehidupan. Pendek kate tak merapu ar macam blog aku ni.


Setelah di godek-godek aku jumpe la cite pasal sorang saintis perancis yang masuk islam lepas membuat kajian kat satu Mumia. Mumia tu adalah Firaun yang kejar Nabi Musa a.s pastu kena telan dek laut. Hebat tak hebat kuasa Allah s.w.t. nak bagi petunjuk kat orang. Bertuah la Saintis tu dapat hidayah dari Allah s.w.t. Kalau korang nak tau cite die better klik je. Aku nak ulas panjang-panjang pun tak pandai. jadi la kan setakat share link dengan korang. Hehehehehe...Selamat membaca!!!!


p/s sorry ye, aku ni memang suke memekak, walaupun dalam blog nak bagi tau jugak ekspresi aku bile menyebut sesuatu perkataan tu.hehehehe

Friday, July 29, 2011

Tahun 2012 Kita akan Musnah??

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi..Pagi ar sebab aku online mase ni dah pukol 3.07 pagi. amekawwwwwww...lepas balik keje tadi aku borak-borak dengan housemate aku. Pastu die suh aku view blog member mase diploma dulu..

Member aku kat sebelah ni dah selamat berdengkor kroh kroh..aku dok sibuk menaip entri sambil terjah blog kawan baru aku ney. Thanx ar korang sebab follow aku. Insyaallah aku follow korang balik. 

Tadi aku ada baca satu entri ni. Ayat pertama je dah buat jantung aku rase macam nak luruh. Maha Suci Allah. Hope kite semua dilindungi. Kalau korang nak tau aku tengah cakap pasal ape skang ni klik sini.


OK nak sambung tido. Mengantuk sangat dah ni. Selamat membaca dan ambil iktibar ye. Babai



p/s hujan-hujan ni memang syok tido....yyehaaaaa!!!!!




Wednesday, July 20, 2011

Jangan Baca Novel Romantik!!!! Ia Boleh Merosak kan Kesihatan

 Assalamualaikum w.b.t


Hah???Bio betol bace novel romatik boleh merosakkan kesihatan. Aku dah la gila baca novel-novel romantik neh (dulu la, skang ni tak) Mane boleh kalau tak bace, dah la beli mahal-mahal pastu tak boleh bace plak.

Betul ke bace novel romantik ni boleh jejas kesihatan??????? Aku pun tak tau sebenarnya dan aku baru je tau pagi ni. Bile sampai je opis perkara pertama yang aku buat on9 la. hahahahah (keji punye pekerja padahal kerja melambak yang nak kena buat) tak pe, aku akan buat keje tu dengan sungguh-sungguh lepas aku taip entri ni.

Nak cite pasal novel ni, aku tengok la kat dashboard aku ape entri ari ni untuk di baca. Skali aku ternampak title WASPADA! NOVEL ROMANTIK ROSAK KESIHATAN

Wah diskriminasi ke hape ney? Kalau novel romantik boleh jejaskan kesihatan kesian la penulis romantik nanti. Dah tak bley cari makan. Aku pun pegi la terjah entri tu.

Setelah di amati dan di teliti, bukannye boleh dapat sakit jantung ke, sakit kencing manis ke, atau darah tinggi kalau bace novel romantik, tapi dari segi emosi. Fuhhhhh..Lega...Tapi bila fikir balik betul la tu. Ce korang bace novel-novel, kalau tak romantik tak sah, memang romantik tahap gaban la. Kalau perempuan yang membacenye buleh tersengeh sorang-sorang kalau tengah bace part-part romantik ni (haku punye peel le tu) Orang lelaki aku tak tau la, sebab aku bukan lelaki..muahahaha..Tapi realitinye tak de la romantik sangatttt kannnn.. Mule-mule je romantik lame-lame bile nak romantik sikit "awak ni buang tabiat ke?"(especially untuk orang yang dah berumah batu..hehehhehe) korang penah dapat ayat macam ni? Muahahahahhaha..aku tak penah lagi..

Pape pun korang terjah le kat sini kalau nak tau lebih detail. Aku nak buat keje ni. Babai...

Wednesday, June 29, 2011

Banyak Hadis Mengenai Bulan Rejab Lemah dan Palsu

Assalamualaikum w.b.t

Haaaaa..yang ni memang wajib bace. Dulu aku pun tak tau rupe-rupenye banyak buku kt pasaran yang  tentang bulan Rejab ni lemah dan palsu. Aku ade beli satu buah buku pasal amalan bulan rejab ni Tapi pernah gak terdetik rase pelik dalam hati aku bile bace buku tu. Tapi aku buang rase pelik tu, sebab aku pun bukan banyak ilmu sgt.

Sampai la aku terjumpe artikel ni kat paper. So aku rase aku patut share dengan korang. Sebab perkara baik. At least kite tak salah faham tentang hukum hakam agama ni. Selagi nyawa di kandung badan, kite kena sentiasa mencari ilmu. Sila bace artikel yang aku tempel ni ye:

Sorry kalau tak clear

Ni la artikel yang aku cakap tu. Hope bergune kat korang sume. Selamat membaca!!!! =D


P/S Carilah ilmu sampai ke negeri China.



Amalan Berguna Selepas Mati

Assalamualaikum w.b.t

Ape kabo sume??Di harap korang sehat. Entry kali berkaitan dengan agama sikit. Tapi ni bukan teori aku sendiri taw. Aku bace dalam paper, pastu tergerak hati nak share. Mudah mudahan mendapat keberkatan bila aku berkongsi ilmu dengan korang2 sume.


Rase2 dapat bace tak ape yang die taip?




Ni la artikel yang aku bace tu. Tapi macam ade masalah plak. Tulisan bertindih. Tak pe, aku dengan rela menaip balik isi2 penting yang ade dalam artikel ni. Selamat Membaca!!!! =D

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kenaikan yang diniatkan dan dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.

1. Mendoakan dan memohon keampunan: Rasullulah s.a.w bersabda, "Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. "Ya Allah, berilah keampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami."

2. Bersedekah: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasullullah s.a.w. "Ya Rasullullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?" Beliau menjawab, "Ya, dapat."

3. Berpuasa: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, "Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w dan bertanya, Ya Rasullullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajipan berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajipan itu untuknya?" Rasullullah s.a.w bersabda sesungguhnya hutang dengan Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, "seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi die belum memenuhinya sampai dia meningga. Apakah aku boleh berhaji untuknya?" Rasullullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya....tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran."

5. Solat: Ad Daruquthni meriwayatkan, "Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasullullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana caranya aku berbakti kepada mereka setelah meninggal? Rasullullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu."

6. Membaca Al Quran: Hadiah membaca Al-Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al-quran tidak menerima upah kerana Rasullullah s.a.w mengharamkan mencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al-quran. Setelah pembacaan al-quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan, "Ya Allah, sampaikanlah pahala pembacaan ku ini kepada...(nama almarhum atau almarhumah)

Selamat membaca =D


Monday, June 27, 2011

Cipta Syurga Hati

Assalamualaikum w.b.t.

Halo halo halo!!!! wah wah wah dah macam aunty halo halo aku  ni. Muaahahahha...Baru baru ni aku ade beli satu buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar al-Haj. Aku ni peminat setia dia (setia setia pun tak de la aku memborong sume buku die) Dah lame aku tak beli buku die yang best-best tu. Hari tu je mase aku balik kampung, before aku nek bas nak balik KL, Ilya ajak aku pegi kedai buku. Aku pun ape lagi, dok cari buku Dr Hm Tuah la. Skali budak yang keje kat situ suggest aku beli buku ni. Tajuk die Cipta Syurga Hati.


Ni la buku yang aku beli tu


Korang rase macam mana aku boleh minat bace buku die????? Sebab sume buku die best la.. Walaupun buku motivasi, tulisan die agak sempoi dan tak menjemukan kalau bace. Kalau korang  nak lebih info pasal Dr Hm Tuah, boleh klik sini

Meh aku bagi sikit ape ade dalam buku ni..antare nye MENCARI SYURGA HATI, MENSYURGAKAN STRES, SYURGA SUAMI ISTERI DI HATI, RAWATLAH HATI YANG TERPISAH,JELITA BUKAN BERMAKNA SYURGA, dan ada banyak lagi topik2 yang bagus. Tajuk-tajuk kecil diatas yang aku pilih untuk tatapan korang. Kalau nak tau pi beli cepat.

Ade banyak hadis-hadis nabi dan doa2 yang boleh di amalkan selalu...

Daripada Abdullah bin Mas'ud, katanya. bersabda Rasullullah s.a.w, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) daripada sifat takbur (sombong)." Berkata seorang lelaki, "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus." Berkata Rasullulah s.a.w, "Sebenarnya ALLAH itu bagus dan cinta kepada kecantikan; takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain." - Riwayat Muslim

Salah satu riwayat yang di petik dari buku Mencipta Syurga Hati.

Selamat Membaca...Papai =D






Monday, April 18, 2011

Nak lengan Cumilll???

Here's something you'll love to learn: Your shoulders and upper back tend to carry less fat than the rest of your body, so the right exercises can give this area a nearly instant makeover, says Ramona Braganza, a celebrity trainer who has worked with stars such as Anne Hathaway and Jessica Alba. Braganza's workout, below, hits every major upper-body muscle and will help stabilize your shoulder joints, improve your posture, and build that strong, toned look you're after.
Using five-to eight-pound weights, perform 15 to 20 reps of each exercise and go from one move to the next with little or no rest between. Do two or three sets three times a week.
Hold it right there: Build strength with this muscle-isolating isometric workout.
Four Top-Tier Moves
1. Reverse fly

Grab a pair of dumbbells and stand with your feet hip-width apart and your knees bent. Bend forward at the hips and let your arms hang straight down from your shoulders, palms facing (a). Raise both arms out to the sides as you squeeze your shoulder blades together (b). Return to start. That's one rep.
2. Biceps curl

Hold a pair of dumbbells at your sides, palms facing forward, and keep your back straight and chest up (a). Without moving your upper arms, bend your elbows and curl the weights toward your shoulders (b). Slowly lower the weights back to the starting position, straightening your arms completely. That's one rep.
Check out these exercises to tone your arms and give you the confidence to bare your sexy shoulders this summer.
3. Dumbbell cross jab

Stand with your feet a bit wider than hip width and knees slightly bent. Hold the dumbbells at chest height with elbows bent and palms facing each other. Extend your left arm across your body until the weight is in line with your right shoulder (a). As you return to start, repeat with the right arm (b). That's one rep.
4. Lying triceps extension

Lie face-up on a bench and hold a pair of dumbbells above your head, arms straight and palms facing each other (a). Without moving your upper arms, bend your elbows to lower the dumbbells until they are at either side of your head (b). Pause, then lift the weights back to the starting position. That's one rep.

Hahahahhaa..Sory eyh..kalau tak paham amik kamus...ni copy paste dari yahoo..sekadar kongsian bersama..

Monday, March 28, 2011

Demi Cinta Allah S.W.T

Tatkala aku terbaca artikel ini, ia benar-benar membuatkan hatiku tersentuh lalu kutitipkan artikel ini untuk dikongsi bersama-sama..Mudah-mudahan ia memberi kesedaran kepada kita semua.....

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
-Artikel iluvislam.com

Friday, March 25, 2011

Amal Untuk Meraih Cinta Allah SWT

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? 


" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :
قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "
(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.
- Artikel iluvislam.com

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum kawan2..hari ni nak kongsi dengan anda semuanya petanda dia adalah jodoh kita. tetapi perlu di ingatkan jodoh tu di tangan tuhan. Post ini hanya sekadar panduan untuk kita semua selebihnya berdoalah pada Allah S.W.T agar di kurniakan jodoh yang baik..Insyaallah...

Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak maklumat sila lawat laman web ini yerrr http://www.iluvislam.com
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, March 24, 2011

Pemakaian Cincin Menurut Islam

Assalamualaikum kawan-kawan, siapa suka pakai cincin? Saya pasti ramai yang suka memakai cincin memandangkan terdapat banyak pilihan cincin yang beraneka bentuk dan rupa di pasaran sekaran. Tapi anda tau tak cara pemakaian cincin yang betul menurut islam???

Di sini saya nak kongsi dengan anda semua tentang cara pemakaian cincin yang betul mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang saya baca dari blog lain..Selamat membaca..

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Kalau nak tau lebih  banyak lagi lawat blog ni yeeee..
http://feryco.com/

60 Petua Mendapatkan Pasangan

Assalamualaikum w.b.t.
Hai kawan-kawan, hari ni saya nak share petua untuk mendapatkan pasangan yang saya baca dari website Dr. Fadzilah Kamsah. Mudah-mudahan ia dapat memberi panduan kepada kita semua..Insyaallah..



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Wednesday, March 23, 2011

Syair daripada Ibnu Abdul Qawy

"Sebaik isteri,menyenangkan pandangan suami....
  Menjaga diri apabila suami di mata atau pergi...
  Sedikit bicara betah di rumah.
  Pada setiap yang menyimpang menyakitkan mata,
  Carilah wanita yang beragama, kelak tercapai apa yang kau cita...
  Kasih Sayang, anak yang ramai, keturunan baik yang ahli ibadah..."

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...