Assalamualaikum... Nak cite pasal GST tapi tak kena mengena dengan mana-mana parti politik. Ini cuma pendapat peribadi. Memandangkan baru-baru ni aku pergi training GST, dari situ aku nampak kesan kepada golongan rakyat bergaji rendah seperti aku. Mungkin tujuan kerajaan buat GST untuk kebaikan negara. Tapi kena tengok jugak kesannya pada rakyat. Sedih tak bila nak beli topup pun kena GST????? Rasa macam nak nangis. Semalam kat TV3 baru je bagi tau harga tiket bas, tambang teksi dan pengangkutan awam yang lain naik. Kalau naik sikit x ape lah lagi. Ni naik banyakkkkkkk.....kadang-kdang orang naik public transport sebab nak jimat. Ni apa kes kalau naik public transport lagi menambah kos??? Kata syarikat yang daftar GST ja boleh caj GST. Maknanya kalau dia tak daftar GST dia tak boleh caj la kan. Tapi macam mustahil je kedai yang tak de daftar GST tak naikkan harga barang. Mesti ada kedai barangan runcit, atau kedai makan akan naikkan harga sebab dorang akan dikenakan GST. ...