Asssalamualaikum........ Mata dah mengantuk tapi hati rasa nak meluahkan perasaan sambil layan lagu Maher Zain yang rasenye second time kot aku dengar. First time aku dengar, rasa macam tak sedap. Entah macam mana malam ni, dok mencari resepi untuk breakfast pagi esok, tetibe muncul lagu ni dari blog teratakdhia.blogspot.com sedap di dengar. Dah memang pesen aku suke dengar lagu yang sama banyak kali sampai pekak kan...Memang selagi aku tak tido, lagu ni akan berkumandang kat telinga. Mau cair najis telinga. Konon sopan la guna perkataan najis tu... Selepas berbalas komen dengan kengkawan di pesbuk, selepas post kata-kata maaf di pesbuk, hati ni rase sayu tetibe. Dan dan kan..tau la tengah dengar lagu Maher Zain.. Lagu ni tak sedih sebenarnye, tapi hati rasa sayu bile teringat kisah-kisah silam...Dosa-dosa dulu...Entah berapa lama lagi usia kat muka bumi ni. Sempat ke bertaubat??? Semua soalan terlintas kat kepala. Rasanya banyak benda lagi yang aku tak buat. Te...