Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yang dijanjikan, entri hari ni berkisar tentang perjalanan sukarelawan ke Kuala Krai. Salah seorang ahli sukarelawan adalah aku sendiri.
Selepas mendapat perlepasan daripada CEO, team kami bergerak ke Kuala Krai pada hari selasa malam bersamaan 6 Jan 2015 dan dijangka pulang semula pada hari sabtu bersamaan 10 Jan 2015
![]() |
Barang-barag keperluan sedang di masukkan ke dalam lori |

Kalau tengok depan-depan memang tak mampu team kami nak membersihkan seluruh kawasan sekolah. Rasa nak pitam tengok sampah sarap bersepah. Bau lumpur usah di kenang. Tapi dah nama pun sukarelawan. Itu semua tak jadi penghalang kepada kami.
Walaupun ditimpa hujan lebat, team kami tetap teruskan kerja sebab masa yang kami ada sangat suntuk. Memandangkan sekolah akan dibuka semula pada 12 Januari.
Tak dapat nak bayangkan macam mana budak-budak ni nak mulakan sekolah dengan keadaan sekolah yang tak lengkap, baju sekolah tentu-tentunya tak ada. Buku, meja apatah lagi. Paling kesian, budak-budak yang akan menghadapi exam.
Macam ni lah keadaan kami sepanjang tiga hari membersihkan kawasan sekolah yang dah di agihkan kepada beberapa team yang lain.
Walaupun terpaksa bermain dengan lumpur, terpaksa berhujan tapi pengalaman jadi sukarelawan memang best. Tambah pulak dapat team yang memang semua ramah dan baik hati serta tolong menolong. Penat memang tak terasa langsung. Yang aku rasa penat bawak beg yang berat sebab dah bawak terlebih baju.
Gambar kat atas ni, keadaan lepas siap di cuci. Kami buat apa yang termampu. Pihak bomba dengan DBKL pon ada datang membantu.
Hari jumaat iaitu hari terakhir kami sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur, mengikut perancangan kami akan ke Manek Urai untuk menghantar barang-barang yang dikirik kepada mangsa banjir.
Tapi disebabkan terlalu ramai orang datang menghantar bantuan, jalan jadi jem dan bas tak boleh masuk. Nak masuk jalan kaki, menurut kata cikgu yang jadi pemandu pelancong kami, terlalu jauh. Memang kena naik kereta.
Selepas berincang, team leader kami bersetuju untuk patah balik semula ke kampung Pahi. Sebab kampung Pahi pun terjejas teruk juga.
Gambar di bawah keadaan rumah dan orang kampung Pahi.
Kesian dan sedih. Apa yang mampu kami tolong, kami tolong. Selebihnya datang daripada Allah s.w.t. Kepada semua mangsa-mangsa banjir, kami harap anda tabah dan kami mendoakan anda semua selamat dan dalam lindungan Allah s.w.t.
Banyak lagi cerita-cerita yang nak di kongsi. Tapi cukup setakat ni dulu. In Shaa Allah, bila ada kelapangan aku akan update mana yang tertinggal.
Team kami.
Hari terakhir kami. Semoga pertolongan kecil kami dapat mengubati kesedihan penduduk kampung Pahi. In Shaa Allah.
Terima kasih sudi membaca entri panjang hari ini. Assalamualaikum
Comments