Assalamualaikum...
Nak cite pasal GST tapi tak kena mengena dengan mana-mana parti politik. Ini cuma pendapat peribadi. Memandangkan baru-baru ni aku pergi training GST, dari situ aku nampak kesan kepada golongan rakyat bergaji rendah seperti aku.
Mungkin tujuan kerajaan buat GST untuk kebaikan negara. Tapi kena tengok jugak kesannya pada rakyat. Sedih tak bila nak beli topup pun kena GST????? Rasa macam nak nangis. Semalam kat TV3 baru je bagi tau harga tiket bas, tambang teksi dan pengangkutan awam yang lain naik. Kalau naik sikit x ape lah lagi. Ni naik banyakkkkkkk.....kadang-kdang orang naik public transport sebab nak jimat. Ni apa kes kalau naik public transport lagi menambah kos???
Kata syarikat yang daftar GST ja boleh caj GST. Maknanya kalau dia tak daftar GST dia tak boleh caj la kan. Tapi macam mustahil je kedai yang tak de daftar GST tak naikkan harga barang. Mesti ada kedai barangan runcit, atau kedai makan akan naikkan harga sebab dorang akan dikenakan GST. Kesian kat pak cik mak cik yang tak jelas tentang isu GST ni. Kedai yang berdaftar GST boleh claim kat kerajaan, abes tu pengguna yang tak berdaftar ni nak claim kat sape????
Untuk orang yang gaji 10k keatas mungkin GST tak de kesan sangat kat dorang. Tapi kalau pada kami-kami yang bergaji kecil ni kesan dia amat terasa. Faham, bukan semua barang dikenakan GST. Tapi kesan dia tetap terasa. Tapi kalau lah semua orang kaya kat malaysia ni baik hati, nak bagi sikit income dorang yang berpuluh ribu tu kat kami, in shaa allah GST ni tak membebankan rakyat yang bergaji rendah =P Rasanya daripada buat GST baik kerajaan pi kejaq orang yang tak mau bayar zakat tu.
Apa-apa pun GST dah nak dilaksanakan. Untuk golongan yang bergaji kecil ni, apa kata, moh kita cari apa yang kita boleh buat untuk meningkatkan pendapatan bulanan kita. Yang penting halal. Kalau kita merungut saje tapi tak buat pape, GST tu takkan dibatalkan ye dak... Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam menghadapi ujianNYA. Semoga Allah s.w.t. meluaskan pintu rezeki kita semua dan masukkan kita di dalam golongan orang yang bersabar, beriman dan bertaqwa.. Amin...
Assalamualaikum....
Comments