nuffnang

Saturday, January 10, 2015

Jangan sentiasa fikir masalah kita paling besar....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah subuh tadi selepas menjadi sukarelawan untuk ke Kuala Krai. Perasaan seronok sebab dapat pegi sana dan tolong dorang walaupun bukan sebesar mana pengorbanan aku ni. Perasaan sedih dan kesian tengok keadaan kat sane dan orang-orang kampung yang terpaksa menghadapi ujian ni. 

Nak mulakan kehidupan baru tanpa apa-apa. Terutama yang kehilangan rumah. Tambah pula bekalan air bersih kurang dan bekalan elektrik yang belum pulih di semua tempat. Lumpur pulak hampir paras betis. Tak boleh bayangkan macam mana dorang nak bersihkan lumpur yang banyak dengan tak ada elektrik dan air.

Aku akan update entri ke Kuala Krai sikit masa lagi. Cuma teringin nak cakap pasal ujian yang kita hadapi hari-hari. 

Bukan apa, petang tadi sembang dengan kawan baik aku, memang kami selalu kongsi masalah sama-sama. Masa dia tengah cerita masalah yang dia hadapi, baru aku tau, rupanya orang lain punya masalah lebih besar dari aku. Pernah tak kita kata "beratnye masalah aku ni. Tak tau nak buat macam mana." Padahal putus cinta je pun. Bukannya kena banjir macam orang kat Kelanta atau Perak. Contohhhhh...

Pernah tak kita terfikir yang ada orang lain ada masalah lagi berat dari kita. Memang iman kita ada pasang surut. Tapi pernah tak kita cari macam mana nak kekalkan iman kita tu supaya sentiasa menaik dan tak turun-turun? Bukan nak kata kat orang lain, ni aku kata kat diri sendiri. Kadang-kadang aku sendiri rasa masalah aku yang paling besar dan berat. Tapi bila perasaan tu dah okey, baru nak terfikir, masalah aku ni tak la besar mana. Boleh je settle kan. Tapi pasal apa masa mula-mula dapat masalah, rasa macam berat sangat? Semua orang kita nak marah, semua orang kita nak salahkan?

Maknanya ada la yang kurang dan silap dalam diri kita. Sebab tu orang selalu kata selalu muhasabah diri. Terima kasih kepada kak Fatihah yang sentiasa positif dan memberi nasihat yang membangun kepada aku. Terima kasih kepada Kak Siti Rokiah yang baru aku kenal masa di kuala krai kerana terlalu baik, terima kasih kepada Aqilah dan jugak Ilya yang sentiasa menjadi pendengar setia aku.

Aku hanya mampu mendoakan kalian semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah s.w.t. Hanya DIA yang dapat membalasnya.

Ini cuma pendapat aku, selepas ni kalau kita berdepan dengan masalah yang kita rasa berat sangat, cepat-cepat kita fikir ada orang lain yangsedang menghadapi masalah lagi besar dari kita. Mudah-mudahan kita tak cepat melatah dan tidak sentiasa menyalahkan orang lain. Konsepnya sama je dengan konsep kaya dan miskin. Kalau kita rasa kita miskin, kita tengok orang yang lagi miskin dari kita. Supaya kita tak kufur nikmat. Dan sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat perbaiki diri dan juga akhlak.

Sekadar perkongsian. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.




1 comment:

Sab 사브리 said...

Wa'alaikumsalam.
Thanks for sharing...

anda mungkin meminati: