nuffnang

Monday, November 10, 2014

Perniagaan Online - Seminar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Hari ahad minggu lepas, aku join seminar perniagaan online di Taman Melawati Kuala Lumpur. Memang thorbaeekkkk baq hang. Bukan under Dr. Azizan. Mereka dari GROWTH WEALTH MARKETING SDN BHD.

Alhamdulillah peserta yang hadir mencecah 850 orang. Masa mula-mula aku dengan kakak kesayangan sampai, aku pelik pasai apa kerusi banyak sangat. Sebab yang ada kat dalam dewan tu rasanya tak sampai pun seratus orang.

Tak lama lepas tu, lebih kurang dalam pukul 10 pagi, aku toleh ja ke belakang, amik ang, semua kerusi dah penuh. Tempat seminar tu bukan hotel, tapi bangunan sebuah kelab. Nampak macam orang jarang datang pun iye.Jadi makan minum ditaja sepenuhnya oleh diri sendiri. Motip ????

Memang tak rugi sapa yang datang. Aku datang free sebab syarat masuk dia, kalau datang lima orang, tak perlu bayar yuran, tapi kalau datang sorang, kena bayar RM50. Aku ni di ajak oleh kak Fatihah. Geng Great Eastern. 

Memang aku tak sangka kebanyakan orang kat dalam dewan tu semua ahli perniagaan online yang berjaya. MELAYU. Ada tak sampai 10 orang kot bangsa lain. Bangga sat.

Untuk satu hari tu, dia cuma bagi pengenalan macam mana nak buat bisnes online. Macam mana cara nak iklan dengan betul, cara nak amik hati pelanggan. Walaupun ringkas tapi amat-amat berguna. Ada lima orang testimoni yang di jemput. Kelima-lima ni baru ja join seminar yang sama, pada bulan lepas. 

Tak payah tunggu lama, balik ja dorang terus praktik apa yang dah di ajaq dan alhamdulillah memang berkesan. Dan pendapatan bulanan dorang meningkat.

kakak-kakak kesayangan hamba. masing-masing bermata empat.

Cara dorang ajaq memang enjoy habes. Asik bergelak ketawa ja kite orang kat bawah ni. Part yang aku suka bila dia tunjukkan cara orang barat mengiklankan produk dorang. Semua cara pengiklanan dorang tu memang tak pernah terlintas kat kepala. Ka aku sorang ja yang peghak? Kreatif dan menarik tapi aku tak pasti orang Malaysia berani buat macam tu ke tak. Hahahaa..Termasuklah aku..


Sebelum-sebelum ni kalau orang buat bisnes online, dia main post ja kat FB. Entah FB tu publish iklan dia ke tak, dia pun tak tau. Aku pun baru tau, rupanya apa yang kita iklankan, tak semua FB akan publish. Sabaq ja la.

Sesiapa yang ada niat untuk buat bisnes online, elok la angpa pi kelas macam ni. Memang membantu. Dorang memang buktikan apa yang dorang ajaq tu berkesan. Dorang panggil volunteer tiga orang untuk dorang iklan kan bisnes masing-masing dalam FB. Lepas ja lunch, lebih kurang dalam pukul 4, ahli Growth wealth ni panggil insan bertuah hat tiga orang tadi.

Hat yang sorang dah dapat order shawl 420 helai. Hat yang lagi sorang dah ada customer suruh PM. Memang teruja weh. Daripada income zero, terus hari-hari dapat income. 

Cara iklankan pun senang ja. Tak susah mana pun. Sesiapa yang memang nak berjaya dalam bisnes online, pi la kelas-kelas macam ni. tak semestinya dengan Growth Wealth, mungkin dengan konsultan yang lain. Banyak dah konsultan perniagaan online kat Malaysia ni.

Part yang aku paling tak boleh blah. Dorang tanya, sapa yang nak join kelas advance. Sebab kelas tu limited. Aku excited angkat tangan tinggi-tinggi pasai aku tengok yuran dia kat kertas RM150 ja.

Sekali, dah nak last-last tu, dia bagi tau siapa yang nak join kelas advance, yuran RM19++. Tapi siapa yang daftar hari tu dia bagi diskaun RM1000. Punya la baik hati kan. Aku yang tadi excited sangat nak pi, terus telan ayaq liuq.

Lain kali dah pakai mata empat, baca kertas tu elok-elok. Hat yang RM150 tu, dia kata kalau kita buat cancellation awai, dia akan pulangkan balik RM150. Bukannya yuran RM150. mak sentap kejap. Excited nak menimba ilmu sekali, terbantut. Intai kat dalam akaun bank tinggal bapa. Kalau baki kat dalam bank ada RM50k, tanpa berfikir panjang aku pi register la la tu jugak.

Tak apa la. Aku praktikkan apa yang dia ajaq hat ckit tu dulu. Dah ada income lebih, bulih la pegi kelas advance lepas ni. In shaa allah.

Mata dah nak terkatup rapat. Tak sempat nak sambung cerpen. Minggu ni adalah minggu yanag agak bz. Baju ada sebakul tak berlipat lagi. Kot-kot ada sesapa yang nak buat part time lipat baju aku mai la. Kihkihkihkih.

Assalamualaikum dan selamat melam =)

p/s: motip cakap utara hari ni tak diketahui. tiba-tiba loghat utara kluaq..


2 comments:

babYpose said...

trighin nak tau macammana nak buat iklan yang berkesan tuuu :)) good sharing tq

IntaNBerliaN said...

apa cntoh cara iklan yg sampai terus org nak order tu ek?.. ce gtau//... hehhe

*yap, still duk sp :-)

anda mungkin meminati: