nuffnang

Friday, November 7, 2014

Lepas ni boleh download aplikasi LINE kat handphone memasing ya...

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi cinta =) bangun dengan rase kemalasan pagi ni kerana hujan yang lebat menyebabkan rasa macam nak sambung tidur. Dan yang lebih mensadiskan lagi, gas dah habis bila mana aku nak masak air. Yes, aku memang masak air guna cerek yang bunyi bising tu bila air dah masak. Sebab rumah aku sangat ramai sanak saudara semut. Kalau guna cerek elektrik memang tak sempat aku minum, air tu dah jadi kolam renang para-para semut sekalian.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal gas habis, pasal semut, pasal kolam atau pasal lain. Seawal pagi aku bangun,(awal la sangat, matahari dah naik segalah baru sedo) lepas solat aku terus baca blog. Tajuk yang berjaya menarik minat aku pagi ni, cerita pasal 'ADA APA DENGAN CINTA 2014' dari blog Lulu Pages. Tak sangka cerita tu dah berlalu 12 tahun.

Akhir cerita yang dulu kan dorang berpisah bila si Rangga berpindah ke New York. So cerita yang tahun 2014 ni dorang tak buat filem. Tapi buat dalam bentuk iklan yang bertujuan untuk mempromote khidmat terbaru aplikasi LINE iaitu FIND ALUMNI. Hagak-hagak nak cari boyfriend lame mase sekolah dulu, boleh download cepat-cepat.

Selepas 12 tahun, baru Cinta dengan Rangga berjumpa semula dan masing-masing masih single. Untong la masing-masing single. Kalau orang lain maunye dah cari pasangan baru T_T Lepas ni boleh aku download LINE kat dalam talipon aku. Mane la tau boleh terseremak dengan orang yang aku nak sangat jumpa tu...motippppp????

Muka si Dian Sastrawadoyo ni totally different la. Dulu muka budak sekolah. Sikalang sudah cantik ma. Aku pun macam konpius, betul ke Dian ni? Awat cantik sangat? Tetibe teringat die pernah bercinta dengan Malique Too Phat kan..Emmm..tu je la yang aku nak cakap. Hehehehe.

Nicholas Saputra tak banyak yang berubah. Kalau berubah pun, berubah menjadi 'abang sado' Rasenye dulu lagi somel sikit. La ni dah berumoq biasa la..ade la kedut sane sini sikit kut.

Hmmm..tu ja la nak habaq...aku nak pi cari biskut oreo.. Bye

1 comment:

babYpose said...

salam singgah, happy weekend :)

anda mungkin meminati: