nuffnang

Sunday, February 19, 2012

Pekerja Durjana.....

Assalamualaikum.....

Aku nak buat pengakuan awal-awal...aku la tu pekerja durjana yang di sebut di atas. Hari ni dengan rasa tidak bersalahnye, aku tak pergi kerja.....
Aipppppp..aku bukan ponteng suka-suka ye. Semalam aku baru sampai dari kampung...Dari pagi aku dah rasa macam nak demam.. Aku telan panadol dua bijik. Petang nak balik ke Puchong still rasa kurang sihat aku telan 2 biji panadol lagi. Masa dalam bas rasa kebah la sikit. Tapi sendi-sendi ni terasa sakit rasa macam pegi membajak sawah. Padahal sawah pun tak ade...

Tapi sebelum aku tido malam tadi memang dalam hati dah niat, kalau pagi ni aku tak sihat lagi, aku memang tak kan pergi kerja. Dan apa yang aku  niat tu memang jadi la kan. Bangun pagi kepala terasa berat. tapi tak la teruk sangat, tapi aku risau kalau aku pergi kerja,kena tempik dengan singa betina tu,mau demam terus aku. So aku decide tak payah pegi kerja.

Dan bos aku tu call pepagi hari cari aku. Aku pulak tak jawab telefon. Bagus la tu. Hahahahaha..Lepas tu aku call balik bagi tau aku tak sihat. Suara macam tak ikhlas je. Lantak kau la bos...Malam ni kena readykan telinga untuk kena bebel.. Sekian terima kasih..hehhhee

2 comments:

nur fatin said...

cantiknyer blog...dah macam alam fantasi dah..hihi.. :)

Zul Fattah said...

xpe oligo... ko rest dulu.. rehat2kan tubuh dulu.. jgan paksa diri.. bos ko mesti paham la.. jgan risau..

anda mungkin meminati: