Assalamualaikum w.b.t
Untuk sesiapa yang telah bekerja, tahniah sekiranya anda mendapat bos yang baik hati. Dan anda pula kalau dah dapat bos yang baik tu jangan la mengambil kesempatan banyak sangat. Hargailah mereka sebelum korang dapat bos macam SINGA BETINA.
Kepada korang yang dapat bos spesis SINGA BETINA DAH NAK MONOPOS, moh bako company ramai-ramai. Geram aku dapat bos yang perasan dia aje yang betul. Biasa kita biasa dengar CUSTOMER ALWAYS RIGHT kan, kali ni aku berdepan dengan BOS ALWAYS RIGHT.
Memang boleh bawak mengucap dua kalimah syahadah tiap-tiap hari kalau dapat bos macam ni. Kalau kat tangan aku ada senapang gajah memang tak segan silu aku tarik picu senapang sambil menghala kat kepala dia. Biar berkecai.
Tak pernah ke di fikir perasaan pekerjanya bila di marahi, pulak tu orang lain punye salah orang lain yang kena tanggung. Bukan tak boleh menegur, at least tanya la dulu. Selidik habis habisan lepas tu kalau nak marah, marah lah. Ni tak. Main ikut sedap lidah die je nak menjerit tak tentu hala.
Hati aku ni bukannye sekeping tunggul pokok yang dipotong berbentuk love yang keras kematu boleh di buat papan pemotong daging. Kalau hari-hari kena shoot jangan tanya kenapa tiba-tiba ade sebaldi air kat tepi meja aku. Memang aku nak tadah air mata supaya bos tau betapa sakitnye hati aku dengan sikap tak adil ko tu bos.
Aku memang tak faham ape yang die nak sebenarnye. Aku buat kerja ke tak buat kerja ke, semua sama. Kat mata dia apa yang aku buat semuanya salah. Cakap dengan aku suara sentiasa je macam hali lintar. Dengan orang lain boleh pulak cakap macam berbisik.
Dugaan apakah ini. Aku tak tau la sampai bile boleh bekerja kat sini. Kalau la ade kerja lain memang sekarang jugak aku nak resign. Hati dah tak kuat nak menanggung perasaan hiba. Telinga pun dah naik bernanah hari-hari dengar dia berleter.
Korang doakan la aku semoga menjadi lebih tabah lepas ni....
Comments
Kje susah nk dpt skrg,if dpt nk amik masa pla kn...