nuffnang

Tuesday, November 15, 2011

Sungai Petani - Part 1: Selamat Pengantin Baru Rohaida dan Rahmad

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat minggu lepas lebih kurang pukul 2 pagi, aku dengan member-member bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Kawan masa kat UiTM Kedah kahwin. Macam tak percaya pulak dorang kahwin akhirnya. Bukannya kite orang tak tau kisah cinta dorang dari diploma sampai la degree, tapi pape pun tahniah..Secara tak langsung aku dapat la balik ke Sungai Petani, tempat aku belajar dulu. Memang dah lama rasa nak balik sana, tapi masa tu tak ada. Bila ada kawan kahwin, kuat la sikit azam untuk pergi  sebab dah janji dengan Si Pengantin aku akan datang majlis kahwin dorang. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan dua-dua kawan masa kat UiTM dulu. Jadi, tak da la segan sangat kalau nak buat perangai sengal.

Pukul enam lebih kite orang sampai rumah pengantin, terus serang bilik pengantin, godek-godek ape yang patut. Aku siap golek-golek lagi kat katil pengantin neh. Hahahaha

Mengantuk gila. Sembang sekejap dengan pengantin, lepas tu bersiap sebab nak hantar pengantin ke butik untuk make-up dan pakai baju.


Laila dan Wawa on the way nak pegi butik. Ni la driver aku. Hehehehe



Bila kite orang dah masuk butik, tengok ada dua orang yang sedang di make-up. Ramai rupenye orang kahwin hari tu. Rahmad (pengantin lelaki) yang masih berbaju t-shirt dan berseluar jeans duduk kat sofa sambil baca majalah sementara tunggu Rohaida (pengantin perempuan) di make-up kan. Aku tengok punya la kelam kabut JURUSOLEK kat situ. Ada yang jahit baju la, ade yang seterika baju. Ade sorang ni, bibir seksi youuuu..Aku ingat kan perempuan, sekali cakap keluar suara jantan kau. ahahahaha..Tipah tertipu la ni. Name best..LERA. Fuh..glamor gitu..

inilah aksi pengantin lelaki bersama-sama kawan-kawannya sementara menunggu pengantin perempuan make-up

Mesti ade yang pelik kenapa semua perempuan? Kawan lelaki tak ada datang ke? Sebab ni kamera aku. Hahahahha..Ada, tapi dorang sampai lambat. Datang makan je la. Ada sorang member lelaki time ni tapi aku tak nak letak gambar die sebab die suka cari gaduh dengan aku. 

Pengantin lelaki tengah bersiap. Muka konfiden je. Tak macam orang nak kawin...

Pengantin perempuan dah di bawa ke masjid terlebih dulu sebab dorang ni dah terlewat akad nikah 30 minit. Janji pukul 10, tapi pukul 10 batang hidung pun tak nampak. Ayah pengantin perempuan dah telefon banyak kali. Aku dengan Wawa kena tunggu si pengantin lelaki ni untuk di hangkut ke masjid. Jadi bos besar kau ye Mat..

Aku kat dalam kereta dok bising sebab kereta depan lambat. Jalan pulak jem. Nasib baik la masjid dengan butik tu tak jauh sangat. Kalau tak..menangis la pengantin lelaki sebab lambat sampai. Hehehehe. Sampai je kat masjid pengantin lelaki terus jalan laju-laju masuk masjid. Lepas berbincang ape tah dengan tok kadi dengan ayah pengantin perempuan kat dalam satu bilik, majlis akad nikah di mulakan. Dengan 3 kali lafaz Rohaida sah menjadi isteri kepada Rahmad =) Aku sendiri pun tak tau bape kali dia lafaz walaupun aku duduk dekat dengan pengantin lelaki. Tau tau je sah. Hahahha.. Memang sound trouble sungguh.

Dah jadi laki bini korang ye. Lepas ni jangan gaduh2 lagi...


Macam tak caye je dorang ni dah kahwin sebab perangai masing-masing macam budak-budak lagi. Pengantin perempuan rilek je. Aku tak tau la ape yang die fikir. Aku tanye tak cuak ke, dia jawab tak. Bagus betul si pengantin perempuan ni. Lepas sesi salam menyalam dan cium dahi, sesi bergambar dengan kawan-kawan pulak. Semua orang dah balik, kite orang masih lagi kat masjid tu sebab nak ambil gamba.


Aksi sopan masing masing

Lepas tuuu.......


Bermula aksi yang  tak bape nak sopan termasuk la si pengantin

Kan aku dah kate, aku kenal dorang ni...

Lepas aksi ni, kite orang kena bawak balik Si pengantin ke butik untuk tukar baju. Dorang tak ada buat masjils sanding so terus makan beradab. Lepas pengantin siap, aku Laila, Wawa dengan Dayang, terus serbu meja makan, perut masing-masing dah berkeroncong. Tak lama lepas tu pengantin pulak sampai untuk makan beradab.



Macam sedap je aku tengok lauk pengantin ni..


Kite orang lepak dalam rumah sementara tunggu kawan-kawan lain sampai. Perut dah kenyang, mate mula la mengantuk, tambah pulak kite orang tak cukup tido. Macam-macam aksi kite orang buat kat depan pelamin.
Ni namanya tak ada kerja. Dah tak tau nak buat apa. Ambik gamba pun mengarut semuanya.
Sampai satu tahap, aku baring kat tepi pelamin ni, tetiba wawa kejutkan, rupa-rupanya kawan-kawan yang lain sampai. Menggelupur la aku bangun. Lepas salam peluk cium (yang perempuan je la) tanya khabar pastu dorang pegi makan, aku dah get ready nak pergi ke umah sewa yang di sediakan untuk tetamu berehat. Mata dah tak  boleh nak bukak..
Lepas solat zuhur, apa lagi, letak kepala kat bantal hilang terus segala penat. Nasib baik Asar tak lepas...Hehehehe..Penat teramat. Apa-apa pun puas hati sebab dapat tengok kawan baik naik pelamin =) Turn aku bila?? Tunggguuuuuuuuuu.....


p/s: sepatutnya nak jumpa kak iena, tapi tak sempat..sorry kak iena..













6 comments:

aReLaN said...

ala...nk kwen gak....jeles tgk gmbr kwen org len.wuuu

oli-go said...

ko ajak le awek ko kawen..

IntaNBerliaN said...

membe dah kawen.. oligo bila lak?.. hihii

btw, no hal lah.. akak xkisah.. xpa, akak paham.. lenkali kalau ada rezeki, kita dpt jumpa punya.. :-)

Munnafendy said...

pengantin pkai purdah gitu =)

nini said...

selamat pengantin baru tuk kawan awak....hehe...turn awak...tengah tunggu awak update nih...=p

Aida said...

noliiii...hahaha...kenangan..rindunyaa

anda mungkin meminati: