nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Oooooo..Macam ni rupanya berblog....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah sedih pagi tadi dah ilang hasil dari penterjahan blog yang aku buat. Hari ni pecah rekod bile dengan jayanya aku blogwalking lebih banyak dari hari biasa walaupun bos ada. Macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Ade yang boleh buat orang bergaduh, ada yang boleh bagi pengajaran, tutorial, eyh macam-macam la. Tapi kena cover-cover sikit sebab bos ada. Seb bek aku dah menyettlekan semua kerja pagi tadi. So tak kisah la kan kalau aku nak membaca..Bukannya aku buat ape pun. Lepas baca entri aku komen. Tu je.

Dulu, sumpah aku tak tau blog ni macam mana. Memang la aku ada baca blog tapi tak penah jumpa blog yang pelik-pelik ni. First time aku teringin buat blog,  bila junior aku suh aku masuk blog dia. kagum sungguh aku macam mana dia boleh buat blog tu. Nak masukkan bermacam-macam widget (dulu menatang widget ni pun aku tak kenal) pastu background yang gempak, tulisan blink-blink, aihh..macam-macam la. Aku pun tanya macam mana nak buat. Lepas tu dia bagi tau. Aku try buat tapi aku tak puas hati dengan hasil tangan aku, sebab aku ni bukan pandai sangat IT - IT neh. Tengok je la header aku sekarang macam mana. Itu dah membuktikan yang aku ni memang buta IT. Minat aku dalam bidang penulisan yang menyebabkan aku nak  buat blog. Aku tak tau nape pelik sangat minat aku ni. Aku suka menaip dan menulis. Seingat aku dulu aku tak suka menulis, tapi di sebabkan tulisan aku ni buruk, aku suka menukar-nukat tulisan. So dalam buku aku mase sekolah dulu ada dua tiga jenis tulisan yang aku buat. Silap hari bulan cikgu fikir orang lain yang tulis kat buku aku tu.

Menaip pulak, sebab aku suka tengok orang yang menaip berjaya menggunakan kesemua jarinya apabila menaip. Pulak tu mata pandang skrin je. So aku tengah praktis la ni. Sampai sekarang tak mampu nak capai tahap tu.

Dan aku pernah delete blog ni dulu sebab aku putus asa. Tapi entah macam mana semangat tu datang balik. Aku sanggup beli buku untuk belajar buat blog, tapi tak paham jugak sebenarnye. Aku memerlukan 24jam untuk repair blog aku ni sampai aku puas hati. Jadi selagi aku tak dapat 24 jam tu, blog aku still macam ni.

Dari blog ni la aku tau banyak perkara walaupun tak baca paper. Yang mana bagi kebaikan kat aku, aku follow. Yang mana aku rasa tak boleh di terima aku mengundur diri secara baik. Tadi masa terjah satu blog ni, orang nya agak femes, sempat la aku baca entri dia. Niat dia bagus untuk menyedarkan orang tapi penggunaan bahasa tu kurang sesuai. Terlalu kasar. Dengan penggunaan kata-kata kesat lagi. Tapi ada pulak yang menyokong cara dia tu. Kalau sokong tindakan dia tu nak menyedarkan orang tak salah, tapi cara dia tu terlalu kurang sesuai.

Tu la, baru aku tau berblog ni macam-macam. Kawan-kawan sekalian kalau cara aku berblog ni pun salah, tegur la. Insyaallah aku akan terima dengan hati terbuka demi kebaikan diri aku sendiri. =)








10 comments:

Nadzirah K. said...

same la kita,hehe :)

aReLaN said...

lain blogger,lain style n skill dia.stiap org ada cara sndri kan.do it ur own way tp jgn smpi tahap syok sendri.kna gak amek tau perkembangan.sye pn buta IT tp sbb mnat menulis,tu yg msuk dunia blog.heheh...mjulah kita para blogger utk negara.

ShahzCudin said...

huhu..lbih kurg jgk kite..org wat blog kite pon nk try wat..tp sjk akhir2 ni baru smngat..

Fathin Fazila Razali said...

zyla dulu buat pun suka-suka je.. haha.. mmg pernah smpai tahap jugaklah nak edit blog. tgk blog org lain.. pergh!!! jealous lah.. tp sekarang ni bersyukur je dan yg penting ada ruang utk zyla luahkan perasaan.. good luck k dlm dunia blogging.

teratak hati said...

tu la, bile tengok blog org mcm2 kn, sy lagi la baru dlm dunia blog ni,saje2 mncari sesuatu mengisi masa lapang dgn menaip...

NasZ said...

nak taip guna sepuluh jari? masa kat u dulu, saya kena boleh taip guna sepuluh dalam masa sebln. kalau tidak, failed subject tu. nama subject tu, keyboarding. Hehehe. sekarang memang laju gak la. guna 10 jari taip. ada bukunya. bleh blaja. nak taip guna 10 jari ni, jari kena hafal kedudukan huruf. tapi yang penting, kena tau 8 main huruf yang mesti kita letak jari atas dia. macam tempat kita parking jari la.

Blog saya ni nyer entry teruk ke bahasa yang saya gunakan?

Puan Kutu said...

sy buat blog pasal sy suka menulis dan merapu.lalalala..

nurfauzi said...

Blog ni satu alat. macam pisau, kapak, pensel dll..
salah guna jadi salah.
guna dengan elok, jadilah elok.

Cuma ramai yang kadang lalai, terlupa hal dosa pahala dlam blog..aiyoh....

アヌム ちゃん said...

all da best in blogging :)
sy pun blogging for fun je..huhu

IntaNBerliaN said...

dulu akak pun xkenai dunia blg ni... tau bc blog org je.. hihii

akak duk kat sg petani.. :-) ohya, nk paggil adik ni apa? oligo ke?.. :-)

anda mungkin meminati: