nuffnang

Sunday, October 30, 2011

Kain Terbakar, Nugget Rentung

Assalamualaikum w.b.t

Apa kaba semua? Rindu tak kat aku? Hehehehehe..Perasan lebih kejap. Seminggu aku biarkan blog aku ni. Bukan tak ada idea nak taip entri tapi ada hal sikit. Masalah negara yang menyebabkan aku tak mampu nak jengah blog aku ni lama-lama yang menyebabkan kepala otak aku berserabut sekejap. Kesannya aku terbawa-bawa sampai pagi ni.

Dengan rasa kemalasan tahap cipanzi melompat, aku bangun tido. Amik baju kurung, hari ni nak pakai baju kurung kaler hitam kelabu. Tudung pun pakai kaler hitam. Ni kalau orang tengok memang nampak macam baju berjalan, sebab aku pun ireng jugak. huhuhuhu..Lantak lah asalkan aku berbaju. Bukannye berbogel. Lepas tu aku pegi panas kan seterika. Teringat pulak aku ada beli nugget semalam. Beli satu percuma satu. Laju je aku hambek. Nasib baik nugget tu sedap. Brand Uncle John. Aku panaskan minyak. Lepas tu aku masuk dalam bilik semula untuk seterika baju. Aku terus lekap seterika tu kat kain baju kurung aku. sekali....MELEKAT. Apa lagi menggelupur la aku angkat seterika tu balik. Aku tengok kain aku dah berkedut. Cepat-cepat aku sembur air kat bahagian yang berkedut tu. Mujur tak berlubang bentuk seterika Aku keluar pulak tengok kuali aku, asap dah berkepul-kepul macam rumah terbakar, aku terus masukkan nugget dalam kuali yang dah terlebih panas. Dalam kepala otak aku cuma terfikir satu je, silap hari bulan, mau kuali ni terbang atas kepala aku dengan minyak panas. Aku slow kan la api. Lepas tu sambung balik seterika baju. Panas je hati aku tengok kain yang dah berkedut. Nasib baik kain, kalau baju yang hangus, memang duduk tong sampah la jawabnye baju kurung aku ni.

Ape punya spoil la pagi-pagi dah buat hal. Aku keluar balik untuk tengok nugget aku, ok, tak hangus, aku balikkan nugget aku. Lepas tu sambung seterika baju lagi. Dah siap aku seterika baju, aku keluar tengok nugget aku lagi. Kaler dia dah bertukar same dengan kaler baju aku. Menggelupur aku angkat nugget tu. Ape la nasib, baju hangus, nugget pun hangus jugak..Ni mesti sebab minyak terlebih panas. Asap berkepul-kepul dalam rumah. Dasat sungguh aku neh. Tapi aku telan je la nugget tu, tak kan nak buang pulak sebab banyak. Rasa membazir kalau buang. Buat tak tau je la tekak aku ni kalau ada rasa pahit-pahit sikit. Bukan rentung teruk sangat pun. Masih boleh makan. Buat malu kaum je, goreng nugget pun boleh rentung. Kalau abah tahu ni, kena bebel 7 hari 7 malam la jawabnye.Dah rentung macam tu memang aku tak pelawa kawan-kawan. Cekik sorang-sorang je. Segan nak bagi. Hahahaha. Mau dorang gelakkan aku. Sebenarnya aku tak sengaja terhanguskan nugget tu, bukannye aku tak pandai masak =) 


p/s ayat tunggang langgang sebab kemengantukan tak dapat tidur dengan lena selama 3 hari...=(


7 comments:

Mizfantagiro said...

hihihi..sib baik baju tu tak hangus teruk..

IntaNBerliaN said...

alahaiii siannya oligo.. mcm2 jd yer...

aReLaN said...

hahaha...besar btul dugaan.

Zul Fattah said...

bala.. bala... beli baju baru r...

Munna said...

adui la kamu nih...masak dgn iron baju dlm masa yg sama? mmg xleh la...haha

IntaNBerliaN said...

akak pun xbrapa nak tau macaron tu apa.. asyik tgk org duk wat entry je sblm ni.. ni br try mkn.. hihii

p/s : ok.. kalau nak jumpa gtau la ek.. aklau hubby akak free blh kita jumpa..

ohya, tp akak balik berya kat kg.. selasa br ada sp.. emmm dtg sp umah sapa?

syazwani 'atiqah said...

kesiannyer..pasnie hati2 taw...sy da buat entri pasal kemunting..meh laa bace...
http://applehijou.blogspot.com/2011/10/kemunting.html

anda mungkin meminati: