nuffnang

Sunday, May 22, 2016

BAJET TRIP KE BANDUNG PART 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lepas floating market, kami terus balik ke guesthouse untuk rehat, tapi di pertengaha jalan kak Naza suggest untuk pergi berurut. Kami okeh je. Pak Rohman bawak kami ke sattu tempat urut ni. masa mula-mula kami sampai memang tak de orang langsung. Siap mengilai kuat-kuat lagi, Ingat kan kedai urut tu memang tak laku. Dorang siap bagi air teh dengan kuih. Kuih yang dia bagi memang sedap, aku siap rembat kak Naza punya kuih. Hehehehhee. Harga urut untuk sejam RM60. Lepas kami siap urut, keluar je tengok orang dah penuh, Tadi bukan main relax lagi staff kat situ. Masa ni la kami jumpa satu kumpulan dari Malaysia. Tapi aku pun x sure dari mana. Borak-borak sekejap. Sebab dorang ramai, kami cuma bertiga je.

insan insan bahagia untuk diurut


Selepas siap urut bagai baru kami balik guesthouse untuk rehat. Guling guling atas katil yang empuk sambil transfer gambar yang beratus ratus dalam telefon sebelum telefon aku jem. Tak plan nak jalan ke mana- mana malam tu sebab kepenatan tapi lepas isyak aku ajak Yasmin keluar untuk beli makanan. Perut tetiba minta nasi pulak. Tanpa kak Naza, kami keluar berdua je, pinjam motor pekerja guesthouse. Nama mamat tu pun aku dah tak ingat. Untuk pengetahuan korang, kat sana, apa sahaja yang kita guna atau pinjam dari dorang, kalau boleh kena bagi upah. Sebab itu cara dorang untuk cari duit saku jadi kalau boleh sediakan lah duit kecil yang secukupnya. Mula-mula aku pun terkejut. Takkan tolong tengokkan kereta kat belakang pun kena bayar, tapi memang budaya mereka macam tu.

Membebel panjang pulak. Aku dengan Yasmin naik skuter pergi kedai yang berdekatan tanpa lesen yang sah dan juga tanpa helmet. Memang berani mati sungguh. Hahahahahha.. Aku cari mini market untuk beli shampoo. Kan shampoo aku yang baru beli tu kena rampas masa kat airport. huhuhuhuhuhu

Lepas dah jumpa mini market baru kami pergi makan. So kami singgah kat restoren di satu simpang masuk ke guesthouse. Dah tak jumpa kedai kedai biasa yang nampak macam murah. So masuk je la restoren kat situ. Yang paling sedih, kat situ parking berbayar. Walaupun kau naik motor T_T

Harga makanan kat situ sebenarnya lebih kurang macam harga kau makan tomyan, nasi putih dengan ikan siakap kat Malaysia. Aku dengan Yasmin pilih ikan kerapu masak sambal ape tah. Aku pun tak ingat. Aku pilih air avocado. Yasmin aku tak ingat dia pilih air apa. Maaflah, orang banyak makan semut memang macam ni. Semua nak lupa. Hahahaha. kan bagus kalau putus cinta boleh lupa terus. Eh eh tetibe pulakkan...

Total yang kami kena bayar hampir lima puluh ringgit jugalah. Masa keluar dari restoren kami dengar riuh rendah di kawasan bulatan berdekatan dengan restoren. Aku tanya kat orang yang jaga parking. Aku ingat ada orang gaduh. Rupanya orang tengah shooting. Adegan merempit. Aku tanya siapa pelakon, sekali dia sebut entah nama siapa. Aku sengih je sebab aku tak kenal pun. Kalau die cakap Irwanshah ke, Bunga Cinta Lestari inshaallah aku kenal. Aku dengan Yasmin pun melepak sekejap tengok orang belakon. Susah jugak rupanya berlakon ni. Entah bape kali ulang adegan yang sama aku pun tak tau, sampai aku bosan asik tengok benda yang sama. Last aku ajak Yasmin balik.

Perjalanan pulang ke guesthouse, kami sesat. Lupa jalan sekejap. Cuak jugak mulanya. Aku dah la memang jenis tak ingat jalan. Nasib baik ingatan Yasmin kukuh untuk mengingat semula jalan balik. Kalau tak mau tidur tepi jalan. 

Hari keempat di Bandung, perjalanan seterusnya, kami pergi ke Kawah Putih. Sebenarnya aku tak tau kawah putih tu kawasan apa. Tapi yang aku tau kawasan tu sejuk dan disarankan untuk bawak baju sejuk kecuali kulit korang diperbuat daripada kulit gajah atau kulit buaya.

Pak Rohman janji akan datang jam 9 pagi untuk jemput kami. Aku dengan Yasmin dah siap awal. Dan kami ada plan lain sejak hari pertama kami sampai. Ada basikal kat guesthouse, kami nak try mengayuh basikal.

orang tua riang dapat naik basikal


Dah lama sangat tak merasa kayuh basikal, sekali dapat kayuh basikal dah macam orang jakun. Tapi kami kayuh dalam kawasan taman perumahan je. Tak berani nak kayuh kat kawasan jalan besar sebab banyak kereta. Tak lama lepas kite orang lepak ambil gambar dengan basikal, ada orang kemalangan. Seriau aku tengok. Nasib baik tak ada yang cedera parah. Kat sana tak banyak sangat trafic light. Kalau aku yang drive kat sana, memang tak bergerak kereta, motor atau basikal. Memang kecut perut. Semua orang nak cepat dan tak nak mengalah. Masing-masing berebut nak masuk simpang masing-masing. Tapi Pak Rohman cool je drive kereta. Aku ni sampai pejam pejam mata sebab takut. 

Lepas Pak Rohman sampai kami terus gerak menuju ke Kawah Putih. Perjalan ambil masa dalam 45 minit jugak. Sepanjang perjalanan menuju ke parking tempat kami kena tukar kenderaan untuk ke kawah putih, dikiri kanan kami banyak pokok strawbery. Kat sana lebih kurang macam cameron highland. Kawasannya sejuk. Kebanyakan orang kampung memang tanam sayur sendiri. Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada pokok strawberry. 




Kau bukak je pintu kereta, kiri kanan kau dah ada orang menunggu nak suruh kau beli strawberry dia. Kalau korang di situasi ni ape korang akan buat? Kalau kau beli yang sorang ni, yang sorang lagi pun akan suruh kau beli jugak. Cane tuh? Name pun percutian bajetkan. Setakat nak beli satu paket tu memang tak de hal. Kalau kena beli semua, memang jadi hal. Ade yang terpakaa kerja jual strawberry pulak untuk beli tiket balik ke malaysia T_T

Dorang dah sediakan kenderaan khas untuk ke kawah putih. Kenderaan ni adik beradik wara wiri di dusun bambu, tapi kat sini namanya dah jadi lain. Tambang lebih kurang RM1.50 seorang. Satu kereta ni kami di sumbat seramai 12 orang. Sebenarnya memang dah sempit pun masa kite orang naik tu. Memang ngeri naik benda alah ni sebab tak de ciri-ciri keselamatan. harap kau pegang besi kuat-kuat je kalau taknak tercampak ke luar. Jalan berbukit bukau ambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke kawah putih. Tapi aku tabik kat kereta tumpang ni sebab dia mampu bawak 12 orang naik ke kawah putih. Kalau tengok luaran memang aku  tak yakin kereta ni boleh naik bukit. Tapi aku silap. Hahahahhhaha. kami berjaya sampai ke kawasan kawah putih.

Kau bukak je pintu kereta, kiri kanan kau dah ada orang menunggu nak suruh kau beli strawberry dia. Kalau korang di situasi ni ape korang akan buat? Kalau kau beli yang sorang ni, yang sorang lagi pun akan suruh kau beli jugak. Cane tuh? Name pun percutian bajetkan. Setakat nak beli satu paket tu memang tak de hal. Kalau kena beli semua, memang jadi hal. Ade yang terpakaa kerja jual strawberry pulak untuk beli tiket balik ke malaysia T_T

Rasa sejuk tu memang dah terasa. Aku dari awal lagi dah pakai baju sejuk sebab aku memang tak tahan sejuk. Bau belerang agak kuat dan kami di sarankan pakai mask. Tapi suasana kat situ memang cantik. Kat atas tak ada orang jual makanan ye. Agak agak nak bergambar lama kat sini, korang isi la perut kenyang-kenyang dulu sebelum naik. Alhamdulillah kemudahan surau pun ada tapi agak usang. Telekung better bawak sendiri. Jalan jalan jugak yang wajib jangan di tinggal.



pemandangan di kawah putih


gambar oleh photographer expert =D

Dah bermacam macam gaya kami posing, sendiri mau ingat la kan. Takkan nak tido kat situ pulak. Sah sah kat situ takde hotel atau pun hostel untuk di sewa. On the way nak ke tempat parking wara wiri ade sorang pakcik ni duduk kat pondok. Sape yang stop kat pondok tu, dia akan mainkan satu lagu. Lepas dengar sila bayar, jangan buat buat tak tau pulak. Kalau kau tak nak dengar pegi lalu ikut jalan lain kalau ada. ahaks...


pak cik ni main lagu burung kakak tua x silap aku time ni.

Masa on the way nak datang sini, kami jumpa duit 20000 rupiah. hehehehehe. Kami ambil duit tu tapi kami tak guna pun. Kami bagi kat pak cik ni. Rezeki die.

Azab nak turun pulak. Dah la wara wiri ni mengerikan. tapi balik tak sengeri waktu datang. Tak de la kena sumbat sampai 12 orang. 

Kami turun, Pak Rohman dah ada kat bawah. Dia dah siap solat jumaat. Lagi sekali kakak kakak jual strawberry ikut kite orang sampai ke kereta. Takkan nak beli lagi kot. Mau ade yang cirit strawberry nanti. Tapi aku beli gak tiga paket. Nak bawak balik Malaysia.

Pak Rohman nak bawak kami pegi ambil gambar kat ladang teh pulak. Tak payah susah susah nak masuk kat kawasan dia. Kat tepi jalan tu bersepah ldang teh. Banyak kereta berhenti tepi jalan sebab nak ambil gambar. Bukan setakat pelancong je yang berhenti, orang jual strawberry naik motor pulak berhenti. Kena lagi. Tapi kali ni aku tak beli sebab tadi aku dah beli banyak. Kak naza dengan Yasmin pulak yang memborong strawberry abang tu sampai habis.

Habis shooting kat ladang teh, kami pun balik. Sebab perjalanan agak jauh sebenarnya, Dua tempat untuk sehari. Itu pun dah terasa penat. Kami sampai guesthouse pun dah masuk waktu maghrib. Sana kan awal. Malam kite orang lepak kat bilik je tak keluar makan sebab stok mee segera dari malaysia ada banyak. makan mee segera je kami malam tu. Nama pun percutian bajet. Kami semua tidur awal sebab esoknya hari sabtu. kami nak habiskan masa satu hari untuk shopping kat bandar baru. Eh betul ke bandar baru? aku rasa betullah tu, syurga membeli belah di bandung.

to be continue...




BAJET TRIP KE BANDUNG PART 3

Assalamualaikum w.b.t

Hari kedua kami bergerak semula menuju ke Bandung. Pak Rohman dah susun elok jadual perjalanan kami untuk menjimatkan masa. Bagus Pak Rohman ni, dia bagi tau mana tempat yang berbaloi untuk di lawat dan tidak berbaloi untuk di lawat. Contohnya tempat yang tak perlu pegi sebab tak berbaloi adalah TANGKUBAN PERAHU. Tiket masuk untuk pelawat luar Indonesia adalah RM90 mengikut kadar mata wang masa kite orang pergi hari tu. Tapi kat dalam tu tak ada apa sebenarnya. Kak Naza pun cakap benda yang sama. Sebab sebelum ni dia pernah pergi.

Tempat pertama yang kami pergi DUSUN BAMBU. Sepanjang perjalanan ke Dusun Bambu, di kiri kanan kami ada banyak nursery bunga. Memang cantik sangat-sangat lah. Tak tau nak cakap macam mana untuk orang yang jakun macam aku ni. Semua pokok bunga di susun rapat-rapat. Kalau pengantin nak ambil gambar kahwin kat situ pun okeh kot. Masing-masing dah mula buat perangai terencat sebab kat Malaysia tak jumpa. haha. Gambar???? Nan hado =(

Nak masuk ke Dusun Bambu kena bayar RM1.50 dapat free satu air. Dalam rupiah aku tak ingat. Untuk masuk ke kawasan Dusun Bambu, kite kena naik WARA-WIRI. Wara-wiri bukan sejenis makanan ye, tetapi sejenis pengangkutan. Dusun Bambu ni lebih kurang macam taman botani kat malaysia. Ada banyak jenis pokok bunga, dan pokok-pokok lain yang aku tak dapat kenal pasti spesisnya.

Tak ada aktiviti lain yang kami buat selain bergambar. Dalam tu ada beberapa aktiviti lain, contoh, petik buah strawbery tapi masa kami datang strawbery nan hado. Pokok pon dah layu. Lepas tu ada aktiviti tembak menembak, apetah namanya. Aku tak ingat. Kami tak pergi pun kawasan tu sebab lepas tu nak pergi ke tempat yang lain pulak. Takut tak cukup masa.

Lepas Dusun Bambu, kite orang pergi Floating Market. Ape ade kat floating market nih? Ade taman, ade tempat makan. Nape di panggil floating market? Sebab orang yang jual makanan semua duduk dalam sampan kecik. Pembeli je duduk atas darat. Tapi pemandangan memang terbaik. Ada sediakan surau untuk solat. Kami? sepanjang masa bergambar dengan pelbagai aksi. Lupa pulak, nak masuk ke floating market, kena tuka duit kepada token dulu. Segala urusan jual beli makanan menggunakan token. Tiba di pintu masuk, dia akan bagi welcome drink. Sedapppp..

Aku dan welcome drink. sila janganbuat perangai gelojoh ye sebab air ni memang sangat panas. Kalau main teguk je, kalau tiba-tiba jadi pelat jangan tanya kenapa ye =D

Kawasan floating market agak besar, tak mampu kami nak jelajah semuanya sebab kepenatan. Hari pun dah petang dan perut dah mula buat muzik keroncong tanpa henti. Kami masing-masing tukar token IDR60000.  Cukup la untuk beli makanan sambil tengok pemandangan tasik.





Contoh token yang perlu ditukar untuk urusan jual beli sama seperti gambar bulat warna kuning dan biru.



Antara yang dicadangkan di dalam blog yang aku pernah baca, dorang suruh try pisang goreng cheese dengan otak-otak. Kami pun gigih mencari. Tak susah pun nak cari. Jalan je sepanjang sampan kecik sambil baca kat papan tanda, apa yang dorang jual.












Dah beli makanan, carilah tempat yang sesuai untuk melepak. Boleh makan dengan tenang, tempat kosong memang banyak, tak perlu nak rebut-rebut. Semua side pun boleh mengadap tasik. Agak-agak sapa nak bagi ikan makan, pilihlah meja yang betul-betul kat tepi tasik. Bila aku tengok ikan tu timbul beramai-ramai aku rasa macam nak sauk je. Lepas tu goreng. Tapi aku rasa itu ikan bela untuk hiasan sahaja... huhuhuhuhuhuhu..



Sesi mengenyangkan perut dah selesai, kami balik ke guesthouse untuk berehat. Malam kami tak plan ke mana mana sebab nak berehat. Kepenatan tahap ape tah sebab banyak bergambar dan bergelak ketawa. Aktiviti kami yang seterusnya akan aku update dalam entri yang lain =) adios..



Monday, November 9, 2015

BAJET TRIP KE BANDUNG PART 2

Assalamualaikum w.b.t

Flight kami pada hari rabu pada pukul 6.50 pagi. Selasa malam kami dah terpacak kat KLIA 2. Ni semua gara-gara tak ada orang nak hantar pergi airport subuh-subuh hari. Tapi satu malam kami tak tidur. Aku tak ingat kami lepak kat restoren apa lepas tu masing-masing layan telefon.  Yang peliknya aku ni spesis tak tahan mengantuk, tapi malam tu aku rasa tak mengantuk langsung. Nampak tak excited terlebih.

pukul 12.30 pagi kami dah sampai klia 2


Dalam pukul lima, airport makin penuh dengan orang. Itu jam mata baru rasa mengantuk. Kami pergi cuci muka, berus gigi, amik wudhuk siap-siap untuk solat subuh. Mandi, tarakkkkkkkkk. Hahahahaha. Yang pastinya tak ada orang nak cium kami. 

Aku dengan Yasmin first time nak nek flight meninggalkan Malaysia. Sebelum ni nek flight dalam Malaysia je. Memang tak berape nak tau rules kat airport ni macam mana T_T  Kami ada bawak barang larangan. Kak Naza dah bagi tau awal-awal harta kami tu takkan lepas bila sampai kat scanner yang terakhir tapi dia kata try la sorok kat dalam beg, mana tau boleh lepas. Barang larangan masing-masing baru beli pulak tu.

Memang betul cakap kak Naza, beg kami kena tahan masa lalu scanner yang terkahir tu. Hangin betul di buatnya bila shampoo yang aku baru beli kena buang. Huwaaaaaa..sapa suruh kan. Dah kata barang cecair yang boleh di bawak tak boleh melebihi 100ml. Redha je la.

Sebenarnya kami sampai ke pintu gate dah lewat. Flight dah nak berlepas. Sampai kat pintu gate tengok semua orang dah tak ada. Aku dah rasa macam nak pitam bila tengok pintu gate tulis CLOSE. Berderau darah masing-masing. Sekali Yasmin tolak pintu gate tak berkunci. Apa lagi, tanpa segan silu kami berlari macam anak gajah masuk laluan untuk ke flight. Beg yang berat dah tak terasa. Part paling kelakar bila kami sampai kat depan pintu flight, staff yang bertugas terkejut tengok kami bertiga. Berpuluh kali dia tanya macam mana kami boleh lepas masuk. Aku jawab pintu tak berkunci. Boleh pulak dia tak percaya. Lepas tu dia membebel kat kami sebab kami masuk ikut suka hati. Hahaha. Ada aku kisah. Janji aku tak terlepas flight. Dia nak membebel sampai tahun depan pun tak apa.

Finally kami dapat gak masuk dalam flight. Aku tak kira dah orang nak pandang aku ke apa, janji aku dapat duduk dan selamat sampai ke Bandung. Lega sungguh bila flight dah mula bergerak. Aku asyik fikir, takdir kami untuk pergi ke Bandung walaupun hampir terlepas flight =D Alhamdulillah.



makanan air asia malaysia ni memang thorbaik. padan la dengan perut kite orang yang memang tengah berkeroncong


Alhamdulillah perjalanan kami semua okey walaupun masa tu Malaysia tengah mengalami isu jerebu yang teruk. Lebih kurang dua jam perjalanan, kami selamat tiba di air port Bandung. Sepanjang dalam flight kami membuta tak sudah. Al maklum la malam sebelumnya masing-masing jadi musang. Pak Supir kami nama Pak Rohman, dah siap menunggu kat pintu luar. Kami terus gerak ke Jakarta untuk ke Mangga Mall 2. Ni tempat shopping tau. Sesape yang berniat nak shopping, sila lah tukar duit banyak-banyak. Mangga Mall 2 ni banyak jual kasut, beg tangan berjenama gred AAA (maaf kalau salah) Menurut kak Naza, shopping kat sini lebih baik dari shopping kat Pekan Baru Bandung. Eh pekan baru ke pasar baru? Hmmm..lebih kurang la tu.

apelah pak rohman ni fikir. customer gile dari malaysia agaknya. sampai-sampai terus amik gambar


Perjalanan dari airport Bandung ke Mangga Mall 2 mengambil masa lebih kurang tiga jam sekiranya perjalanan lancar. Kami datang hari bekerja, jalan tak jem sangat. Pak Rohman cakap kalau nak ke Mangga Mall hari sabtu dan ahad, memang jalan jem. Sepanjang perjalanan aku hanya membuta sebab mengantuk sangat. Tapi sempat la melihat pemandangan sekeliling. Teruja bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Selama ni banyak tengok bangunan je kat Malaysia T_T

Sebaik saja sampai di mangga mall 2, pak rohman bawak kami cari simkad. Aku suggest kat siapa-siapa yang nak ke Indonesia, belilah simkad SIMPATHI (ejaan aku x ingat betul atau tak) sebab simkad ni murah. Masing-masing nak telefon keluarga kat Malaysia untuk bagi tau kami dah selamat sampai. Harga lebih kurang RM15 sekali dengan topup. Kalau convert duit Rupiah aku tak ingat masa tu aku beli berapa rupiah. Maaf ye. Yang penting tau harga dalam Malaysia sebab nak buat perbandingan. Nanti tak la kena tipu =D

Pemandangan dari tingkat paling atas MANGGA MALL 2 tapi tak ingat tingkat berapa sebab supir kami parking kat situ.


Sepatutnya kami akan bermalam di hotel, Alhamdulillah kami dapat jimat kos sebab pelanggan kak Naza jemput kami bermalam di rumah dia. Riang hati tak terkata. Selepas habis bershopping di Mangga Mall2, kami pergi ke alamat rumah Pak Nanang. Sebelum sampai rumah, Pak Nanang belanja kami makan masakan padang. Perut memang dah berkeroncong. Sejak sampai di airport memang kami belum jumpa nasi. Bila dah jumpa nasi masing-masing bersemangat. Total harga makanan kami IDR2juta lebih. Aku tak ingat yang lebih berapa. Kalau di tukar ke duit Malaysia lebih kurang RM60 lebih jugak untuk enam orang makan. Murah tak? Aku pun tak pasti. Hahahahaha. Orang belanja, aku makan je =D

Owh, lupa nak bagi tau, Indonesia awal sejam dari Malaysia. Waktu solat memang semua awal.. Teruja sangat sebab aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke negara orang lagi. Ini pengalaman pertama, so memang nak nampak kejakunan aku kat situ. Lepas makan kami terus ke rumah Pak Nanang yang tak jauh dari restoren. Aku memang dah lemau tak terkata. seharian tak tidur dan tak mandi. Masing-masing konfiden je muka tak mandi. hahahaha. Tak apa, tak ada orang yang tau kite orang tak mandi.

Sampai rumah Pak Nanang, kami mandi dan tukar baju lepas tu membuta. Aku orang pertama yang membuta. Memang penat sangat sangat sebab tak cukup rehat. Esok hari aku terjaga pukul lima. Nak solat subuh. Lepas solat aku terus ke pintu. Rasa macam nak nangis bila tengok kat luar hari dah cerah. Pukul 5.30 pagi dah macam pukul 7 pagi T_T Waktu subuh kat Jakarta leih kurang pukul 4 pagi. Tak tergamak aku nak tidur semula bila tengok hari dah cerah. Rasa bersalah dengan diri sendiri T_T

PUKUL 5.30 PAGI

Lepas sarapan dengan Pak Nanang, kami bergerak untuk ke Bandung semula dan memulakan lawatan kami ke tempat-tempat yang dah di senaraikan. Terima kasih kepada Pak Nanang dan keluarga di atas layanan baik anda. Masakan yang sedap, dan anak-anak Pak Nanang yang comel =D

beraksi kat depan rumah pak nanang sebelum memulakan perjalanan

Hari kedua, kami memulakan perjalanan ke bandung. Aku dah excited macam hape lagi. Sepanjang perjalanan, macam biasa, aku lebih banyak membuta dari melihat pemandangan sekeliling. Pak Rohman banyak ikut jalan kampung. Ada satu-satu tempat tu, boleh tengok orang berjual. Buah evokado dengan ubi keledek tersusun rapi. memang nampak best ah. Dah rupa orang terencat kami di buatnye bile setiap kali nampak benda yang menarik di mata, mesti nak menjerit. Stress pak rohman dengan kami agaknya. Sabau banyak-banyak ye Pak Rohman.

Cerita hari kedua bersambung di entri seterusnya okeh =)









Wednesday, November 4, 2015

BAJET TRIP KE BANDUNG PART 1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, 7 Oktober 2015 hingga 11 Oktober 2015, aku berjaya menjejakkan kaki ke Bandung Indonesia buat pertama kalinya. Sebenarnya orang yang beriya nak ke Bandung adalah kawan baik aku masa sekolah. Tapi akhirnya beliau yang tak dapat pergi sebab ada masalah yang tak dapat di elakkan. Dari November 2014 kite orang dah start cari tiket flight, tempat penginapan, supir dan tempat-tempat yang nak di lawat nanti. Nama pun percutian bajet, memang wajiblah buat research awal. Kami plan nak gamble je bila sampai Bandung. Konon-konon nak bagpackers sangat kan. 

TOUCHDOWN KAT AIRPORT BANDUNG


So dalam bulan Januari, kami dapat tiket flight Air Asia berharga RM187 untuk pergi dan balik. So, sesape yang memang nak  buat percutian bajet ni, korang memang kena rajin intai tiket flight promosi, Tapi harus di ingatkan, tiket flight promosi ni waktu penerbangan dia akan sentiasa berubah di atas faktor-faktor tertentu. Tau-tau je ko akan dapat email dari Air Asia bagi tau masa penerbangan korang terpaksa di tukarkan. Kite orang sendiri empat kali tukar timing. So, planninglah cuti sebaik mungkin. Kang ada yang tak dapat cuti pulak.

Hotel dengan supir, kami cari lagi sebulan setengah nak berlepas. Sebab nak buat perbandingan harga. Kalau pergi untuk pertama kali macam kami ni, memang kena rajin tanya orang yang dah pernah pergi Bandung untuk mengelakkan kena tipu. Selain tu boleh juga google. Ramai blogger yang share pengalaman travel dorang. Dari situ, dah ada sikit knowledge pasal tempat yang kita nak lawat.

PEMANDANGAN DALAM RESTHOUSE CIWULAN 36
Kami cari tempat penginapan kat Booking.Com. Alhamdulillah kami dapat resthouse yang selesa dengan harga yang murah untuk tempoh 4 hari 3 malam. Gambar suasana bilik aku tak sempat nak snap tapi memang sangat puas hati. Staff ramah siap bagi aku bawak skuter dia lagi. Dekat dengan kedai dan restoren. Senang nak pergi beli barang dan makan. 

Memang Kami pergi time ringgit malaysia tengah jatuh dan tak naik-naik. Kat situ dah rugi. Sebelum ni, kalau tukar duit IDR1juta baru dua ratus lebih je. Tapi masa kami tukar hari tu dah mencecah tiga ratus lebih.

Barang yang paling penting korang kena bawak, extension plug yang ada dua kaki. Kat Indonesia tak ada plug tiga lubang tu tau. Aku tau pun sebab baca dari blog orang lain. Lepas tu plug dorang bulat, bukan berpetak petak macam kat malaysia. Aku rasa plug jenis bulat macam tu memang tak ada kat malaysia. 

JENIS PLUG YANG DI GUNAKAN DI INDONESIA


Kami bawak plug dua kaki yang empat segi tu. Membantulah jugak daripada tak ada. Kalau tak, menangislah korang tak dapat caj telefon. Tapi jangan risau kat sana plug bulat tu ada di jual di ALFA MART. 

Hari pertama kami sampai di Bandung, Pak Supir dah siap menunggu kat pintu keluar. Destinasi pertama kami adalah Jakarta. Cerita pasal Jakarta tunggu next entri. Mata dah berpinau. Hehehehe..
Assalamualaikum



Monday, November 2, 2015

Berakhirnya kisah Johor Bahru 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kami semua selamat kembali ke tempat asal masing-masing. Tiga bulan lepas aku ada cerita kat entri [klik sini] sama ada keputusan yang management buat akan berubah atau tak. Jawapannya memang tak. Aku dan Fiqa balik ke branch masing-masing pada 1 ogos. Wan balik ke branch dia 6 ogos tak silap. Aku pun dah lupa. Cerita tiga bulan lepas, sekarang baru nak update. Yang kekal kat JB Nadhir sorang. Tapi management hantar orang lain untuk gantikan aku dengan Fiqah. Sadis gak mase dapat tau result tu tapi nak buat macam mana kan... Redha je la.

Malam terakhir, sempat lagi kami melepak kat rumah kak sara. Raya tak habis lagi time tu, kira kami semua datang berayalah. Family kak sara jamu kami chicken chop dengan mee hailam. Memang thorbaek, lagi pulak makan free. Hahahahaha.. Dasar orang suka makan free memang macam ni. 

Kalau boleh aku tak nak masa berlalu dengan cepat sebab tak sanggup berpisah dengan dorang. Kami semua dah macam satu keluarga. Masing-masing dengan perangai pelik yang suka menyakat orang. Buat kerja tanpa pengawasan bos dan mengikut pengalaman masing-masing. Menarik. Dengan aku yang suka melawan cakap officer =P Maaf la sape yang jadi officer aku tu. Sape suh muda dari aku, aku ni memang spesis degil kepala batu. Hehehehehe

Alhamdulillah, segala pengalaman yang aku dapat kat sana aku share dengan kawan-kawan kat branch aku. Sebab aku rasa, banyak benda yang branch lain buat tapi branch aku tak buat. Hahahaha. Masa mula-mula memang pening kepala  nak ikut. Naik hangin di buatnya. Aku ni dah terbiasa dengan kerja senang yang di terapkan oleh officer aku. Jadi sampai kat sana pun aku nak buat keje yang senang dan cepat. Hahahhaa. Nasib baik la budak-budak tu sabar je dengan kerenah aku. Kalau orang lain mau dia mintak management hantar aku balik dulu.hehehehe

Alhamdulillah, walaupun kami dah balik cawangan masing-masing, kami still keep in touch. Tanya khabar. Tapi hari pertama dekat branch sendiri, memang rasa rindu gila kat dorang. Macam tak biasa dengan suasana yang sebelum ni dah terbiasa. Selama dua bulan kami sarapan kat hotel sama-sama, pergi kerja jalan kaki sama-sama, balik kerja sama-sama, makan malam sama-sama, outng sama-sama, pendek kata, kami berempat memang sentiasa berasama-sama. First week tu memang susah jugak la aku  nak lupakan kenangan kat JB. Entah apa la specialnya dorang nih.

Yang aku tau aku anggap dorang semua macam family sendiri. Sayang dorang macam adik beradik sendiri. Sampai sekarang aku still ingat kenangan kami kat sana. Peristiwa-peristiwa yang buat kite orang gelak mengilai-ngilai =D

Aku kat sini cuma mendoakan yang terbaik untuk semua. Semoga kami dapat berkerjasama sekali lagi, jadi kawan dan keluarga sekali lagi. Walau kat mana pun dorang berada, mereka tetap di hati =)

Adiosssss...


Saturday, July 25, 2015

BILA HATI TIDAK INGIN PULANG

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di donia. Maaf la. Lately hagak sibuk yang sengaja di adakan. Kehidupan berubah 360 darjah. Perubahan drastik yang aku sendiri tak pasti bagus untuk aku atau tak. Huhuhuhu...Teruk tak....

Tapi Alhamdulillah, aku kembali untuk memulihkan perubahan 360 darjah tu kepada 90 darjah. Padia la hang dok beletiaq 360 darjah 90 darjah cek oiiiiiii... Tak apa kita abaikan dulu perubahan perubahan yang tak membawa kesan kepada dunia ni.

Aku masih lagi kat JB. Semalam baru ja dapat news, Insyaallah kami akan balik ke tempat asal masing-masing next week. Tapi tetiba hati rasa tak happy nak balik. Dah pasai pa??? Hari tu dok kalut sangat nak balik.

Cita dia, tak semua yang akan dapat balik, ada yang perlu tinggal kat JB untuk sementara waktu lagi. Tu yang menyebabkan hati kami tak seronok untuk balik ke tempat masing-masing. Masa mula-mula kami datang dulu, kami dah janji datang berempat dan balik pon mesti berempat. Kami lalui susah senang sama-sama kat sini. 

Yang paling banyak bantu aku dengan Fiqa, mamat dua orang tu la. Sebelum aku datang bawak kereta, dorang la yang selalu hangkut kami keluar makan. Kami sakit pun dorang jugak yang tolong carikan ubat. Dengan staff kat sini pun kami dah anggap macam keluarga. Boleh di katakan kami semua agak rapat walaupun baru dua bulan kenal. 

Bila dapat tau keputusan semalam salah seorang daripada kami confirm kena stay kat sini, aku tiba-tiba jadi tak happy, Sebab aku tau job kat sini macam mana. Kesian kat dia kalau dia yang stay sorang-sorang, nak arrange semula tugas dan macam-macam lagi. La ni kami semua cuma berharap management akan ubah balik keputusan dorang. Tapi seandainya keputusan masih sama, kami semua kena terima semua ni sebagai ujian dari Allah sebab Dia yang tahu hikmah di sebalik semua ni.

Masih ada lagi seminggu hopefully keputusan tu akan berubah. Aminnnnn.. 

Thursday, June 4, 2015

Apakah yang menarik di Johor Bahru?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..hari ni aku di beri kekuatan untuk bukak laptop yang dah berhari duduk dalam peti besi. Ape kes laptop duduk dalam peti besi? Haaaaaa..nampak tak ciri-ciri keselamatan yang aku terapkan dalam diri? (puihhhh!!!)

Aku dah hari kelapan jadi musafir kat Johor Bahru. Musafir la sangat. Dah company hantar aku ke sini, aku pegi je la. Duduk kat hotel haruslah aku simpan harta aku yang tak berapa nak banyak ni baik-baik kan sebab cleaner anytime boleh masuk. 

Lapan hari kat sini aku baru sempat pusing-pusing cari mesin ATM je kat area hotel. Huhuhuhuhuhu...Bak kate bos kat sini, "Hotel yang awak duduk tu, dato je yang masuk" Mane la aku tau dato ke nenek yang masuk. Bukannya aku yang pilih. Orang dah bagi hotel ni takkan aku mengada mintak hotel murah, konon aku pekerja yang tak suke membazirrrrr???

Nak google pun aku belum sempat. Nak pegi mana pun aku tak tau. Aku rasa hotel aku ni dah kat tengah bandar tapi belum nampak lagi tempat yang menarik selain dari katil hotel nih. Hahahahhahaha. Nampak tak kat situ aku ni memang kuat membuta.hehehehehehe

So, mane2 orang JB yang suggest le kat aku mane nak pegi. Tapi jangan tempat yang jauh-jauh sebab aku naik public transport jeh....

Okeh..kite sambung di entri yang lain. Assalamualaikum..


anda mungkin meminati: