Bismillahhirahmanirrahim....
I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dulu, selain sebab aku suka menaip dan menulis, aku nak buat side income, macam cik epal tu. Tapi tak sedo diri. awak tu blogger sendu. Akhirnye kite jadi la blogger syok sendiri. Huhuhuhuhu. Last update pun 2020 itu pun topik nak tuka nama blog. Lepas tu menghilang lagi. Selepas tahun 2020, zaman covid mase ni, banyak benda yang berlaku. Ye lah lima tahun mesti la macam-macam berlaku. Even post terakhir aku sebelum 2020 tu pun last update 2016. Banyak perkara yang terjadi. Aku sebenarnye suka menulis kat diari. Aku luah semua apa yang aku rasa kat situ. Entah dari mana startnya aku mula malas menulis. Actually menulis salah satu aktiviti healing aku since sekolah. Mungkin sebab tak ada kesungguhan atau pun culture shock setiap kali aku berhijrah ke satu tempat ke satu tempat dan bertambahnya usia.
Tapi lately ni rase nak menulis tu semakin membuak-buak. Banyak benda yang nak di cerita tapi macam tak ada orang dan waktu yang sesuai nak bercerita. Kadang-kadang bile bercakap dalam hati, semua lancar je, ye la cakap sorang sorang kan. Tapi bile kite nak bercerita kat orang, eh jadi lain pulak. Mungkin sebab memang itu adalah sifat yang ada pada diri aku. Jadi rase nak bercerita tu terus terbantut.
Bila aku menaip bukan la nak orang baca apa yang aku tulis dan memahami apa yang aku cerita. Dia dah jadi lebih kepada self healing sekarang ni. Bila aku tengok semula post aku masa awal-awal buat blog, owh banyak rupanya kenangan yang memang aku tak mampu nak ingat. Setiap kali ada kejadian yang aku rasa menarik dikongsi, mesti esoknye aku terus update blog. Tak ada rasa nak jadi influencer ke ape.
Kadang-kadang ade benda yang kite nak bagi tau kat seseorang tetapi tak terluah atau tak boleh pun nak luah. Ada juga moment yang aku tau tak boleh diulang tapi aku nak moment tu sentiasa ada dalam ingatan aku, so aku pilih untuk menulis atau menaip.
Umur pun dah nak masuk 40...ajal pun makin dekat. menaip la aku secara berkhemah harapnye. Sekadar menjadi tempat untuk aku healing. Inshaallah
No comments:
Post a Comment