Assalamualaikum w.b.t
Semalam dah buat entri Sungai Petani part 1, hari ni kita sambung part 2 pulak ye. Cuma nak share apa yang aku buat sepanjang berada kat Sungai Petani selama satu setengah hari.
Selepas majlis Haida dengan Mad, kami-kami semua balik tido. Dekat nak maghrib baru bangun balik. Sebab dah janji dengan kak Poja nak pegi makan ikan bakar kat Tanjung Dawai. Tak sangka pulak apa yang kite orang sembang dalam facebook jadi kenyataan.Sang pengantin punya la jeles sebab tak dapat join. Kesian. Next time je la. Tak kan dorang nak join, karang kena pelangkung dengan bapak baru tau.
Lepas solat maghrib kami bertolak ke Tanjung Dawai yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari rumah pengantin. Excited gila masa on the way ke sana. Bila lalu balik jalan yang aku selalu guna masa study dulu, teringat la kenangan silam. Aku merempit dengan skuter oren milik orang lain, aku pinjam je. Hehehehehe. Bila lalu depan UiTM lagi la aku excited. Dah banyak yang berubah. Pokok getah dah di gantikan dengan pokok sawit. Yang dalam UiTM belum sempat di terjah. Plan nak pergi keesokan paginya.
Kak Poja dengan Che Zaire dah sampai dulu kat Tanjung Dawai. Dorang melepak kat tepi Pantai Merdeka. Korang tau tak lagu Cinta Pantai Merdeka? Kite orang kat pantai tu la. Sepanjang pantai tu ada banyak restoren. Restoren yang menjadi pilihan kami adalah, restoren yang kite orang pergi tiga tahun lepas masa bulan ramadhan. Meja pun dah banyak yang berubah. Nak duduk bersila boleh, duduk atas kerusi pun boleh.
Bila dah jumpa kak poja dengan che zaire, kite orang pilih meja. Lepas tu order. Saat memilih ikan yang aku tunggu-tunggu sebenarnye. Best woooo..
![]() | |
Wawa dan Zaire pilih ikan. |
Masa pilih ikan, Che Zaire yang pilih semua. Aku pun bukan kenal sangat semua ikan yang ada. Yang aku kenal ikan siakap, kerapu, udang, ketam, kerang dan sotong. Kalau tanya aku nama-nama ikan memang fail la jawabnye. Jadinya Zaire memilih ikan siakap dengan ikan jenahak. Ikan siakap masak tiga rasa dan jenahak pulak di bakar.
![]() | ||
Gaye aku memilih ikan. Gaye je la.. |
Berlakon je lebih aku ni. Dok kuis-kuis je ikan tu. Zaire suruh aku ambil lagi sekor ikan, terasa banyak sangat la pulak. Kalau tak habis membazir je nanti.
![]() | |||
Laila posing dengan Udang. |
Laila posing dengan udang je. Tapi kite orang tak ambil pun udang. Kami pilih sotong goreng tepung. Rangup gila. Memang terbaeeekkkkkkk!!!!!!
Sementara tunggu makanan sampai, Laila ajak kite orang ke satu kedai kat tepi jalan masa on the way ke restoren ni. Sape yang nak beli keropok, belacan, cencalok, dan macam-macam lagi, boleh la pegi kat situ. Ada macam-macam jenis produk hasil laut di jual. Aku tengok ikan masin pun dah terkeliur. Hahahahhaa
![]() |
Dayang, Wawa dan Laila tengah memborong. |
Laila dah bagi tau awal-awal yang dia nak beli ikan pekasam. Aku dengar ikan pekasam, terliur juga di buatnya. Tapi setahu aku, aku bukannya makan sangat ikan pekasam. Untuk menghilangkan rasa teringin aku beli la satu peket ikan puyu pekasam berharga RM4.. Murah je kan. Lepas tu aku beli sotong yang nipis-nipis tu. Aku tak ingat apa namanya. 3 bungkus RM10. Jimat. Tegah pilih-pilih barang, aku nampak makhluk comel ni.
![]() |
Makhluk tuhan paling comel |
Aku tak tau la anak sape, aku main ambil je gamba tanpa kebenaran. Budak ini sangat sangat sangat tembam. Rasa macam nak cubit je pipi dia tu. Lepas aku ambil gambar dia, tetiba keluar suara. Ada hati nak bersembang rupanya. Mesti dia nak cakap "suka-suka ambil gamba tanpa kebenaran" hahahahhaha..Ade ah kak kesah dikk????
Dah selesai membeli belah, kami balik semula kat restoren. Sampai je tengok semua lauk pauk dah terhidang. Dengan haruman yang menyelerakan. Tak sabo aku nak kedarah semuanya. Hahahahhaha.. Perangai buruk lantak aku dah datang.
![]() | ||||
Sesi mengenyangkan perut. Aku tak da dalam gamba ni sebab aku yang amik gamba. |
Makanan kat sini hagak sedap la. Tom Yam dia memang buat aku rasa macam nak tapau. Memang best...Ada rasa masam-masam manis. Ikan dia pun best. Cuma ikan siakap tu rasa dia kureng sikit sebab ikan bela. Sotong goreng tepun pun boleh tahan. Memang rangup bila masuk dalam mulut. Sambal belacan dia pun power. Tak cukup kau..Hahahahha
Sambil makan sambil sembang. Kalau tercekik tak tau la aku. Tanya perkembangan masing-masing la especially Che Zaire sebab dia je kite orang jarang contact. Kak pOja mesti la tau perkembangan dia kan. Kate buah hati. Hahahahhaa..
Dah habis makan mesti la kena bayar kan. Sekali Che Zaire kate, kite orang bagi sorang RM10 je yang lebih biar dia bayar. Waaaaa..kalau aku tau die nak bayar, memang aku amik ikan lagi sekor. Hahahaha.. Pape pun time kasih la Che Zaire..Jasamu di kenang.
Memandangkan jam baru menunjukkan pukul 10 lebih, Che Zaire ajak pergi ke satu tempat. Nak tau tempat tu kat mana??? Tunggu Sungai Petani Part 3 pulak ye. Jangan marah..=D
Comments
intanberlian: waaa..kite same la akak..
Fattah: Perlis tak da kawan dok sana..ahahhaa..