(sticky post) scroll down untuk entri yang terbaru..
Tetiba rasa sebak dan sedih lepas solat asar tadi. Bukan apa, tadi banyak baca blog yang publish entri yang menginsafkan. Aku sedar, banyak sangat dosa yang aku dah buat. Aku solat tu pun belum tentu di terima atau tak. Khusyuk ape tah lagi.
Sepanjang aku hidup ni, aku cuma nak cari keredhaan Allah s.w.t. Tapi bukan senang dengan hati yang dah penuh dengan titik hitam ni. Tiap hari aku cuba jaga hati aku ni jangan cepat marah, buruk sangka, iri hati, dendam kat orang lain. Sebab aku tau apa-apa pun bermula dari hati. Tapi aku sendiri tak tau rezeki yang aku dapat selama ni betul-betul berkat atau tak. Kalau rezeki yang aku dapat selama ni tak berkat, tak guna juga. Pokok pangkalnya aku kena bermula dari bawah.
Pada kawan-kawan yang mengenali aku, aku mohon ampun dan maaf kalau entri aku ni ada buat korang sakit hati dan terasa. Kalau aku silap, tegur lah aku. Bimbing la aku agar aku tak selamanya berada dalam kesilapan. Tujuan aku buat blog ni sebab nak berkongsi ilmu selain daripada berkongsi masalah. Mudah-mudahan aku dapat nasihat yang membina yang dapat mendekatkan diri aku dengan Allah.
Pada kawan-kawan sekalian, terima kasih sebab menjadi rakan aku walaupun di alam maya. Terima kasih di atas nasihat kalian dan ilmu yang berguna yang korang kongsi dari entri masing-masing. Cuma yang aku mintak, aku ini insan yang lemah lagi hina, tegur la aku sekiranya aku terleka dengan keseronokan duniawi ni, sedarkan la aku sekiranya aku menyakiti insan-insan seagama dengan aku. Siapa la aku kalau tak ada orang yang membetulkan kesilapan dan kesalahan aku..
Comments
kadang2 aku, ada jugak terpesong dari jalan lurus ini.. tp kawan2 lah yg banyak membentuk jalan ini
Redha perlu dicari bukan dinanti kan cyg....
salam ukhuwah
dia akan bagi, tapi sebelum meminta tu, kenalah bersih diri, hati kena ikhlas, macam kita sembang dengan ibu, "ma, cheQ nak beli empom baru leh tak mama?" , masa ni nada lembut betul kan, so ng ALLAH pn samalah, kita kenalah jadi umat yang baik, baru dia bagi.
moral of the story, hati da insaf, sekarang masa untuk diri bergerak mencapai redha tu.
Nadh mendoakan. :D