Sunday, May 26, 2013

Sepatutnya 3 jam dah sampai, tapi sekarang masih lagi tak sampai-sampai.....hmmmmmmm

Assalamualaikum w.b.t

Rupe-rupenye cuti tiga hari pun ramai orang balik kampung kan. Aku sendiri masih lagi salam bas sambil menaip entri INI. Perjalanan yang sangat panjang di sebabkan oleh jem di setiap trafic light. Sepatutnya pukul 8.30 pm dah sampai. Sekarang dah pukul 9.10 pm aku dan bas masih lagi kat mana atas jalan raya yang aku pun tak tau kat mana sebab aku dah malas nak tengok sign board. Nak tido pon mata tak mengantuk....

Nasib baik aku keluar dari rumah awal. Rupa-rupanya depan rumah aku pun jem. ALmaklum la, ade jambatan sempit, dengan insan-insan yang tak tahu bersabar, yang hanya tahu potong barisan. Sepatutnya tak perlu jem beriya dah jadi jem beriya-iya.

Nasib baik broadband aku berfungsi dengan baik dalam bas. Tak ada pulak dia nak tersangkut2 macam selalu. Bagus bagus.. Tapi ahzab sikit la menaip dalam bas ni. Aku dah la tak boleh menaip dalam bas, serta merta kepala aku akan pening dan terasa mcm nak muntah. Driver bas ni pon dah bawak macam orang kurang sihat. Bayangkan la macam mana keadaan aku menaip dalam bas dengan keadaan bas yang bergoyang sana bergoyang sini. Laptop memang aku tekan kuat-kuat tas riba, takut terlepas kat lantai bas..huhuhuhuhuhu..

Aku tak tau la siapa yang biadap sangat merokok dalam bas. Kalau tingkap bas boleh di buka x mengapa la jugak. Ni bas yang ada air cond. Lemas aku. Si driver ni asik bersiul je. Entah lagu apa yang dia nyanyi aku tak fhm Bukan bahasa melayu ok. Kalau sedap tak mengapa. Bantai la...Nak buat macam mana, dah kau yang bawak bas ni. Kalau aku yang bawak, memang aku halau kau turun dari bas...

Agaknya si driver ni tahu semua penumpang kesunyian, skali dia pasang radio dalam bahasa dia. huhuhuhuhuhuhuhu.. Mak peningggggggg...Kami tak perlukan radio anda. Awak dengar sorang-sorang dah la..

Cepat la sampai..Mal dah tak lalu duduk dalam bas ni..=(


Thursday, May 2, 2013

English Cotton Murah!!!

Assalamualaikum w.b.t

Nak tanya, korang dah start cari BAJU RAYA ke belum? Ada sesape yang berminat dengan English Cotton????

Kalau ada yang berminat dengan kain Englsih Cotton, mak nak suggest korang masuk page ni Oli-Go . mak ade ade buat bisnes kecil-kecilan menjual kain pasang. Dah dekat nak raya ni haruslah mencari duit raya kan.

Kalau berminat boleh email ke norliamohdyusoff@yahoo.com. ataupun tinggalkan komen ok. Nanti mak akan hubungi uolls semula kkk...

Harga sepasang RM40 termasuk dengan postage sekali. Penghantaran di buat seminggu sekali. Nanti mak buat entri tunjuk kat korang kain ela tu ye..Tunggu tauuuuuu...Tengok dulu kat page mak eyh.....

tata titi tutu..


p/s: sorry tergedik lebih guna bahasa maknyah pulak hari neh..kehkehkeh..


Sunday, April 14, 2013

~Update Blog Dengan Semug Teh Lipton Kurang Manis~


Assalamualaikum w.b.t...

Entri hari ni bukan berkaitan dengan iklan Teh jenama Lipton hokey...Saje nak membebel tak tentu pasal sementara nak tunggu mata ni terlelap. Sepatutnya waktu macam ni mata aku memang dah tak boleh nak bukak, tapi malam ni pelik pulak. Semalam semalaman aku tak tido. Tido-tido ayam je gara-gara secawan kopi cham yang aku minum di Old Town White Coffee..Tak sangka effect dia begitu kuat sampai aku tak tidur. 

Semalam aku jumpa dengan blogger WANEY ZAINUDDIN kat Old Town. Bincang pasal bisnes. Aku nampak iklan dia kat blog Ben Ashaari. Aku try email dia dulu, rupanya rumah kami tak jauh mana pun. So, kak waney decide untuk berjumpa malam tadi. Bisnes yang agak menarik dan boleh mendatangkan income yang banyak. I try my best..sebab dah nak raya kan. Nak cari duit lebih sikit.

So, sesiapa yang nak tau lebih lanjut tentang bisnes tu boleh klik dekat link kat atas. Mana tau lepas ni korang pon boleh dapat income manyak-manyak macam kak waney...

Nak tido dah..Selamat malam dan Assalamualaikum...

Sunday, April 7, 2013

First Cerpen

Assalamualaikum w.b.t..

Aku dah post cerpen pertama aku untuk part satu. Tapi minta maaf sangat-sangat sebab mungkin banyak kekurangan di situ..Dah tak larat nak edit..Mate pon dah mengantok...Insyaallah lepas ni aku akan buat yang lebih baik...

So, selamat memabaca, kalau nak komen, boleh je...boleh improve penulisan aku..Aku terima seadanya =) 

Nak cari orang untuk membantu untuk adjust blog aku yang bersepah ni...Okey chow dulu, sok kerja...Assalamualaikummm  =)

~Tak Ketahuan~ Dalam Kepala nak buat Macam2 tapi Semuanya Tidak Seperti Yang di Rancang...

Assalamualaikummmm....=)

Apa kaba semua???? Gaya macam cakap dengan peminat la kan. Post tittle memang panjang tak hengat. tapi memang itu lah kenyataannye sekarang...Hari minggu macam ni ingat nak rehat kat rumah, tapi itu semua hanya angan-angan kosong..

Masuk je hari sabtu aku pegi bantai main bowling dengan insan-insan kesayang. Balik dari main bowling aku bantai pulak tengok My Name is Sam Soon. Sape yang layan cerita korea tau la...

Plan sebenar nak update blog, nak tambah apa-apa yang patut & nak buang apa yang tak patut..Tapi lain pulak jadi nye kan. Aku ni memang la pendirian tak tetap.. Ade je yang terbabas...Hari ni pon ingat nak laksanakan niat tak kesampaian tu, tapi tak kesampaian lagi sekali..

Sejak berkerja kat tempat baru ni, badan memang cepat letih.. Kalau balik kerja mata senang je nak terpejam. Dulu aku cuma dengar kawan aku merungut je, sekarang aku sendiri yang dah rasa....

Begini rupanya kerja dalam ofis yang beraircond duaploh empat jam..Aku ni pula jenis tak tahan dengan aircond..dah lama tak joging badan pun dah jadi lesu...Umur pun dah meningkat..Macam-macamkan...

Kalau dulu aku selalu post entri dekat ofis, tapi sekarang tak lagi...=) Kalau nak post entri dah buleh buat kat rumah tu pun kalau mata ni tak terpejam awal. Aku ni pantang kalau nampak bantal...Tak tau la nak buat macam mana dengan penyakit aku ni...hehehehehe

Insyaallah aku akan tambah page...Nak meneruskan hobi aku dari sekolah dulu...So tunggu je la..Cepat atau lambat Insyaallah pasti ada...Page tentang apa itu rahsia dulu..Harap-harap dapat menghiburkan hati orang...=)

Okeylah...hari ni tak de niat nak buat entri panjang berjela...Assalamualaikum  =)


Thursday, April 4, 2013

~Ucapan Selamat Malam~

Asssalamualaikum........

Mata dah mengantuk tapi hati rasa nak meluahkan perasaan sambil layan lagu Maher Zain yang rasenye second time kot aku dengar. First time aku dengar, rasa macam tak sedap. Entah macam mana malam ni, dok mencari resepi untuk breakfast pagi esok, tetibe muncul lagu ni dari blog teratakdhia.blogspot.com sedap di dengar. Dah memang pesen aku suke dengar lagu  yang sama banyak kali sampai pekak kan...Memang selagi aku tak tido, lagu ni akan berkumandang kat telinga. Mau cair najis telinga. Konon sopan la guna perkataan najis tu...

Selepas berbalas komen dengan kengkawan di pesbuk, selepas post kata-kata maaf di pesbuk, hati ni rase sayu tetibe. Dan dan kan..tau la tengah dengar lagu Maher Zain.. Lagu ni tak sedih sebenarnye, tapi hati rasa sayu bile teringat kisah-kisah silam...Dosa-dosa dulu...Entah berapa lama lagi usia kat muka bumi ni. Sempat ke bertaubat??? Semua soalan terlintas kat kepala.

Rasanya banyak benda lagi yang aku tak buat. Terutama sekali kat mak dengan abah la. Tak tau sempat ke tak..Mudah-mudahan segala niat murni di permudahkan. Bila tengok kejayaan orang lain, hati ni teringin nak jadi macam dorang. Tapi tak tahu dari mana nak di mulakan. Usia yang makin meningkat mengingatkan pada asal-asul. Tambahan pula ada kawan-kawan yang telah di jemput kembali kepadaNYA..

Terkeliru juga dengan urusan di dunia. Sedar akhirat perlu di utamakan. Kadang-kadang,  kesusahan telah menyebabkan aku lupa tujuan hidup di dunia dek kerana ceteknya ilmu dan nipisnya iman. Hanya mampu berdoa dan berharap semoga mendapat petunjuk dariNya..

Jadi sebelum tido, aku mohon ampun dan maaf pada kawan-kawan semua...semoga hari esok lebih baik dari semalam..mata pun dah semakin layu....Semoga di beri kesempatan untuk menaip lagi..Insyaallah....Assalamualaikum..


Thursday, March 7, 2013

Journey to Port Dickson

Assalamualaikum.......

Hohohohohohoho...tetiba aku nak jadi Santa Clause kan....Actually, sekarang aku berada dalam bas city liner menuju ke Port Dickson. Perjalanan bermula jam 9 pagi tadi dengan menaiki komuter ke KL Central..Kemudian tukar train menuju ke Seremban dan sekarang dalam bas untuk menuju ke Port Dickson. Kalau masuk explorace ni mesti boleh menang...

Perjalanan yang tak memenatkan ni bertujuan untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan baik aku masa study dulu pada esok hari. Aku sengaja datang awal, ambil berkat, mane la tau lepas ni turn aku..Hehehehehehehe...Datang dah menggatal aku....

Duduk dalam bas ni aku tak tau nak buat apa, so aku pun bukak laptop dan menaip. Tadi ada la mat myanmar nak duduk seat sebelah aku, siap tanya lagi "boleh duduk?" Aku buat muka pelik, nak cakap "tak boleh" apa hal aku. Bukannye bas ni bapak aku yang punya kan...So aku cume buat muke tak ikhlas tanpa menjawab soklan die..hehhehehehhe...Aku ingatkan budak sekolah sebab dia pakai uniform budak sekolah menengah..Sabar je la aku...Nasib baik die tergerak hati untuk tukar tempat...Dia paham la makna tersirat memek muka aku tu kan. Hehehehe..La ni auntie India yang duduk sebelah aku..Selamat la sikit kot. Daripada mamat Myanmar tadi. Kang terlaga sana terlaga sini, bahaya tu...

Doakan aku selamat sampai dan dapat memeriahkan majlis kawan baik aku tu. Opsss..lupe pulak, nama bakal pengantin Nur Dalila dan Midi.. Actually aku tak tau full name pengantin lelaki walaupun dah di bagi kad....hhehhee..Sorry la Ila..Tak pa, sat lagi kite jumpe neh...Babai..

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...