Skip to main content

~Tak Ketahuan~ Dalam Kepala nak buat Macam2 tapi Semuanya Tidak Seperti Yang di Rancang...

Assalamualaikummmm....=)

Apa kaba semua???? Gaya macam cakap dengan peminat la kan. Post tittle memang panjang tak hengat. tapi memang itu lah kenyataannye sekarang...Hari minggu macam ni ingat nak rehat kat rumah, tapi itu semua hanya angan-angan kosong..

Masuk je hari sabtu aku pegi bantai main bowling dengan insan-insan kesayang. Balik dari main bowling aku bantai pulak tengok My Name is Sam Soon. Sape yang layan cerita korea tau la...

Plan sebenar nak update blog, nak tambah apa-apa yang patut & nak buang apa yang tak patut..Tapi lain pulak jadi nye kan. Aku ni memang la pendirian tak tetap.. Ade je yang terbabas...Hari ni pon ingat nak laksanakan niat tak kesampaian tu, tapi tak kesampaian lagi sekali..

Sejak berkerja kat tempat baru ni, badan memang cepat letih.. Kalau balik kerja mata senang je nak terpejam. Dulu aku cuma dengar kawan aku merungut je, sekarang aku sendiri yang dah rasa....

Begini rupanya kerja dalam ofis yang beraircond duaploh empat jam..Aku ni pula jenis tak tahan dengan aircond..dah lama tak joging badan pun dah jadi lesu...Umur pun dah meningkat..Macam-macamkan...

Kalau dulu aku selalu post entri dekat ofis, tapi sekarang tak lagi...=) Kalau nak post entri dah buleh buat kat rumah tu pun kalau mata ni tak terpejam awal. Aku ni pantang kalau nampak bantal...Tak tau la nak buat macam mana dengan penyakit aku ni...hehehehehe

Insyaallah aku akan tambah page...Nak meneruskan hobi aku dari sekolah dulu...So tunggu je la..Cepat atau lambat Insyaallah pasti ada...Page tentang apa itu rahsia dulu..Harap-harap dapat menghiburkan hati orang...=)

Okeylah...hari ni tak de niat nak buat entri panjang berjela...Assalamualaikum  =)


Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)