Monday, October 10, 2011

"Aku Gatal"

Assalamualaikum w.b.t


Statement berani mati nampak??? Gilo ke ape aku ni? Kalau ye pun tak de orang nak toksah la buat ayat berani mati macam ni ye dak???


Bukan aku yang gatal, tapi semalam masa aku on the way nak balik Puchong, aku di serang kegatalan yang teramat sangat. Aku bergaru dah macam beruk, beruk pun kalah aku rasa. Memang betul-betul sengsara.


Sebelum aku naik bas, aku makan daging masak dendeng. Aku memang alergik dengan daging. Aku dapat penyakit ni dua tahun lepas. Tak tau la nape tetiba tak boleh makan daging. Mula-mula ok lagi, aku still boleh makan burger daging kat Mc'D dengan A&W. Lepas tu tak boleh dah. Tapi rendang dendeng tu still boleh makan sebab masa raya tu aku makan ok je. Semalam bila aku makan rendang dendeng tu, gatal-gatal tu naik satu badan. Bermakna sekarang ni aku tak boleh makan daging lembu langsung. Sadis....


Lepas ni orang makan aku boleh telan air liur je la..Aku rela telan air liur daripada menanggung gatal yang teramat sangat tu.. 




p/s sepatutnya aku dah post entri ni malam tadi, tapi gara-gara mat bangla bengong tu, aku terpaksa post pagi ni..

Friday, October 7, 2011

Esok Aku Outstation k. Jumpe Balik Hari IsninAs

Hallo hallo hallo (kekurangan sopan aku dah tiba)


Esok aku outstation dua hari. Jumpe balik hari isnin k. Isnin aku dtg terjah semua blog korang. Tinggalkan blog dua hari rasa macam dua tahun. huhuhu... ok la, aku nak tido. Mengantuk sudah. Good Nite =)



p/s aku outstation balik kampung. muahahahahahhaaha,..



Siapa Follower Aku Yang Ke 100???Angkat Tangan Cepat...

Ini entri melekat oke..sile scroll ke bawah untuk tengok entri yang berikutnya. tq =)


Assalamualaikum w.b.t

Sape agaknye follower aku yang ke 100 ye? Nak buat surprise la kat orang yang ke 100 ni..Biar sampai bile-bile aku igt die kawan aku yang ke 100.. Cepat-cepat..sape nak jadi orang yang ke 100???

Siapa yang jadi follower aku yang ke 100, sila email aku dengan kadar segera k. Email siapa yang masuk dulu itu lah orangnye...ni email aku norliamohdyusoff@yahoo.com.

Sila tinggalkan link, nama penuh oke...=)

Thursday, October 6, 2011

Baru aku tau aku ni BAIK SANGAT.....Hahahahahaha

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Tu mesti ada yang tak puas hati bila baca tajuk entri aku. Sabo dulu, bace entri aku sampai habis baru korang tau apa yang di maksudkan dengan Baik Sangat tu.


Tadi masa aku pergi toilet, aku pandang cermin, lepas tu terus aku tergelak sorang-sorang. Nak kate aku tak betul la tu. Aku waras lagi, tetibe kenangan lampau aku menjengah ke kepala otak. Yang menyebabkan aku tergelak sebab aku dengan sahabat baik aku, Sazatul Ilya Suzaima, berlakon dengan jayanya di depan abah aku yang garang gile tu. Kalau la rahsia kite orang ni kantoi, mampus kena hempuk neh.

Nak di jadikan cerita, masa aku semesta 6, aku balik kampung pada cuti tahun baru. Pada hal baru je balik kampus mase tu. Bukannye dekat dari Kedah ke Perak. Mak aku pun hairan, baru je balik ke Kedah, dah nak balik ke Perak. Aku cakap kat mak, aku balik sebab kelas tak mula lagi. Padahal, aku dengan ilya ada rancangan len. Kite orang nak ke Ipoh pergi jumpa kawan. walau pun masa tu umo kite orang dah di kira dewasa, mak aku ni kalau tau aku merayau jauh-jauh memang die tak bagi. Bukan mak aku je, mak Ilya pun same. Terasa sangat la kite orang ni masih lagi kanak-kanak riang kan.


Masa tu Ilya pun study kat Ipoh, pak we aku pun orang Ipoh jugak. Tu mase dulu k. Sekarang i single. Muahahahaha...Tak da masa nak berjiwang dah. Aku pergi Ipoh bukan je nak teman kan Ilya tetapi nak jumpa pak we aku skali. Aku dah beli tiket siap-siap untuk ke Ipoh nek bas transnasional. 

Bas yang aku naik tu pun akan ke kedah jugak tapi dia akan singgah ipoh dulu. Jadi tak de la nampak sangat aku menipu kan. Sebab aku beli tiket ke Ipoh bukannye ke Kedah. Tapi yang merisaukan aku, mesti abah aku hairan kalau nampak Ilya naik bas sama dengan aku, pulak tu duduk sebelah menyebelah. Abah aku kenal baik dengan Ilya, dah name pun kawan baik kan.

Maka kepala otak aku ni telah menyumbangkan idea gila kat Ilya. Aku suruh dia berlakon terserempak dengan aku mase kat stesen bas. Muahahahahahahaha.. Dah la aku dengan die tak reti berlakon. Kalau berlakon mesti nak tergelak bile tengok muka masing-masing. Masa kite orang buat-buat terserempak kat stesen bas tu memang dah kembang kuncup hidung aku sebab menahan gelak. Nasib baik la bas tu cepat jalan. Kalau tak..naye...


Itu la yang menyebabkan aku tergelak mase dalam toilet. Punye la baik kite orang ni. Sampai sekarang abah aku tau kegiatan jahat aku tu.. Kalau kantoi mau kena libas dengan kayu api. Hahaha.. Mak, abah Oli mintak maap tau. Sekarang dah buat macam tu lagi. Hehehehehe

Wednesday, October 5, 2011

Entri Khas Untuk Nur Fatin Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..

Hari ni pun aku nak buat entri untuk Fatin lagi. Bukan apa, kesian pulak chicken chop die tu tak bersos dan bercoleslow..Semalam seharian aku ingat balik macam mana nak buat sos chicken chop dengan coleslow tu. Hasilnya aku berjaya ingat macam mana nak buat coleslow je. Sos dia tu aku ingat rupe botolnye aje. Name dia aku tak ingat. Hahahahahaha..


Cik Fatin amik resepi ni cepat!!!!

Bahan-bahan

1. Kubis Putih
2. Bawang Besar
3. Lobak Merah
4. Mayonis
5. Gula
6. Cuka
7. Garam



Cara-cara

1. Kubis, bawang besar dan lobak di potong halus selepas di basuh.
2. Selepas di potong, masukkan gula, sedikit garam dan cuka. Kemudian gaul semua bahan-bahan tu sampai sebati. Dah siap. Sonang jo..hahahahha


Gula, garam dan cuka tu jangan letak terlebih, kang ade yang berulang alik ke toilet. Agak-agak je oke...

Sos tu kamu kena cari sendiri la Fatin. Akak betul-betul tak ingat nama sos tu. Al maklum la, kepala dah terhentak atas jalan..Hahahaha..Selamat Mencuba, Tenung-tenungkan =D




p/s marah pula prof izi kat aku..muehehehehehe

Tuesday, October 4, 2011

Entri Khas Untuk Nur Fatin

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,


Ini bukan wordless wednesday okey.. Seperti yang di minta oleh Si Awan Yang Terpilu, aku nak share resepi membuat chicken chop. Ni bukan resepi aku sendiri tau, aku belajar buat chicken chop  ni mase aku buat part time kat satu restoren ni tiap kali cuti semester.


meleleh air liur aku..


Ha, cik Fatin, akak dah bagi resepi ni sila la try ye, lepas tu panggil akak datang makan. Muahahahaha..Ha, amik kertas salin resepi bawah ni:


Bahan-bahan:

Telur
Lada Sulah
Tepung Kek
Garam
Sedikit Ajinomoto (jangan banyak-banyak nanti botak kepala)
Daging Ayam bahagian Dada
Kentang Goreng
Coleslaw

Cara-Cara:
1. Pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam dan ajinomoto. Pukul telur hingga kembang.
2. Ketuk ayam tu sampai jadi lebar dan nipis.
3. Celup daging ayam dalam telur kemudian gaul dengan tepung. Lepas tu goreng dalam minyak panas dan masih baru. Tekstur warna dia akan menjadi cantik. Jangan guna minyak ikan ok. Nanti kembang tekak.
4. Hidangkan dalam pinggan bersama dengan kentang goreng dan coleslaw. Settle!


Cara-cara nak membuat sos dan coleslaw tidak dapat di siarkan di entri ni, sebab dulu orang lain yang buat benda alah tu. Muahahahha. Fatin, kalau ko nak jugak cara buat sos dengan coleslaw tu ko cari je la kat dalam internet. Tak pun ko pegi la mana-mana restoren pastu ko tanye.Hhehehehhehe.. Jangan marah hokeh, nanti tak comel =D Tapi  buat coleslaw dengan sos tu tak susah sebenarnye. Akak je yang tak ingat. Hahahhaa

p/s: Sesape yang cuba resepi, lepas tu sakit perut, jangan salah kan aku ye.....

Cara-cara buat Insurans Kereta Baru untuk Customer....

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pelanggan yang di hormati hari ni aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak buat insurans kereta untuk kereta yang baru keluar dari kilang. Bukan kereta second hand na.....


Kebiasaannye kereta baru ni tak da NCD (No Claim Discount). NCD ni la yang akan mengurangkan korang punye bayaran insurans tiap-tiap  tahun. Itu pun kalau korang tak de claim ar. Kalau ade claim percentage die akan turun balik.

Mule-mule ejen kena buat cover note untuk di bagi kepada salesman/salesgirl tempat korang beli kete tu. Mase tu belum ada lagi expiry date lagi. Yang ada harga bape korang kena bayar mengikut harga kete tersebut. Perkara yang paling penting kena ada untuk buat insurans ni tengok kat bawah:




1: Nama Pembeli Kenderaan
2: Nombor IC Pembeli
3: Alamat
4: Nombor telefon (ni tak berapa nak penting sangat la)
5: Jenis kereta dan Model
6: Tahun Kereta di buat
7: Nombor Enjin
8: Nombor Chassis
9: Cubic capacity (cc)
10: Seating Capacity
11: Sum Insured
12: Hire Purchase Company (bank mana yang korang hutang)

Semua info ni kena ada untuk kereta baru yang memang tak ada NCD. Tapi kalau ade pelanggan yang nak transfer NCD len plak dokumen yang dorang kena sediakan. Tengok bawah ni:

1: Nombor Pendaftaran kereta (kereta yang nak di ambil NCD tu la)
2: Nombor Chassis kereta lama
3: Syarikat insurans kereta yang lama
4: Nombor policy (tak wajib tapi kalau ada lebih baik)

Semua ni penting untuk melancarkan proses penyediaan insurans. Kalau semua yang kat atas ni tak ada, memang payah la ejen nak buat insurans korang. Apatah lagi korang pertama kali beli insurans dengan company tu. Sah-sah personal detail korang tak da dalam rekod. Jadi bagi la kerja sama supaya ejen tu dapat buat insurans korang dengan cepat, kereta baru korang pun dapat dengan cepat. Ape yang penting KERJASAMA!!!!!!



p/s sebenarnye aku tengah bengang dengan customer ni, nak transfer NCD tapi tak bagi semua yang aku nak.

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...