Monday, August 22, 2011

Asal nak raye je sedih, asal sedih je raye..Hape hape tah!!!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak,....


Waaaaaaaaa...sedar tak sedar minggu depan dah nak raye. Sumpah aku tak de feel langsung. Aku pun tak tau la pasal hape. Mungkin di sebabkan hari-hari terpaksa berbuka dalam kaunter sambil melayan customer dengan mulut yang penuh makanan. Dan jujurnye aku mengaku tahun ni memang tak dapat aku nak terawikh walau sehari pun. Memang la boleh terawikh kat umah lepas balik keje. Tapi letih dowh..Sahur pun kadang-kadang bangun kadang-kadang tak. menguji iman sungguh. Mungkin aku ni terlalu memfokuskan kepada kerja. One day aku akan benti wat part time dah. Nak luangkan masa untuk family, diri sendiri dan agama. (Berkobar-kobar)


Sedih la wei tak de feel nak raye. Puasa tahun ni pun rase macam ganti puasa je. Dengar lagu raye pun bese-bese je. Kadang-kadang bengang gak aku bile ade feel yang memenyampahkan aku macam ni. Dah la nak menaip kat blog selalu-selalu tak boleh. Aku kalau dah mengadap blog ni, dari pagi sampai ke petang pun aku lalu. Leka beb. Tu yang aku terpaksa mengurangkan sikit layan blog. Kadang-kadang bos sampai opis pun aku tak perasan. So banyak kontes dan segmen yang aku dah terlepas. Rase frust jugak la. Nak buat macam mana, masa memang cemburu dengan aku. Jeles sungguh die. Kalau aku boleh benti kan ko lah mase, memang aku bentikan, tunggu sume perkara yang aku suke buat settle dulu, baru aku gerak kan ko balik..muahahahahhaa. (ingat ko tuhan????)


Tapi selagi aku sempat bace entri dan mengomen blogger-blogger len pun dah kire ok sebenarnye. Bukan la bermakna aku tak de mase langsung untuk blog ni, cume nak menaip panjang-panjang macam hari ni neh yang tak berkesempatan. Ni pun aku cover jari jemari aku. Kang kalau terlajak menaip mau aku tak buat keje hari ni. Mau ade kereta customer yang tak renew road tax nanti. Hahahaha (aku keje kat company insurans k. sape nak renew insurans boleh cari aku..hehehehhehe)


Hope lepas raye ni aku ade mase untuk melayan blog pengarang jantung aku ni di samping mengjoin kan diri untuk segmen dan kontes yang sedia ada. Sape tak nak adiah wei? Rugi-rugi..Kalau tak menang pun at least aku mencuba. Aku bukan la gile segmen dengan kontes sangat-sangat. Cuma suka tengok kerenah kawan-kawan blogger len. Meriah...Hapening dan pening aku di buatnye. Hahahahahhaha..


Pape pun korang, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINNNNN..Lepas raye ni aku bagi tau 5 pemenang untuk contest yang aku buat hari tu eyh..

Sape yang nak join masih sempat lagi. Tarikh tutup 26 August 2011 neh.  Selamat mencuba!!! =D

Saturday, August 20, 2011

Mode: Sedih..Hari ni nak layan perasaan je...(cinta dan Benci)

Salam Ranadhan..

Sebenanye mood hari ni tak bape nak ok. Entah ar tak tau sebab ape. Kalau nak diluahkan dengan kata-kata memang aku tak mampu. Dah lama aku bertahan, tapi tak tau sampai bile aku boleh bertahan. Kadang-kadang jatuh tersungkur jugak aku. Puas aku cuba nak lupakan semuanya tapi bukannye senang. Dah masuk dua tahun, perasaan tu still same. Aku tak tau kenapa mesti macam ni. Andai dah tersurat begini aku redha, tapi aku harap, perasaan yang aku alami sekarang ni jugak hilang. Sebab perasaan tu menyakitkan......Lagu ni memang betul-betul terkena dengan aku. Sebab tu aku suke layan lagu ni...


Bile dengar lagu ni rase nak menitis air mata pun ada, tapi aku kuatkan hati. Cinta dunia bukannye kekal...Aku mohon pada yang berkuasa, agar buangkanlah cinta dunia aku ni dan kekalkanlah cinta aku terhadapNYA......

Aku suke giler dengan lagu neh..korang dengar la skali yer...Selamat mendengar...

Salam Ramadhan..

Nak layan perasaan jap dengan melayan lagu neh...=)



Thursday, August 18, 2011

Tarikh tutup contest hari khamis!!!cepat wei!!!!

Salam ramadhan...


Hai korang korang sekalian, aku nak bagi tau tarikh tutup contest yang aku buat hari tu adalah hari khamis minggu depan. Jadi sape nak hadiah ajaklah kawan korang join beramai-ramai..Untuk pengetahuan lebih lanjut sila lah meringankan jemari klik di sini. Tak susah pun...Terasa seronok bile dapat buat contest ni. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger. Pape pon selamat mencuba la korang ye...Babai =)

Wednesday, August 17, 2011

Aku Sakit Kepala

Salam Ramadhan...


Aku sakit kepala pulak hari ni. Seb bek la cuti. Kalau keja, mau aku tido atas meja. Tak sempat pun nak hapdet blog, nak terjah blog orang pun tak sempat. Hari ni aku tido je. Sedar pun sebab kawan aku call. Kalau die tak call mau aku bangun time berbuka. Memang dah lame aku tak menikmati tido di waktu siang yang enak macam hari ni. Puas!!!!!!!! Opssss..dah terlebih taip pulak. Ok babai. Selamat Berbuka puasa...






p/s: Aku gune bos punye pc neh.keh keh keh...

Monday, August 15, 2011

Giveaway Raya By Miss Nadya

Salam Ramadhan..


Ade contest..yes!!! yes!!!! memang aku suka..sape nak join??? klik sini hokeh.





Dekat nak raye ni kalau ade orang bagi hadiah memang best. Apetah lagi kalau ade orang nak bagi duit raye. Bile dah tua-tua macam ni teringin gak nak dapat duit raye. Muehehehe.. So Miss Nadya, selalu selalu le buat contest yang ade adiah ye. Hehheheh...Moga Miss Nadya murah rezeki ye. Aminnnnn.....













Sunday, August 14, 2011

Nape yang selalu kena simbah asid adalah WANITA/GADIS MELAYU??

Salam Ramadhan..

Hari ni dah masuk hari ke 15 kita puasa. Dah tak lama dah nak raya. Hope rakan-rakan blogger dan bloggir sekalian dapat berpuasa penuh untuk yang LELAKI..hehehehe..kaum hawa ni hanya kanak-kanak yang belum baligh dan wanita yang dah monopos je boleh pose penuh.....hehehee (yang dah monopos jangan marah eyh)

Pagi tadi mase aku tengah iron baju keje, wawa si housemate aku yang nak masak sampai dapur terbakar tu cite kt aku. Semalam (ahad) die tengok bersamamu kat TV3. Sedih katenye kisah yang die tengok tu. Seorang wanita beranak dua telah di simbah asid. Sekarang pandangan wanita tu makin kabur sebab kelopak mata dia makin melekat. Yang paling menyedihkan selepas insiden tu, anak-anak die takut dengan die. Ye la,  budak-budak lagi kan. Mane tau pape. Dulu muka mak dia lawa je skang ni muka dah len. Nasib baik la suami die still dengan dia lagi. Wawa cakap breast wanita tu pun turut cedera sebab asid yang disimbah tu meleleh ke dadanya.

Kejadian tu berlaku kejap je, die parking kereta tepi jalan sebab nak ambil barang untuk berniaga dalam rumah, tetibe ade lelaki bermotor lalu tepi dia sambil cakap "HAI", die berpaling la kebelakang, bile die berpaling je tau-tau muka dah pedih gile-gile. Kesian kan, siapalah manusia durjana  yang buat semua tu.

Seronok sangat ke dorang dok men simbah-simbah asid kat orang ni? Meh sini aku curah asid tu dalam mulut die. tengok apa jadi. Sejak kebelakangan ni banyak sangat kes simbah asid berlaku dalam negara kite. Kalau yang ada masalah rumah tangga tu, kite faham la mungkin sebab tak dapat nak kawal marah. Ni orang awam yang tengah jalan tetibe je kena simbah asid ape kes?? Sawan ke ape orang yang simbah asid tu?? Tapi yang aku nampak pulak, yang disimbah asid tu semuanya PEREMPUAN MELAYU. Jarang la nak dengar perempuan cina ke, india ke, iban ke, yang di simbah asid.Kenapa pilihannya mesti perempuan melayu? Kot ye pon orang tu jahat sangat, jangan la sampai simbah asid. Tak de ke care yang lebih rasional????

So, persoalan tu menjadi tanda tanya kat aku sampai sekarang. Dan aku terfikir apa motif si penyimbah asid buat macam tu kepada orang yang die tak kenal. Nak buat eksperimen kepekatan asid tu ke hape?? Hagak-hagak la kalau nak buat eksperimen pun, jangan la jadikan orang yang tak bersalah sebagai mangsa.

Kepada mangsa-mangsa simbah asid, aku doakan korang tabah. Bile aku tengok korang semua , aku sedar bahawa ada orang lain lebih berat dugaannye dari aku. Allah sekadar ingin menguji kite. Mudah-mudahan aku menjadi setabah dan sekuat korang semua. Syukur ALHAMDULILLAH dengan nikmat yang Allah dah berikan kat aku. Semoga semuanya terpelihara dari bencana, dosa dan maksiat hingga akhir nafas aku..Insyaallah.....

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...