Sunday, October 16, 2011

Pagi Isnin yang mengerikan...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi!!!!!!

Tajuk entri macam orang kecewa tapi bagi salam macam orang terencat. Hahahahha..Aku dah sampai ofis aku happy la. Tapi mase on the way nak pergi ofis, memang melonggarkan kepala lutut aku betul. Jem teruk. Lepas tu hon kereta usah cakap la. Bingit telinga aku. Aku rasa macam berada kat negara China yang padat dengan manusia. Yang nak masuk ke kiri, yang nak masuk kenan, tu belum kira yang nak terlanggar orang depan lagi. Jadi kat depan mata aku pulak tu. Memang mengerikan. Jadi aku pun memandu slow je la. Biar la kalau orang belakang nak maki aku lembap sekali pun. Aku tak kisah. Kalau dorang nak cepat sangat potong je, tapi jangan nak senggol moto aku pulak. Fobia eksiden mase raye ritu pun tak ilang lagi. Boleh sasau asik eksiden je.


Sabtu dan Ahad yang membosankan..Huh!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera....

Bosan nye hari sabtu dengan ahad kalau tak da benda nak di buat. Dulu tak rase bosan sebab aku buat part time. Tapi skang ni memang aku dah tak buat part time hari sabtu ahad sebab penat. Tapi bosan pulak. Jumaat malam sabtu je dah mula kepala otak aku ni plan nak buat ape hari sabtu dengan ahad.

Hari sabtu oke la, aku keluar dengan Fatin. Fatin nak survey hand bag dengan charger laptop. Aku pulak nak jumpa kawan. Hati aku ni memang tak keruan betul seb bek ade Fatin so tak de la gabra sangat. Dah mamat tu yang beria nak jumpa. Lagi pun tak pegi mana-mana, makan (mamat tu je la yang makan, aku dah makan awal-awal..hahahhaha) lepas tu dia ajak tengok wayang. Cite ape tah aku tak ingat tajuk dia tapi cite tu tempat duduk dah full. Dia pegi amik cite lain. The Thing. Boleh tahan best la, penuh dengan debaran. Perut aku yang kenyang jadi lapar balik sebab tengok cite tu. Tak boleh nak dijangka apa yang terjadi seterusnya. Dan banyak babak yang buat aku terkejut. Awal-awal lagi aku dah terkejut. Siap melatah lagi.

Hari ni plak aku pergi tengok libas plak. Cite tu dah kua lama tapi aku baru nak tengok. Aku pegi dengan Lini, housemate aku. Not bad la cite tu. Ade lawak, ade series ade lawan-lawan sikit. Tak bosan. Lepas tu pergi popular, nak beli file untuk bos aku, lini plak cari cutter. Entah nak buat ape dengan cutter tu pun aku tak tau la..Hati aku ni dari awal pagi nak check blog. Tapi dah lini ikut skali kena tengok wayang dulu la. Lepas tu aku hantar lini balik, aku keluar pergi cc. 

Sampai je kat cc, eksited la aku nak blog walking. Sekali pc mati dengan tiba-tiba. Dua kali pulak tu. Memang betul-betul spoil. Lepas tu bau rokok jangan kate la. Mase aku taip entri ni, orang sebelah aku tengah menghidupkan api rokoknya. Aku ni dah la tak tahan dengan asap rokok. Ni memang nak suruh aku balik cepat. Taip pun dah macam orang tak cukup jari. Typo je. Tapi ok la dapat jugak aku tengok blog aku walaupun sekejap. Nak BW je tak dapat.

Aku nak chow dulu neh sebab asap rokok semakin berkepol-kepol kang sesak nafas pulak. Jumpa esok na..Papai..


p/s macam perompak nak melarikan diri je aku ni...


Friday, October 14, 2011

Aku Ni Garang Orangnya Tau Tak......

Assalamualaikum w.b.t

Sementara tunggu pukul 12 malam, bek aku  menghabiskan masa dengan menaip entri. Bos pinjam sat na komputer. Hehehehehe...Kebetulan pulak dua tiga hari ni aku kena ajar budak baru. Aku ni memang dari dulu sampai sekarang memang tak suka mengajar orang. Bukannya aku kedekut ilmu tapi aku cepat naik angin kalau orang tak paham apa yang aku ajar.

Aku jenis yang tak suka marah-marah tapi cepat marah. Macam mana tu? Aku memang tak boleh nak handle masalah aku ni. Dulu aku pernah jadi cikgu tadika. Kesian budak-budak tu asik kena marah dengan aku. Lagi kalau yang banyak main-main dalam kelas. Memang pantang aku. Tapi lepas marah tu aku rasa kesian pulak. Jalan penyelesaian aku, aku benti kerja. Kalau dengan kawan-kawan lain pulak, aku suruh dorang cari orang lain untuk ajar dorang. Sebab aku tak nak la dorang terasa hati dengan aku.

Jadi cikgu tadika ni besar tanggungjawabnye. Jadi aku rasa aku memang tak layak la jadi cikgu. Kesian budak-budak  tu, sampai ade yang takut nak datang kelas sebab aku. hehehehe..Bab membuli aku paling pro. Hahahahaha. Hari-hari ada je budak yang menangis sebab aku kurung dorang dalam kelas. Aku buat macam tu kat budak-budak yang  nakal je. Yang baik dalam kelas aku tak kacau. Hahahahhaha.

Oleh sebab tu aku tak suka mengaja orang sebab aku ni cepat marah tapi aku try kawal, kalau selalu marah-marah pun tak baik jugak kan. Lekas tua. Hahahahahahahaha...Dalam garang-garang aku, aku ni gila-gila orangnya. Tak caya?? Kalau tak caya kawan dengan aku dulu baru tau.

Ok nak balik..Babai..


p/s lapo le plak.

Buah Tangan Untuk Kawan-Kawan Sebelum Balik.....=)

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnye aku tak tau nak guna ayat yang betul untuk tajuk entri ni. Jadi aku hentam je la Buah tangan. Biasanya buah tangan tu orang bawak balik kalau pergi jalan-jalan kat mana-mana kan. Ni aku bagi buah tangan sebelum aku balik. Tak kisah lah, janji berguna ye dak.

Bos dah balik awal, aku pun nak balik awal tapi hujan. Sementara hujan reda sikit aku nak bagi jari aku excercise sikit.


BUANG 5 PERKARA KAMU AKAN BERJAYA

1 Buang sifat bersendirian dan membuang masa

2 Buang sifat kesedihan dan kedukaan

3 Buang sifat meninggi diri dan takabbur

4 Buang sifat ego dan bermegah

5 Buang hasad dengki dan berdendam


Selamat membaca, renung-renungkan dan selamat beramal. Hujan pun dah berhenti. Aku balik dulu ye. Hari jumaat besenye pagi-pagi jalan lengang bile petang jem melekat. Ok babai..


Sumber dari Blog Peribadi Rasulullah


p/s jangan bace je, same2 kite amalkan ye..klik kat link atas ni kalau nak baca banyak lagi entei best dari blog tersebut.







Thursday, October 13, 2011

Tazkirah Jumaat..

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak jadi ustazah kejap. Lima minit je. Entri hari ni berunsur keagamaan, aku dapat artikel ni pun dari blog orang lain dan aku rasa aku patut share dengan korang. Selamat mebaca dan renung-renungkan =D

5 UJIAN ALLAH S.W.T SEBAGAI TANDA ALLAH MENCINTAI KITA

1 Senyumlah...Sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita adalah untuk membahagiakan kita.

2 Apa yang Allah s.w.t ambil dari kita akan dianugerahkan di akhirat kelak.

3 Apa yang Allah s.w.t haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadanya.

4 Apa yang Allah s.w.t menyebabkan kita menangis adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

5 Apa yang Allah s.w.t turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah s.w.t mencintai kita.



Sumber dari Blog Peribadi Rasulullah



p/s sekadar peringatan bersama


Wednesday, October 12, 2011

Kalau Tengah Drive Tak Payah La Suap Mee Goreng Kat Mulut....Bahaya Tau Tak.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tak nak marah-marah. Cuma nak berkongsi pengalaman pergi kerja pagi-pagi ni. Kalau ikut hati memang la geram. Tapi apa boleh buat, boleh tengok je la gelagat orang-orang yang tak sayang nyawa sendiri dan penting kan diri sendiri neh.

Biasanya bising sebab orang suka menyelit, tapi pagi ni aku dapat tengok perkara yang lebih menarik. Memang geleng kepala di buatnya. Sabo je la. Aku follow satu van ni. Tetiba aku nampak polistrin kat tempat driver. Aku ingat orang yang sebelah yang makan tapi kalau orang sebelah yang makan kenapa polistrin tu kat tempat driver?? Bila ada peluang memotong, aku pun potong la van tu. Tengok-tengok driver tu yang tengah makan. Tangan dua-dua belah pegang polistrin, siku yang kawal stereng. Memang betul-betul hebat. Patut la cara dia masuk ke kiri ganas semacam je. Mata pulak bukannya tengok kat depan, lebih banyak tengok makanan kat dalam polistrin tu. 

Macam-macam perangai pemandu kan Malaysia ni. Patut la Malaysia antara negara yang paling tinggi jumlah kemalangannya. Jangan tiru aksi di atas oke. Jadi pemandu yang berhemah..Ingat apa pesan aku kat entri lepas??Kalau tak ingat tengok kat sini

Menitis air mata tengok cara dorang ni membunuhh binatang...

Assalamualaikum w.b.t

Belum habis lagi aku tengok video dari satu blog ni yang menunjukkan bagaimana orang bukan islam menyembelih atau pun membunuh ayam dan lembu untuk dijual kepada pelanggan. Memang tak sanggup nak tengok. Bukan apa. Kesian sangat-sangat. Memang zalim. Dari situ aku nampak cara penyembelihan islam adalah yang terbaik. 

Kalau la aku yang berkuasa, nak je aku suruh penyembelihan lembu hanya boleh di lakukan oleh orang islam je. Sedih bila tengok ayam  di gantung kakinya lepastu bergerak mengikut mesin. Sama juga dengan lembu. Menggelupur lembu tu bila dorang letak api kot, yang tu aku tak pasti sebab aku cuma nampak asap. Korang sendiri kena tengok video tu. Memang  nampak kejam sangat dorang layan haiwan-haiwan tu. Memang meleleh air mata bila tengok. Kat mana la perikemanusiaan dorang.

Kalau korang nak tengok video tu klik sini.


p/s: sekadar renungan bersama. Sedih...

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...