nuffnang

Monday, September 26, 2011

Kenapa Penunggang Motosikal Lelaki soooooo Kurang Sopan ??????Habak kat aku sikit..

Assalamualaikum w.b.t

Kepada kaum lelaki jangan nak melenting bila baca tajuk entri kat atas tu, bace sampai habis baru boleh nak kutuk hokeh...
Kenyataannya memang penunggang motosikal lelaki ni kurang sopan kat jalan raya, bukan jalan raye je, jalan tanah merah ke, jalan pasir ke, same je tetapi bukan semua. Aku cakap kebanyakan. Hari-hari aku pegi keje, kalau ada 30 penunggang motosikal, 25 orang adalah lelaki. Perumpamaan je ye. Kang korang cakap aku menipu pulak. Kesimpulannye memang ramai lelaki yang menunggang motosikal untuk pergi ke tempat kerja, dating, makan, tengok wayang dan merempit. (Memang la merempit nek moto tak kan nek kapal korek kot.)

Yang menjadikannye dorang ni kurang sopan, sesetengah dari dorang ni, sesetengah ok bukan semua, boleh pulak nak menyelit tang jalan yang tengah jem melekat tu. Nak mampos ke hape? 

Ingat sikit bang, bukan ko sorang je yang guna jalan raye tu, kalau ko sorang je yang guna jalan tu lantak ko la nak menyelit ke, nak melipat ke, nak tergolek ke. 

Cuba la pikir sikit, tengah-tengah ko menyelit tu tetibe ko tersenggol motosikal orang len. Pastu orang tu jatuh dan kena langgar dengan kereta belakang. 

Bang, kalau dah jalan jem melekat tu, jangan bermimpi la ko dapat meyelamatkan diri kalau dah terjatuh atas jalan. Tak sempat orang belakang nak tekan brek.

Buatnye orang tu mati macam mana? Kalau ko yang mati tak pe. Ok la, korang kate orang depan bawa kereta atau moto lambat. Korang pulak dah lambat nak pergi kerja atau pun ke mana sajalah. Dah tau korang ade tanggungjawab, sape suh bangun lewat. Keluar la awal sikit untuk mengelak kan daripada korang menyelit tak tentu pasal sebab nak cepat sampai tempat kerja.

Semalam balik lambat, tido pun dah lewat, tak sedar jam bunyi. Kalau ko dah tau esok ko kena kerja, yang ko pergi merayau sampai ke pagi tu sape suruh? Dah tau ada tanggungjawab, pandai-pandai la manage masa tu.

Kalau terbangun lambat sekali sekala tu normallah. Aku pun kadang-kadang terlajak jugak. Tapi kalau selalu terlajak tido tu, tak solat subuh ke korang hoi??? Bangun awal bukan untuk pergi kerja semata-mata, solat subuh yang paling utama.

Jangan pentingkan diri sendiri sampai membahayakan nyawa orang lain. Buatnya orang yang kena langgar tu ada anak ramai, kecik-kecik lagi tu, dah tu meninggal pulak kena langgar, korang nak ke tanggung anak-anak dia yang baru nak membesar tu?

Tak pun tengah korang selit menyelit tu, korang tersenggol la satu motosikal ni, tengok-tengok orang yang dah tergolek berdarah tu, ayah korang sendiri, adik beradik korang sendiri. Ha, sape nak jawab??


Tapi kalau bangun lewat lah penyebab korang menyelit tak tentu pasal dan membahayakan nyawa orang lain, sila-sila sedarkan diri.  

Ala, selama ni aku selit-selit tak da pun langgar orang!!!!!!

Memang la tak da langgar orang, belum masanya lagi. Ko bukan tau pun mase depan, ko langgar orang atau orang yang langgar ko. Kalau ko boleh tau hebat sangat la tu.

Sedangkan orang yang bawak motosikal elok-elok pun kena langgar. Ini kan pulak yang menunggang macam orang kurang sihat. Cuba bayangkan kalau korang yang kena langgar? Kalau hidup tak apa, kalau arwah? Yang ada mak ayah, tak kesian ke kat mak ayah tu? Yang ade awek, tak sayang ke kat awek tu???? Ingat tak iklan yang selalu keluar kat tv tu, INGATLAH ORANG-ORANG YANG TERSAYANG.

Lelaki-lelaki yang baca entri aku ni jangan melenting pulak. Cuma nak mengingatkan aje. Jangan la lepas ni korang cari aku sebab nak langgar aku ye. Aku baru je lepas eksiden, sakit pun tak ilang lagi ni. Yang perempuan pun same. Jangan la nak tunjuk diri tu hebat sangat. Nak merempit sama macam orang lelaki. Kang patah riuk, bising..

Ate, moh le kite menunggang secara  berkhemah demi keselamatan bersama.....=D 


p/s ini namenye entri mood kurang ok sebab ade moto yang nak bergesel dengan aku pagi ni. Memang suke bergesel agaknye die tu. nak mati, mati sorang-sorang la.



2 comments:

nur fatin said...

hahahahaha..apabila seorg wanita suda mara...inilah hasilnyer..kuikuikuikui... :P

Zul Fattah said...

tima kasih utk peringatan.. akan aku cuba utk tidak merempit lg

anda mungkin meminati: