Assalamualaikum w.b.t.
Makan time with budak office. Budak ke? Semua dah jadi mak bapak budak memasing kecuali aku. Kali ni kami pegi makan kat Steamboat and Grill The Captain kat Meru Klang. Geng office aku ni memang suka makan steamboat. Aku pulak suka yang ada grill. Kalau steamboat semata memang aku kureng sikit.
Kiranya ni aktiviti pertama branch Shah Alam untuk tahun 2015. Senang Saufi nak buat report hujung bulan ni. Kite orang kalau bab makan memang semua laju. Kebetulan hari tu dapat advance bonus. Duit memasing makin susut peginye tak jugak. Plan nak pegi makan steamboat dah di buat dari tahun lepas. Finally dapat gak pegi melantak beramai-ramai.
Gamba tak berapa nak ada. Jadi aku membebel je la dalam entri ni ye. Pilihan untuk steamboat dan grill tak terlalu banyak. Makanan tambahan pun tak banyak sangat. Masa aku pegi cuma ada nasi lemak, kuih muih, buah tembikai, sup kambing dan ais krim. Walaupun tak banyak pilihan tapi restoren tu penuh dengan orang. Kalau tak booking awal-awal memang tak dapat tempat duduk la jawabnya.
Perkara yang akau harus akui, perapan ayam dan daging untuk grill dia memang terbaik. Aku yang memang tak makan daging lembu dan kambing, boleh telan wa cakap lu. Memang sedap. Jadi tak menyesal la pegi.
Harga dia pon berpatutan. Sesuai la dengan makanan dia yang tak banyak pilihan sangat. Untuk dewasa sekepala RM21.90. Untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun RM9.90. Murah kannnnnnnnnnn???????
Kalau sesiapa yang nak pergi, wajibul ghunnah la buat tempahan awal. Ni nombor telefon dia aku bagi siap-siap 019-2354796. Restoren di buka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 12 malam.
Facebook pun ada. Sila la lawat di sini
Apa lagi, kepada pencinta steamboat boleh cuba datang sini. Pasti tak menyesal =)
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Comments