Skip to main content

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Piala Sultan Selangor

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru je lepas tengok perlawanan bola sepak Selangor vs Singapore. Keputusannya, Selangor menang dengan tiga gol yang mana dua darinya dijaringkan oleh Freeky Dol (aku tak tau ejaan nama dia yang sebenar, malas nak google) dan satu lagi gol daripada Adam apatah nama dia. Aku tak tahu..kekekeke..

Tahniah Selangor! Walaupun aku bukan orang Selangor, tapi aku tetap sokong sebab dorang lawan dengan Singapore. Haruslah sokong, tambah pulak ade AMRI YAHYA. Walaupun hari ni dia takde menyumbangkan gol, tapi aku memang tabik la kesungguhan dia. Usaha sungguh untuk menjaringkan gol. Lepas tu turun pulak bahagian pertahanan untuk tolong melungkupkan si singapore tu. Skill dia pun boleh tahan, walaupun dia diantara pemain paling senior dan  berusia tapi stamina tetap maintain.

Penilaian keseluruhan, Selangor main dengan baik sekali. Bermain dengan pantas, kawalan bola yang baik. Sorry to say, kalau team Harimau Malaya or Harimau Muda main macam team Selangor malam ni, memang banyak gol boleh dapat kot. Apatah lagi ramai pemain yang berbakat yang kaki masing masing macam power rangers sangatkan, seperti Rozaimi =)

Lepas ni mesti K. Rajagopal dengan Ong Kim Swee cari aku sebab memandai mandai buat kritikan. Main bola pon tak reti, ade hati nak mengkritik orang. Inilah namanya kritikan membina =P

Kbai. Nak tido...Assalamualaikum...zzzzzzzzzzzz

Comments

Zul fattah said…
pandai kritik bola sepak? nahas la kalau dpt tahu kat raja gopal nanti.

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik...

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER:Saya Blogger Wanita

Assalamualaikum w.b.t Hari ni sempat join segmen dari Luna Lanun je. Nak taip entry len tak sempat sebab bz ..Banyak benda nak share neyh...tapi tak pe, simpan dulu. Yang Penting join segmen ni dulu. Muehehehehhe kalau nak tau KLIK SINI

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)