Assalamualaikum....
Worm up jari jemari dulu sebelum memulakan kerja hari ini dengan manaip entri mengarut. Mana-mana pak ustad yang bace tajuk entri aku ni kompom isytiharkan aku sesat. Ajaran dari mana pulak hagaknye aku belaja sampai aku cakap hipokrit sifat yang bagus...Memang ayat mintak penampo namenye.
Sape kate hipokrit tu bagus? Aku sendiri tak suke menjadi hipokrit. Tapi bila something happen kat aku sejak dua menjak ni, aku rasa hipokrit tu ade kebaikan. Hahahahhaa..Lagi sekali buat ayat mintak penampo. Aku pasrah.
Hipokrit tu memanglah asalnya sifat yang tak bagus, adik beradik dengan penipu. Tapi kalau kita hipokrit untuk mengelakkan orang di sekeliling kita sakit hati, dan untuk mengelakkan salah faham atau pun pergaduhan, rasanya boleh di terima pakai lagi.
Contohnya aku. Aku la manusia yang paling tak reti nak menyorok kan perasaan marah. Walaupun aku diam, tapi bila aku diam tu la yang menampakkan aku tengah marah sebab aku bukan seorang yang pendiam. Aku diam bukan sebab aku nak marah (ayat putar belit), lebih baik aku diam daripada aku bercakap, sebab kalau aku bercakap ketika mood aku yang macam gunung berapi, kompom boleh buat orang bengang dengan aku.
Aku ni bukan jenis suka gaduh-gaduh perang mulut bagai. Sebab kalau perang mulut mesti aku kalah punye. Sebab tu aku tak suka, kalau aku boleh menang tak pe jugak. Selalunye perang mulut ni menyakitkan hati dan aku tak suka sakit hati.
Oleh kerana itu aku nak belajar jadi hipokrit, kalau aku sakit hati dengan kawan-kawan pun, aku masih lagi boleh tersenyum depan dorang, walaupun mood tak berape nak elok, asalkan dorang tak terasa hati dengan aku. Kalau dorang tengok aku muram je mesti dorang akan fikir yang tak elok. Jadi untuk mengelakkan semua itu adalah sesuai sekiranya perkataan hipokrit di gunakan.
Tapi kalau hipokrit sebab nak bodek bos, memang aku pantang, rasa macam nak pijak je perut orang tu. Nak hipokrit pun agak-agak la kan. Gunakan pada waktu yang bersesuaian. Jangan overdose jadi hipokrit sudah.
Masalahnye macam mana nak jadi hipokrit? Ce cite. Ade kelas untuk menjadi hipokrit yang baik tak? (ayat mintak penampo) Aku nak buat keje neh. Ok bye...=D
p/s banyak koje pun still sempat mencuri tulang BW..hehehehe..sorry bos...tak sengaja..sy buat keje skrg jugak...
Comments