Skip to main content

Dah la Kalah Lepas tu nak marah-marah pulak..ape kesss!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Yahooooo!!!! Malaysia memang. Tahniah kepada semua pemain Malaysia. Walaupun aku tak dapat tengok sebab kerja, tapi aku tetap sokong dorang malam tadi. Nasib baik DJ Suria fm, TYZO (aku suka die neh..tetibeee) bagi info, tau la jugak aku Indonesia bape goal, Malaysia bape goal. Masa mula-mula aku dapat tau Indonesia dah satu goal, rasa macam nak luruh jantung, tapi dalam hati aku doa banyak-banyak supaya team Malaysia menang. Dan akhirnya memang memang la pon kan.



Tapi yang aku kurang paham sangat-sangat, kenapa la penyokong Indonesia ni benci sangat dengan team Malaysia? Ape, player Malaysia ni ada kaco rumah tangga dorang ke? Adat permainan mesti la ada kalah menang. Nape ko tak marah je player negara ko sendiri tak main-main betol-betol? Terima je la kenyataan yang korang dah kalah. Tak payah nak maki hamun bagai, baling-baling botol semua, buat tambah dosa je. Yang bukan beragama islam tu kes lain la, yang beragama islam macam mana pulak? Tak pasal-pasal dapat dosa kering maki orang. 



Player korang datang Malaysia ada ke penyokong Malaysia buat macam tu? Kalau aku la, aku tak baling botol, aku baling bom terus, biar kiok (mati) semuanya. Haaaa..baru korang tau. Yang paling best, aku baca kat blog cerita mamat, harianmalaysia.my kena hack dengan  Indonesia. Hadoiii...Mas..jangan gitu dong. Udah kalah, usah marah-marah.



Tak patut la buat sampai macam tu sekali. Kalah bola sepak je pun, bukannya apa, lagi dua tahun ada lagi sukan sea, kau pulun la main-main betul bagi Malaysia kalah ye. Cuba la jadi profesional sikit. Kalau pemain Malaysia ni main kasar dalam padang tak pe la jugak korang nak benci bangat. Tapi aku tengok korang yang banyak main kasar ada la.



Jadilah orang yang bijak pandai sikit. Jangan sebab bola sepak sampai nak hack website yang ada kat Malaysia neh. Sedo-sedo sikit, rakyat negara kome banyak yang berkerja kat sini. Yang berpermit, yang tak berpermit. Kang suh Agong Malaysia anto deme sume balik nak? nak?


p/s: terlepas cakap dekat wak padan muka Indonesia, tak tau die dengar ke tak.hehehhehehe

Comments

IntaNBerliaN said…
haa kne hack ke... aduss xleh time knyataan dorg ni.. hihii
zahidah seran said…
macam-macam...
penuh emosi diorg nih...

=D
zareliqa afiqa said…
Dorang takde semangat kesukanan langsung. Rakyat dia yang ada kat sini anta jek balik.padan muka..pape hal kat sana jangan tolong.geram tol! +___+
cik tin said…
hahahaha...konfom wak terasa abeh dong......lencong lia ni...hihihihi..:P
anumuchan said…
erk macam2 peel kan.huhu
Pondok Usang said…
imosi melampau... jgn lupe sokong malaysia lagi game malam ni.. menentang Syiria lawan yg lebih kuat..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik...

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER:Saya Blogger Wanita

Assalamualaikum w.b.t Hari ni sempat join segmen dari Luna Lanun je. Nak taip entry len tak sempat sebab bz ..Banyak benda nak share neyh...tapi tak pe, simpan dulu. Yang Penting join segmen ni dulu. Muehehehehhe kalau nak tau KLIK SINI

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)