Monday, October 28, 2013

fefeeling romantik menaip entri di dalam hujan..

Assalamualaikum w.b.t.

Betul ke tidak susunan ayat aku tu..'menaip entri dalam hujan' kalau aku menaip dalam hujan, basahlah kan. Aku menaip kat dalam kedai makan ketika hujan. Yang ni baru betol kot. Dah macam cikgu subjek bahasa melayu.. 

Aku balik kampung minggu ni ketemu sama keluarga terchenta. Kalau balik kampung memang tak sah kalau tak ajak kakak2 aku keluar menghabiskan duit gaji masing2. Memandangkan adik lelaki ku demam kuskus, (aku tau die pura2 demam je tuh) kakak aku yang kedua menjadi pemandu pelancong tak bertauliah aku =P

Mula2 pergi giant, beli barang aku, lepas tu pergi avon, beli barang aku jugak, lepas tu pergi makan tapi aku tak makan sebab perut aku kenyang lagi melantak mee goreng yang mak aku masak pagi tadi. Mak aku hangin je dengan aku sebab aku yang ajak pergi makan, tapi aku tak makan. Hehhehehehehe.. Ayat geram mak aku berbunyi begini "siap balik nanti, aku cabai2 kan" hahahhahahaahhaa..garangkan mak aku. Mak aku tak garang sebenarnye. Aku buat muka seposen terus mak aku gelak.

Apelah motip entri aku ni ye???nak cite aktiviti aku kat kampung je sebenarnye. Sekian terima kasih.


P/S:entri ini telah ditaip pada ahad lalu. Tapi aku baru update hari ni. Niat di hati nak letak gambo hujan, malangnye tab aku ni tak mampu menampung kapasiti gambo yang semakin banyak. Maka dengan itu kena lah beli memori kad yang lebih besau..sekian terima kasih..


Wednesday, October 23, 2013

Al Fatihah kepada Allhyarhamah Pegawai Ambank yang telah terbunuh dalam kejadian rompakan..

Assalamualaikum w.b.t

Mesti semua orang dah tahu kejadian yanv berlaku di Ambank Subang. Marilah sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah agar ditempat di dalam golongan orang yang beriman.

Aku pun baru tahu berita ni pagi tadi. Tu pun sebab terbaca dekat blog lulupages. Sedih. Kejam sangat perompak tu. Tak lama lepas tu officemate share gambar kat whatsapp. Sedih.. 

Aku cuma mampu berdoa untuk arwah. Semoga ahli keluarga arwah tabah dan redha dengan ujian ini.

Friday, October 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun dah terlambat beberapa hari..

Assalamualaikum w.b.t

Setelah berhari hari aku tak update entri, akhirnya hari ini, aku berjaya melepaskan rindu pada blog suam suam air milo aku neh. (kalau tak update pun tak pe kot, bukan ade orang nak baca blog ko pon =P) Syuhhh!! Syuhhhhh!!!! Nyah kau fikiran negatif dari dalam kepala otak aku.

Rasenye tak terlambat lagi kot kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam seluruh dunia. Hamboi, macam la satu dunia baca blog kau kan...

Masa hari raya hari tu family aku pegi picnic kat Teluk Batik. Asalnya aku tak balik sebab cuti sehari je. Tapi mak aku punye pujuk rayu suruh aku balik menyebabkan aku mengalah. Penat pun penatlah janji mak aku happy. Aku yang terlebih happy sebenarnya.miaahahahahaha..

Itu je nak cakap..babai..


Wednesday, October 16, 2013

Bacaan Ayat Al Quran yang Merdu...

Assalamualaikum w.b.t.

Nak share video dari youtube ni je. Selamat Beramal =)


SUBHANALLAH..

Saturday, October 12, 2013

Menghapuskan kolestrol dengan Herbalife

Assalamualaikum w.b.t

Tetibe mata aku jadi segar untuk menaip entri pukul 1 pagi. Mungkin ini disebabkan oleh tiga jenis air tadi. Air apa?????? Ini air ajaib yang aku nak share dengan korang.

Beberapa minggu lepas, aku berjumpe dengan budak tecik name Lisa. Dia suruh aku timbang berat badan aku. Penimbang tu pun ajaib. Apa yang terlebih,apa yang terkurang dalam badan aku, semua dia boleh bagi tau. Jadi aku ni dah terlebih lemak dalam badan dan banyak kolestrol. Kat muka aku ni ada bintik bintik. Menurut Lisa, kolestrol boleh dihilangkan dengan pengawalan makanan yang betul. Maknanya makan tak boleh main sebat je, macam orang bela saka. Akulah tu orangnye. Jadi die nasihatkan aku untuk ambil nutrisi makanan yang betul kalau aku nak bintik bintik kat muka ni hilang.

Dia cadangkan pada aku untuk amalkan meminum tiga jenis  nih!


Air yang pertama tu adalah air aloe vera. Rasa dia masam sikit. Jadi, ambil masa jugaklah aku nak menghabiskannye. Yang kedua tu air teh. Tapi korang jangan nak berangan rasa dia macam teh yang kat kedai tu ye. Rase dia tawar. Name je teh tapi tak ade rase teh pon. Untuk yang ni, aku berjaya menghabiskannya dengan kadar segera. Yang ketiga tu shake cappucino. Tapi tolong jangan imagine rasa dia macam capuccino blanded kat cool blog. Yang ni memang ade rase cappucino tapi tawar. Dah nama pun untuk kesihatan. Yang ni lambat jugak aku habiskan sebab kite orang banyak bersembang. 

Selain Lisa, ade lagi sorang budak tecik yang bernama Acap. Beruntung betul dorang ni. Muda muda dah buat bisnes. Dah ade kete sendiri. Segan plak aku rasa.


Ni la die budak tecik Lisa dan Asraf. Fizikal dorang dulu bukan macam sekarang. Dorang jadi macam sekarang sebab amalkan makanan herbalife. Nak cite panjang pasal herbalife aku tak berape tau. Tunggu aku buat research dengan Lisa dulu lepas tu aku share dengan korang ye :-)


Mata dah mengantuk. Jadi assalamualaikum dan selamat malam.

Friday, October 11, 2013

Tak Salah Berkongsi kan????????

Assalamualaikum w.b.t

Lepas balik dari Alor Star ziarah nenek Qila meninggal, mood nak taip entri nan-hado. Apatah lagi setting tab aku lari lintang pukang yang menyebabkan aku tak boleh nak skroll dashboad blog aku. Lagi la aku tak ada mood nak menaip. Aku cuma baca blog orang. Apa lagi nak buatkan, nak menaip kat blog sendiri pun tak buleh =(

Sambil promote kain cotton yang aku jual kat facebook, rupenye susah berniaga secara online. Kesabaran haruslah lebih tinggi dari gunung aku rasa. Kalau nak berjaya aku rasa itulah rahsia yang paling besar, berusaha, berdoa dan bersabar. Dalam kepala otak aku ni banyak benda yang sedang difikir. Hopefully aku mampu untuk laksanakan semua nya. =)

Hari ni banyak benda yang aku nak buat tak menjadi. Pukul lima aku dah bangun. Sepatutnya 10.30 pagi aku ada kelas takaful.Tapi bila dah sampai Wangsamaju, boleh pulak aku patah balikkan. Memang suka buat kerja sia-sia aku neh. Haishhhhhhhhh..Membazir tambang KTM jer...Pada hal boleh je decide awal-awal tak nak pegi kelas, sebab masih ada lagi dua tempat yang aku boleh pegi =(

Tetibe perasaan malu muncul dalam diri aku yang menyebabkan aku tak nak pegi kelas takaful tu. Malu sebab apa tak payah habaq la noooo..Tak pa la. Lepas ni aku usaha sungguh sungguh.

Hmmm..alang-alang mood menaip dah kembali, aku nak promote kat korang sejenis produk yang tak merugikan korang pun. Aku pasti kebanyakan korang ni selain daripada blogger, mempunyai pekerjaan tetap. Dan setiap syarikat mesti ada klinik atau hospital panel. Contoh PM Care. Aku bagi contoh panel tu sebab kat tempat keje aku kite orang gune PM Care =P

Tapi untuk pengetahuan korang, cover yang syarikat sediakan untuk kita sebenarnya tak cukup. Mana mana syarikat yang menyediakan perlindungan untuk pekerja dan juga keluarga pekerja, lagilah tak cukup jumlah perlindungan tersebut untuk kita. 

Perkara ni berlaku sendiri pada officemate aku. Dia disahkan oleh doktor ada ketumbuhan dalam otak kiri dan kanan. Yang merisaukan, selepas doktor dapat kesan penyakit tersebut, ketumbuhan tu membesar dengan cepat. Dan dia perlu melakukan pembedahan dengan segera. Dia nak guna la perlindungan yang syarikat sediakan untuk menampung kos pembedahan, tetapi malangnya jumlah perlindungan yang tinggal tak mencukupi untuk cover kos pembedahan dia. Sebab dia dah guna perlindungan tersebut untuk anak.

So, selepas tu ape yang terjadi???? Tak perlu aku cerita di sini. Cuma sebagai kawan-kawan, aku rasa aku perlu sama-sama mengingatkan korang betapa penting perlindungan tambahan. Manusia zaman sekarang ni memang terdedah dengan penyakit. So, aku pun terpanggil untuk menyediakan satu perlindungan tambahan untuk diri aku. Andai kata dah takdir aku mengidap penyakit kronik, sekurang kurangnya family aku tak terbeban untuk menampung segala perbelanjaan.

Aku paham, untuk medicle card memang sumbangan bulanan agak tinggi. Tapi korang masih ada pilihan yang lain. Great Eastern Takaful ada menyediakan perlindungan untuk kematian, 36 penyakit kritikal dan hilang upaya kekal dengan premium bulanan dari RM35 hingga RM300. So korang boleh pilih yang  mana satu korang mampu. Sekiranya korang sihat sampai umur 99 tahun, korang akan dapat balik duit korang tapi bukan semua la, sebab dorang akan tolak upah-upah segala urusan.

Korang boleh tengok quotation. Dia dah culculate siap-siap untuk korang. Kalau korang nak cancel polisi pun boleh tapi nak cancel polisi pun biarlah jadi orang yang cerdik. Nak tau kenapa aku cakap macam tu????? Nanti aku bagi tau.

Kalau sebulan RM35 takkan korang tak mampu kot. Beli rokok sampai ratus ringgit sebulan boleh =P Perokok tegar sile jangan marah aku. Ingatan sebagai kawan-kawan. Ustaz kuliah subuh pagi tadi kata, kite kena SELALU ingat mengingati. Kalau kita ada satu kebaikan yang kita tau, kita share =)

Kalau korang nak tau produk dari Great Eastern Takaful yang aku sebutkan di atas, sile bertindak dengan segera. SMS, atau Whatsapp nombor ni (0165163479). Insyaallah korang akan di bantu. Atau email pon boleh norliamohdyusoff@gmail.com

Ada banyak lagi produk lain yang menguntungkan korang. Perlindungan, pendidikan dan haji. Tengok diri masing-masing dan tanya apa yang korang perlukan. Jangan sombong dengan mengatakan korang tak perlukan apa-apa. Diri aku sendiri mangsa kemalangan langgar lari. Sebulan tak kerja. Masa tu baru pasang niat nak ambil takaful tapi tak sempat.

Tiada paksaan hokeh. Kalau korang nak survey je pon tak pe. Insyaallah korang akan di bantu. Takaful ni konsep tolong menolong. Jadi buat kerja kena ikhlas dan kerana Allah.
Tak rugi ape pun kalau sekadar nak tau =) Sekian perkongsian hari ni. Assalamualaikum...







Sunday, October 6, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum w.b.t

Ketika entri ni di taip aku kat stesen bas SHAHAB PERDANA alor setar kedah pada pukul 4.39 pagi. Gerak dari shah alam pukul 9.00 malam lepas dapat sms dari qila.

Tok (panggilan utk nenek bg org kedah) qilah meninggal dunia pada petang ahad sekitar jam 4.30 petang. Marilah sama sama kita sedekah kan al-fatihah untuk arwah semoga rohnya tenang disana. Aminnnn

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...