Thursday, August 29, 2013

aku, wallet bear, enset nokia zaman jepun dan tutti frutti

Assalamualaikum w.b.t


This is my lunch today..harharhar


Tajuk macam sadis je bunyi. Huhuhu..tak sadis mana pun. Hahahaha..Harga ais krim ni dah sama macam harga aku makan nasi beriani dua hari. Padan muka aku, sape suruh menggatal letak banyak-banyak.

Ni gara gara nak guna wifi percuma dan malas makan nasi. Kang kalau aku makan nasi, maunye lapanplohblas kali aku menguap. Customer dah la ramai ya ampun.

Hari ni terpaksa mengkejamkan diri sendiri dengan meninggalkan officemate aku sorang sorang kat kaunter. Apada hal. Jap lagi dia pergi solat jumaat berjam jam lamanya, aku pon tinggal sorang sorang gak.

Tengok la gamba penghilang stress aku tu. Hikikhik..enset aku tu dah berusia hampir enam tahun kot. Dari zaman aku study dulu. Sebab tu aku panggil enset zaman jepon.

Wallet mmg x sesuai dgn usia tapiiiiiii....ade aku kesahhhhh..itu je yang mampu aku miliki setakat ni. Hehehehe.

Ade sesape nak sponsor aku enset baru dan wallet baru, dipersilakan. (Sumpah mmg muka x tau malu)

Babai..

Tuesday, August 27, 2013

Pengidap darah tinggi pada usia 15 tahun...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar? Tajuk entri pasal penyakit terus tanya khabar. Entri sebelum sebelum ni tak pernah rasanya bertanya khabar. Apa-apalah, asalkan semua sihat walafiat.

Perkara ni memang betul-betul terjadi pada anak sedara aku yang berumur 15 tahun. Cantik orang nye. Tapi tu la, ada darah tinggi, tak tau la apa yang dia makan.

Sekarang ni penyakit kalau nak datang, dia tak kira umur. Tau-tau dah stage ke tiga, stage ke empat. Mau tak semput nafas dibuatnya. Kalau mak pak ade kilang beras ke, kilang gandum ke, pejam mata je dorang keluar duit untuk ubat penyakit anak. Tak okey kat Malaysia, dorang bawa pegi luar negara. Itu cerita orang berduit, berharta, berada dan segala "ber" lah. Tapi macam mana dengan insan-insan yang kurang berkemampuan??

Bergolok gadai mak pak cari duit untuk ubat penyakit si anak. Sebenarnya zaman sekarang dah banyak syarikat perlindungan yang berasaskan syariah di Malaysia yang di panggil sebagai TAKAFUL Cuma orang melayu kita yang kurang kesedaran. 

Zaman sekarang, takaful dah menjadi keperluan kepada semua orang. Ada orang cakap "eh, mahal sangat la, x mampu, lebih baik simpan kat ASB" Atau pun ada yang kata "kalau aku mati bukan aku dapat pun duit tu." Ini alasan yang biasa di dengar. Sebenarnya kita kena berfikiran jauh. Dulu aku pun bagi alasan yang sama, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru sedar betapa pentingnya perlindungan diri. Ni bukan cita pasal taekwando atau karate do noh. Ampa jangan nak buat leceh, aku tengah cita pasal takaful neh.

Contoh, bila kita dah disahkan mengidap penyakit kritikal, agak agak masa tu kita masih mampu bekerja tak? Awal awal memang masih boleh berkerja, dan pastinya kita akan dibekalkan dengan bermacam jenis ubat yang perlu dimakan setiap hari untuk melambatkan penyakit merebak, betul x? Tapi bila penyakit semakin kritikal, kita dah x mampu untuk bekerja, duit simpanan ASB dah habis digunakan untuk rawatan dan ubat, habis, siapa yang nak tolong bagi duit makan, minum, bil api, bil air, bil astro, cukai pintu dan segala macam bil? Sebab tu bila kita ada takaful, sekurang kurangnya duit simpanan masih selamat. Sebab rawatan untuk sakit dan bil hospital, takaful yang tanggung.

Simpan ASB memang bagus, tapi kalau kita disahkan mengidap penyakit kritikal, boleh tak rasenye kite mintak keluarkan semua duit tu untuk membiayai kos perubatan?? Gunung  yang ditarah pun lama-lama akan habis. Betul ke tidak pepatah aku ni. Ah bantai je lah.

Kalau korang nak tahu, takaful ni ade macam macam jenis. Tapi lebih baik ambil yang ada simpanan dan pelaburan, itu lebih menguntungkan peserta. Ambil lebih awal, lebih murah caruman bulanan. Dan nilai caruman bulanan tidak berubah sehingga umur tamat tempoh polisi. Jadi, sesiapa yang ada anak kecil, lepas je dapat my kid ataupun surat beranak, fikir fikirkanlah untuk buat perlindungan takaful untuk mereka. Kita tak tahu bila ajal kita akan sampai. Andai sudah tiba masanya kita menghadap Illahi, sekurang kurangnya, kita ada meninggalkan kemudahan pendidikan dan perlindungan untuk anak-anak.

Panjang nau entri takaful ni. Memang tak habis kalau nk cerita. Insyaallah nanti aku share lagi pasal takaful.


Aku dah ada, korang bile lagi???

Kalau nak tahu lebih detail, jangan segan silu untuk menghantar email ke norliamohdyusoff@gmail.com atau wassup ke 0165163479. Jangan risau, kerana tiada paksaan untuk memiliki polisi ini. Sebagai sesama insan, ini hanyalah perkongsian bersama =)

Cukup rasenye setakat hati ni. Esok lusa aku hupdate lagi pasal takaful dan kepentingannya. Orang yang pernah eksiden, macam aku, tau la macam mana hazabedahnya bila tak bekerja pastu nak bayar bil . Tambah pulak yang kena langgar lari, transport rosak memang kena tanggung sendiri la. Walaupun dapat gaji penuh bulan tu, semua habis untuk repair transport.

Renung renungkan, selamat beramal. Assalamualaikum..




Friday, August 23, 2013

Wifi pon okehhhhhhhh...

Assalamualaikum,

Hoh, tajuk di atas tu? Memang aku la tu yang telah menaip entri dengan menggunakan wifi dari tutti frutti sebelah.  Memandangkan aku yang masih belum mampu untuk ada internet sendiri. Hahahaha.

Insyaallah hari ahad ni aku akan menggunakan internet sendiri. So, bile2 mase aku boleh online. Dengan keadaan meja yang masih bersepah, aku masih lagi duduk tersenget atas kerusi sambil menaip, diiringi dengan bunyi mesin gerudi lantai. Opis aku nak diubah suai. 
La mi dorang dok pulun pecahkan lantai nak ganti mar mar baru.

Orang lain semua dah kenyang makan malam, aku nak lagi lepak kat ofis semata2 nak gun wifi free. Terpaksaaaa.... 

Aku pun bukan nak sangat duduk kat sini lama2, tadi memang la berkobar2 nak siapkan kerja, bila dah dapat menaip, segala perasaan berkobar tu ilang. Hahahahaha. Dasar pemalas!

Terima kasih la kt kawan2 yang suggest aku gune talian internet yang bersesuaian tu ye =)

La ni memang aku nak balik rumah, sebab esok kena masuk ofis. =(
Assalamualaikum.....

Thursday, August 15, 2013

DIGI, MAXIS, CELCOM, UMOBILE, MANA SATU YANG TERBAIK???????

Assalamualaikum w.b.t

Entri hari ni bukan penerangan tentang semua jenis jenama di atas. Aku yang nak tanya pendapat korang tentang yang mana bagus untuk digunakan yakni murah dan berpatutan dan kadar kelajuan internet yang memuaskan.

Bukan ape, semalam lepas balik keje punye la payah aku nak connect internet. Hari selasa tu ok je. Rase macam nak  buat amukan puaka. Setakat ni aku gune digi. Tapi prepaid je la. Kalau nak pakai bil takut overdos guna. Tapi bila aku dah subscribe, internet still x bole guna. Buat rugi kredit aku je. Lepas tu boleh pulak pukul 1.53 pg aku dpt msg dari digi suh aku topup. Aku rasa sebelum tido aku check baki ade lg tujuh ringgit. Bile aku check baki sekali lagi dah tinggal 12 sen je ko tau. Memang hangin aku di buatnya. Konon nk berjimat dgn menggunakan prepaid, sekali hamik kau, habis kredit aku kena songlap.

Kalau boleh nak yang ade line kat semua kawasan termasuk la hutan banat. Melampau aku punye request. Service nk tiptop tapi bayar ciput je. Memang menyerah diri untuk di maki namenye.

Patutkah aku menggunakan line ataupun broadband? Bulan lepas aku baru je terminate aku punye broadband celcom sbb mhl nau. Lari bajet bulanan aku. Tapi guna tanpa ada masalah la, kecuali kt kampung, panjat pokok kelapa sekali pon belum tentu ade line.

Jadi apakah resolusi yg terbaik????? Tolong bg pendapat. Tq

Tuesday, August 13, 2013

Lelaki berkahwin dua, nafsu atau tanggung jawab?? Isteri pula harus redha dengan ketetuan Illahi atau meminta cerai?

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk entri memang tak menahan kan, mengalahkan tajuk perbincangan hal ehwal islam. La ni aku suka nak share apa yg terlintas dlm kepala ni. Pertama sekali aku mintak maap la sebab terpaksa menggunakan banyak short form, sebab aku menaip menggunakan tab,jadi aku amat la tak hebatnya dalam menggunakan benda alah ni. Nescaya banyaklah typing error yang aku lakukan sekiranya aku menaip perkataan penuh. Tak apa la noh nak wat cam na, dah natang ni ja yang aku ada sekarang, bersyukur lah dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Berbalik kepada topik di atas, sebenarnya benda ni aku terfikir masa insan terpilih yg aku nk ceritakan kat sini dtg beraya ke rumah aku minggu lps. Beliau ini telah berumah tangga dan menjadi isteri kedua. Last year raye husband dia ada datang sekali, tahun ni tak ada pulak. Mak aku tanya la kat anak dia ni "ayah mana?" Aku tak tau la dia jawab apa sebab aku tengah bizi membuta ketika itu. Aku denga tak denga je perbualan dorang. Haahhaahha, kurang asam sungguh tuan rumah, org dtg beraya aku boleh bantai membuta. Penat basuh pinggan weyh.

Masa nak balik tu aku dengar beliau bercerita, dia dah berbaik dengan madunya tu a.k.a isteri pertama. Dari situ aku terfikir, dulu aku selalu fikir isteri kedua ni jahat. Sebab kalau dalam tv tu selalunye isteri kedua selalu menghasut suami ceraikan isteri pertama, jadi salahkan tv ye.haha

Tak semua isteri kedua tu jahat. Kalau yang ikhlas berumah tangga kerana Allah s.w.t mesti dia boleh terima kehadiran isteri pertama. Isteri kedua yang jahat ialah apabila dia menyuruh suami menceraikan isteri pertama dengan alasan tak nak berkongsi. Sedap je suruh org bercerai berai, dia rampas suami orang ada ingat.

Bagi isteri pertama, mesti susah untuk terima bila kasih dikongsi dengan org kedua. Tapi sekiranya suami masih menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama, mengapa perlu bercerai. Memang sakit bila diduakan. Ceh, gaya aku cakap macam orang pernah berkahwin pulak.

Bagi lelaki pulak, ni aku punya pendapat, jadi tak semestinya betul.
Yang mana berkemampuan tu, janganlah berkahwin hanya kerana telah jatuh cinta dengan wanita lain sehingga mengabaikan anak dan isteri. Zaman sekarang ni memang banyak hal sebegini yang berlaku. Bila dia dah mula suka dekat perempuan lain, mula la dia memburuk-burukkan isterinya. Ini tak betul, itu tak betul.

Perkara macam mi berlaku di sekeliling aku, ada diantaranya, kawan aku sendiri yang berhadapan dengan situasi ni. Bermacam ending ada. Yang benar2 nak mendirikan rumah tangga, Alhamdulillah. Poligami dibenarkan dalam islam. Sekiranya seorang lelaki mampu untuk berkahwin empat dan niatnya kerana Allah, why not????

Tetapi...................lelaki zaman sekarang ni memang la mampu berkahwin empat tapi mampu ke dorang nak membimbing isteri2 dan anak2 mereka menuju akhirat Allah s.w.t??????

Kalau suami yang macam ustaz azhar idrus insyaallah..hehehehe. maaf la kalau serius nau entri ni. Series ke? Aku taip sambil tersengih2 ni.

Kesimpulannya, tak salah poligami asalkan niat dalam hati tu betul =) Babai. Assalamualaikum

Saturday, August 10, 2013

Salam I'dul Fitri

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah masuk raye ketiga,aku baru terhegeh2 nk taip entri selamat menyambut hari raya aidilfitri. Dengan bersusah payah aku menaip menggunakan tab.

Dengan kadar tumbesaran jari yang luar biasa ni, memang teramat payah sekali utk menaip. Entah berapa puluh kali aku tekan butang backspace. Huruf lain yang aku nk tekan huruf lain yang keluar. Bukan nk merungut tapi inilah kenyataannya. huhuhuhu. Di tambah pulak dengan kadar kelajuan line yang sama laju seperti pergerakan siput babi yang sedang berpuasa. Al maklum la kat kampung, haruslah kelajuan internet sama laju dengan siput babi, ye tak.

Banyak nau aku membebel kan. Macam mana denga raya korang tahun ni? Kompem best la ye tak. Raye aku tahun ni bese je memandangkan usia semakin bertambah, keseronokan raye tu semakin berkurang nampaknye. Hari raye pon rase mcm hari biasa. Member pon ramai yang dah kawen, jadi tak de la banyak merayau mcm dulu. Mcm2 aku ni kan. Hehehehe

Pape pon di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Ampun segala salab dan silap sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang berblog. Assalamualaikum. Babai

Monday, July 8, 2013

JODOH???? On The Way Kotttttttttt...

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tama sekali nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia. SELAMAT BERPUASA!!!!!!!!! Yang sebenonye, aku tak tau pun bile start puase, esok ke luse???? Kang tak memasal waktu lunch aku bantai pegi makan kat food court belakang opis time bulan puasa. Tak pe, jap lagi kol mak, tanya.

Dah lama tak menaip, nak kata malas tak, mungkin disebabkan keletihan, jadi blog ni dah jadi macam pondok usang. Topik nak mengarut memang banyak. Seperti yang telah di beritahu, keletihan. Aku lebih banyak blogwalking. (berdaah sgt, minggu lps baru pulun blogwalking =P)

Jadi hari ni nak cite sikit pasal jodoh. Ye la, memandangkan sekarang ni aku asyik di ajukan soalan "ko bile pulak?" itu adalah soalan kawan-kawan aku yang dah berkahwin. Memang pala nak kena sekeh sorang-sorang. Hangpa dah kawen dok diam-diam la, toksah la dok tanya kat aku pulak. 

Mak dengan abah aku pun dah bagi hint, tapi aku ni je yang buat tak reti, ye la, kakak2 aku menamatkan zaman bujang mereka umo 25 dan ke bawah, tapi aku dah lepas target tu...Korang hagak la umo aku bape, maunye orang tua aku tak risau.

Bukan aku yang tak nak berkahwin. Gila tak nak kahwin, sunnah Nabi s.a.w tu. Nak murah rezeki pun kita di suruh berkahwin. Nak masuk syurga pun di suruh berkahwin. Betapa banyaknya kelebihan berkahwin. Tapi seperti yang aku ckp la, jodoh aku on the way kottttt...

Bila dah bagi tau on the way, telinga ni dengar pulak soksek soksek "jangan memilih sangat". Memang la kena memilih, takkan main serkap jarang je. Kalau letak Fahrin Ahmad kat depan aku, memang aku sauk. Yang spesis ni tak pe nak serkap jarang....

Aku tak memilih tapi pintu hati ni belum terbuka lagi. Tak berjumpa dengan orang yang betul-betul sesuai agaknya. Kawan-kawan aku ckp kalau jodoh kita dah sampai, hati jadi mudah untuk terima orang tu. Hati aku ni memang susah nak terima orang tambah pula fobia putus cinta. Fobia la sangat kan. Orang putus cinta tak lalu makan, aku putus cinta mengkedarah lagi banyak ada la.

Lagi satu kita kena selalu bersangka baik pada Allah s.w.t. Macam situasi aku sekarang, aku okey je, aku serahkan jodoh aku pada Allah. Bukan bermakna aku tak berusaha langsung. Tapi aku sendiri perlu perbaiki diri aku kalau aku inginkan seorang lelaki yang beriman menjadi suami aku nanti. Kalau kita nak suami seperti Nabi Muhammad s.a.w, kita perlu menjadi  Siti Khadijah terlebih dahulu. Lebih kurang begitulah maksud aku. Mungkin jodoh belum sampai sebab ada kesilapan dan kelemahan yang perlu di baiki. Contohnya dari segi agama, dari segi akhlak, dari macam-macam segi lah senang cita.

Satu je aku harapkan, kalau di takdirkan jodoh aku tak ada, aku harap sangat supaya cinta aku pada Allah tak berkurang sebaliknya bertambah. Insyaallah...

Jadi lepas ni jangan tanya lagi bila nak kawen...Hokehhh????
Assalamualaikum....

After 2020 last posting

 Bismillahhirahmanirrahim.... I'm back. Dulu pernah ada rasa nak delete blog ni. Tapi tak delete. Tak silap, tujuan aku buat blog ni dul...